Friday 20 November 2015

Tips Jimat Melancong di Eropah


Assalamualaikum semua!
Idea ini sebenarnya dah lama terlintas difikiran.
Tetapi kesuntukan masa.
So duk perap aje dalam otak.
Memandangkan esok holidays.
;))))
So masa untuk lontarkan idea.
Bukan lontarkan suara ye.
Xde sesiapa yang boleh dengar kat sini.
Kita lontarkan idea aje la.

Sebenarnya idea ini bukannya datang daripada saya.
Tetapi ia datang dari pengalaman berani mati dari saudara kita Meor Farid Asyaradi.
Meor Farid ini saya xpernah bertemu muka pun dengan beliau.
Tetapi penulisan beliau membuatkan saya ingin mencoret sedikit idea dari pengalamannya.
Penulisan beliau yang membawa saya mengenali beliau.
Insan kerdil yang berani menjelajah seluruh Eropah.

Saya ini jenis yang kurang suka membaca buku-buku berbentuk novel melayu.
Kalau belek aje, mesti x sampai seminit dah terlelap.
Namun Travelog Mr Traveller ini mampu saya habiskan.
Salute Meor Farid Asyradi!
Yang berjaya membawa saya ke alam penulisan
Travelog MR. Traveller.


Sebelum saya kongsikan tips jimat dari Travelog MR. Traveller ini, saya ingin ceritakanlah sedikit sinopsis buku ini.
Buku ini menceritakan detik-detik manis, pahit, penat lelah, perit jerih seorang insan yang namanya boleh anda lihat di cover buku tersebut.
Bukan setakat itu, orang dalam cover itu ialah tuan punya badan sendiri.
Insan yang berusia 25 tahun ini dengan berbekal niat dan minat, telah menjelajah ke 25 buah negara dalam masa 15 hari sahaja.

Bagaimanakah cara beliau lakukan?

So kat sini la saya nak sharekan tips jimat melancong di Eropah.





1. Eurail Train
Ada pelbagai penganggkutan yang boleh anda naiki untuk menjelajah ke Eropah.
Antaranya dengan menaiki kereta dan bas.
Tetapi saudara Meor Farid ini menggunakan train untuk menjelah ke seluruh Eropah.
Train yang beliau gunakan ialah Eurail Train.
www.eurail.com

#Kenapa Eurail Train?
Kerana ia jimat.

Jimat dari segi apa?
Jika anda layari laman web www.eurail.com
anda akan dapati anda boleh memilih destinasi ke seluruh dunia eropah dan menempah tiket train disitu.
Eurail train juga menyediakan perkhidmatan travel around europe selama 15 hari tanpa henti,
Tidak kisah anda hendak ke mana dan di mana, dengan menggunakan satu tiket pass sahaja, akan membawa anda ke lebih 25 buah negara.
Cara inilah yang telah digunakan oleh saudara Meor Farid.
Beliau telah menempah tiket eurail train dan menjelah ke seluruh benua eropah dengan hanya menggunakan 1 tiket.

#Bagaimanakah cara untuk menempah?
Jika anda berminat untuk menempah tiket ini, mudah sahaja.
Layari sahaja laman web eurail.com.
Tempahlah di situ.
Tiket anda akan terus sampai ke rumah anda melalui perkhidmatan GDEX.
Kos untuk Youth Second Class hanya 296Euro.

#Bagaimana nak set perjalanan?
Untuk setkan perjalanan, mudah sahaja.
Muat turun sahaja aplikas Rail Planner di telefon bimbit anda.
Kelebihan Rail Planner ini ialah ia tidak perlu menggunakan internet untuk melayarinya.
Namun anda dinasihati untuk mempunyai Plan A, B and C.

Kenapa?
Jika berlaku kelewatan train, tidaklah anda menggelabah tidak tentu hala.


2. Penginapan di Eropah
Jika anda memilih untuk menaiki eurail train, anda tidak perlu risau tentang penginapan.
Kerana anda akan banyak menginap di dalam train. 
Ada juga beberapa jenis train yang menyediakan katil didalam train. Sebagai contoh night train ke Turki. Namun begitu, anda memerlukan sedikit kos tambahan untuk membuat reservation.
Kos tambahan adalah sekitar 40Euro.

Cara yang mudah untuk mengetahui train itu memerlukan reservation adalah dengan melihat tanda R di aplikasi Rail Planner.


3. Bagaimanakah jika tertinggal train?
Kebiasaanya, kejadian tertinggal train berikutnya adalah kerana kelewatan train yang sebelumnya.

Untuk pengetahuan anda semua, train di eropah sangat menepati masa.
Namun, ada sesetengah tempat berlaku kelewatan perjalanan train tersebut.
Sebagai contoh, train menuju ke Romania sering berlaku kelewatan disebabkan oleh train itu berhenti untuk pemeriksaan polis. 

Jika berlaku kelewatan dan menyebabkan anda tertinggal train yang seterusnya, cubalah pergi ke kaunter kereta api untuk menukar waktu dan tarikh perjalanan. 


4. Ke manakah train ini menuju?

Train ini menuju ke seluruh benua eropah, pilih sahaja negara mana yang anda ingin tuju.

Dari utara eropah, timur, barat sehinggalah ke selatan,



5. Ada negara yang dipisahkan dengan lautan? Boleh ke sana?

Tahukah anda train ini boleh merentasi ke seluruh benua eropah. Tidak kira negara itu dipisahkan dengan daratan atau lautan.

Jadi bagaimanakah train ini merentasi lautan?
Dengan menaiki feri.
Apabila sampai ke lautan, train akan menaiki feri.
Konsep dia sama dengan kereta yang menaiki feri.

Anda boleh keluar dari train setelah ia menaiki feri untuk pergi membeli belah, ke restaurant dan sebagainya. 


6. Bagaimana pula dengan Visa?

Schengen Visa membolehkan kita mengembara ke 26 buah negara Europian Union (EU) memudahkan urusan tanpa memerlukan boarder untuk cop passport di setiap negara yang dilawati

Sebagai contohnya:
Jika anda ke Sweden, bermakna anda sudah dibenarkan untuk keluar dan masuk ke kawasan Schengen dalam tempoh tiga bulan lamanya. Tidak sama jika anda masuk ke UK yang memerlukan passport dicop, begitu juga di beberapa buah negara lain seperti Romania, Bulgaria dan Turki. Hal ini kerana, negara-negara tersebut tidak termasuk dalam Schengen Area. 

Untungnya, kita sebagai warga Malaysia adalah kerana tidak perlu membeli Visa Schengen, sekaligus menjimatkan bajet untuk berada di benua Eropah.


7. Matawang

Jika ingin menjelajah ke benua Eropah, tukarlah mata wang Malaysia ke mata wang Euro.
Kerana ada sesetengah negara yang tidak mengambil tukaran wang Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut:
Sila Klik
Tips bercuti di Turki


8. Luggage Storage

Kebiasaanya, ada tempat simpanan beg di stesen-stesen train.
Cuma masukkan duit, anda tidak perlu membawa beg anda kemerata-rata tempat.


9. Travelog MR. Traveller

Jika anda berminat untuk menyelusuri perjalanan saudara Meor Farid Asyradi,
dapatkan lah buku Travelog MR. Traveller.

Terima kasih Meor Farid Asyradi kerana melahirkan sebuah buku yang membuka mata seluruh rakyat Malaysia.
Yang takut untuk ke Eropah kerana ingat ia memerlukan bajet yang besar.

Sesungguhnya
Perjalanan beliau menyelusuri benua Eropah, membuatkan ramai anak-anak muda ingin mencuba untuk menjelajah ke benua eropah melihat kebesaran Ciptaan Allah.

Saya sendiri menanamkan azam untuk menjelajah ke Eropah dengan menggunakan Eurail Train suatu hari nanti.
InsyaAllah.

Saya akhiri penulisan pada malam ini jam 1.07am, 20 November 2015.

Sekian, wassalam










Sunday 18 October 2015

Tips Ibu Bekerja Mengurus Rumah

Assalamualaikum semua.
Rasa lama 'giler' dah x update blog ni.
Phone less lately.
Anak pi swimming, ibu pun swimming xingt hp dalam pocket.
Huhu.
Tapi setiap kejadian pasti ada hikmahnya.
Alhamdulillah, rezeki ios 9
So dh dpt update blog 😉

Arini rasa nak share psl keibuan sikit
Experience diri sendiri time sibuk untuk mengurus rumah
Experience sendiri cuba untuk memperbanyakkan waktu bersama anak dengan cara bijak mengurus rumah.

Well,
Tips sy mudah je.
Firstly, ble dh bersama anak
No whatsup, no facebook
Or secara amnya
No handphone at home
Tp xde la set airplane mode

So secara overallnya
Antara tips-tipsnya:

1) set play room untuk anak

We decorated a play room untuk anak

So apabila dh ada playroom, anak-anak memang xkan sepahkan mainan diorang kt ruangan lain.

Tapi kadang-kadang tersasar jgk. Sampai ke ruangan tv 


Tapi at least, xde la diorang sepahkan living and dining room. So, xdelah kelam kelibut nak kemas klu tetamu datang on da spot!

2. Tips membasuh

Ok, caption tajuk memang membasuh, tp kat sini sy x bercerita tentang membasuh. Sebab memang majoriti ibu2 memang menggunakan washing machine untuk membasuh.
Tetapi sesudah membasuh.
Tips sy kat sini adalah setelah membasuh, 
sooo
Cara nak jimatkan masa
Setelah membasuh, angkat baju dan terus hangerkan baju tu.
Then, sidai!
Setelah kering, angkat baju tersebut and terus sangkut dalam almari.
Jimat masa untuk melipat.



Ada juga yang mempertikaikan cara macam ni.
Diorang cakap banyaklah almari kat rumah.
Well, kita think kreatif and kritis.
Modified lah sikit almari tu.
Perbanyakkan tempat sidaian.

3. Memasak sepantas kilat

Saya akan pastikan dalam satu hari, satu kali akan memasak.
Sebab tengahari dah makan kat luar, xkan makan malam pun nak makan kat luar.

So tips untuk merealisasikan impian memasak dirumah adalah;

a) sediakan bahan memasak awal2


Maksud saya kat sini, bawang merah dah diblend siap-siap.
Bawang besar, putih dimayam awal-awal.
Kunyit, lengkuas, halia sudah dikupas.
Dan sebagainya.
Biasanya saya sediakan bahan-bahan ini pada hari minggu.

Selain itu, ayam or ikan or daging yang saya dah bersihkan. Saya akan asingkan mengikut portion untuk dimasak.

So setiap pagi, portion-portion tersebut akan saya keluarkan dari freezer, dan letak di ruangan chilling.

So, balik petang, terus keluarkan dan masak.

4. Penggunaan gadget

Kalau sehari-harian, gadget kita adalah seperti iphone, ipod, ipad dan macbook.

Tapi apabila balik ke rumah. Inilah gadget-gadget yang banyak membantu saya.

So, dengan adanya gadget-gadget ini, kerja mengurus rumah menjadi cepat dan mudah.

#terima kasih yang memberi. Ini semua hadiah kahwin. Memang banyak pahala orang yang memberi.
Terima kasih juga pada yang memberi hadiah kahwin kepada kami. Peralatan dapur memang kami dah xperlu beli. Semua dah cukup lengkap.

5. Tips anak kemaskan mainan

Kat sini, saya nak sharekan sedikit tips supaya lepas anak bermain, diorang akan kemaskan balik mainan diorang.

Caranya mudah sahaja.
Gunakan Psikologi
Cara kami gunakan psikologi adalah.
Dengan menyuruh kemaskan mainan, kalau tidak, malu apabila kawan datang untuk bermain.
Cara kedua adalah,
Jika xkemaskan mainan xboleh buat apa yang diorang suka and nak.
Cara ketiga adalah, jika xkemas mainan, tak boleh keluar jalan-jalan.

So automatic diorang akan kemaskan mainan.

6. Tips first thing first do

Maksud saya kat sini. Jangan lengahkan masa buat sesuatu.

Sebagai contoh, jika sudah makan, terus basuh pinggan.
Setelah menggunakan sesuatu, terus kemaskan.

Jangan lengahkan. Jika tidak pinggan disink akan jadi bertimbun-timbun.

7. Tips iron baju

Biasanya saya akan peruntukkan satu masa pd weekend untuk iron semua baju.

Semua baju yang saya maksudkan adalah semua baju saya and suami yang akan dipakai dalam seminggu.

So, klu dalam seminggu tu, hanya 4 hari kerja. So 8 pasanglah baju akan diiron.

Sebab pernah terjadi, suatu ketika dulu.
Bangun sahaja pagi, elektrik xde. Hoho.
Memang pakai baju yang tak berironlah hari tu.

Ok, saya rasa sampai disini dahulu.
Semoga bertemu lagi dilain rancangan.
Assalamualaikum wbt. 
(Macam pengacara TV plop rasa)
hehehe..

Sekian
Wassalam





Saturday 29 August 2015

Tips Bercuti di Turki

Buminya subur, mendamaikan nan indah,
Dihiasi dengan pelbagai tinggalan sejarah,
Terkenal dengan kebongkakan atarturk dan kebangkitan alfateh,
Itulah Turki kota yang penuh dengan sejarah.

Merhaba Turkiye!

Walaupun, kosa kata pantun di atas tidak mengikut kosa kata yang betul lagi tepat, namun keindahan bumi Turki pasti dapat digambarkan melalui olahan susun katanya.

Assalamualaikum pembuka bicara,
Kembara kali ini ke Bumi Al-Fateh.

Kembara bumi alfateh dirancangkan sebagai kembara menuntut ilmu dan percutian keluarga.
Namun, kita hanya mampu merancang, Allah sahaja yang menentukan.
Kembara bersama keluarga bertukar menjadi kembara solo.
Perasaan gundah gulana menyentap jiwa.
Namun, perasaan gundah mampu diatasi dengan adanya kata-kata semangat daripada suami, mama dan nena. Kata-kata semangat dari rakan-rakan yang telah dan sedang menuntut ilmu di bumi eropah.
Apatahlah sangat kembara ini jika dibandingkan dengan kembara Ibnu Batuttah dan
kembara Zahariz dengan basikal aku mengembara.

Setelah menempuhi penerbangan selama 10jam 10min, maka selamat sampailah aku dibumi alfateh. Alhamdulillah.


#bersiap sedia untuk tidur

Kat sini nak kongsikan sedikit tips2 ketika berada dibumi alfateh.

1. Bahasa
Orang turki kebanyakan kurang pandai berbahasa inggeris. Dan kebanyakan signboard or di public transportation memang kebanyakannya mereka akan menggunakan bahasa turki.
Tetapi ada juga orang turki boleh berbahasa malaysia, terutamanya di grand bazar dan spice bazar.

2. Europe and asia
Turki terbahagi kepada 2. Iaitu turki di sebelah europe dan turki disebelah asia.
Jika anda ingin ke blue mosque or aya sofia, maka ianya terletak disebelah europe.
Jika anda ingin ke ankara or capadoccia. Maka ianya terletak di sebelah asia.

3. Mata wang turki
Turki menggunakan matawang lira. So seelok-eloknya tukarlah duit malaysia ke dolar atau euro. Sebab kat sana x boleh tukar ringgit ke lira. So smpai sana, just tukar dolar or euro ke lira.

Jika xcukup duit, activekan aja pengeluaran international. So boleh withdraw di mana2 atm machine. Di area istanbul, merata-rata ada atm machine. Setiap transaction anda akan di charge rm10.

4. Airport
Airport utama turki ada 2.  Satu disebelah europe, dan satu lagi disebelah asia. Jika di europe, nama airport tersebut adalah atarturk airport. Jika di asia adalah sabiha gokcen airport. Jadi sebelum menempah tiket penerbangan, make sure check betol2 airport mana flight akan landing.

5. Wifi di airport
Kat airport memang susah nak dapat free wifi. Cuma di Starbucks cafe aje ada wifi.

6. Sim card turki
Call roaming malaysia-turki sangat2 mahal. Call x sampai 5min dah rm80. Dan simcard turki pun mahal. Memang xberbaloi nak buat call. So, jika nak guna jugak, just guna msg. Mahal jugak tapi ok la. N gunalah wifi kt hotel.

7. Makanan Turki
Sangat senang untuk mendapatkan makanan halal di turki. Tapi harganya sangat2 mahal. Kebab paling murah boleh dapat 4lira-6lira. Kalau nak makan makanan lain around 15lira ke atas.
Sempat juga merasa kfc diturki. Maklumlah ada org spain mengidam nak makan. Harga kfc kt turki lebih kurang mcm malaysia,11 lira mcm tu.

Tapi ingat orang turki, memang xsuka makan pedas. So, mmg xakan ada sos cili. Yang ada hanyalah sos tomato.


8. Hotel
Di istanbul terdapat pelbagai pilihan hotel. Jika anda bercuti ke turki memang mahu menjelajah di sekitar istanbul. Disarankan anda pilihlah hotel berdekatan tempat yang ingin dituju. Sebaiknya hotel itu dekat dengan stesen tram or metro.

Sepanjang di turki, aku menginap di hotel balin. Bilik hotelnya ok, wifi ada n breakfast pun disediakan. Hotel balin ini dekat dengan beyazit tram station. Sangat dekat dengan grand bazar, blue mosque,aya sofia. Kedai2 makan juga senang di dapati di sekitar area hotel balin. Kedai turkish delight n baklava, memang sangat banyak berdekatan hotel tersebut.



#hotel balin

9. Plug international
Benda yang wajib anda bawa dan sangat penting.

10. Public transportation
Public transportation area istanbul sangat2 banyak dan mudah. Dari metro, tram, bullet train, bus sehingga ke teksi.
Sepanjang berada di turki, aku hanya menggunakan metro, tram and bullet train sahaja. Ada sedikit tips berkenaan public transport.


#tram

#Metro di atarturk airport
Jika anda tidak mahu menaiki teksi dari airport ke hotel, anda boleh memilih untuk menaiki metro.
Tetapi ingat, sangat susah untuk mencari signboard metro. So caranya bila anda keluar dari pintu airport, anda terus belok ke kanan. Setelah itu, jalan sahaja sampai ke hujung. Dihujung jalan belah kanan ada escalator. Naik escalator tersebut untuk ke tingkat bawah. Setelah itu, belok ke kanan. Jalan terus sehingga anda nampak signboard metro. Metro ada di sebelah kiri.

#istanbulkart
Istanbulkart adalah kad access utk semua jenis public transportation. Disarankan supaya anda membeli kad ini. Sebab harganya sangat murah. Jika satu trip perjalanan menggunakan istanbulkart adalah 2.50lira. Trip perjalanan yang tidak menggunakan Istanbulkart adalah 4lira. Sangat berbeza bukan?

Anda boleh membeli Istanbulkart di airport atarturk, eminonu dan beberapa tempat lagi. Harga sekeping kad adalah 4lira. Setelah membeli kad tersebut, maksure anda topup kad anda. Anda boleh berkongsi kad dengan rakan2 anda.


11. Map route

Jika anda dari atarturk airport dan ingin menuju ke hotel di beyazit dan anda ingin menggunakan metro.


#map route

Dari atarturk airport untuk ke beyazit station, 1st anda perlu menaiki metro. Refer lane warna merah. Dari (atarturk havalimani) anda terus ke zeytinburnu station. Tetapi hati2, ada interchange station di yenibosna. Di yenisbosna, metro akan berhenti, anda keluar, terus berjalan ke hadapan dan masuk metro dihadapan anda.
Setelah itu, berhenti di zeytinburnu. Dan tukar kepada tram iaitu lane warna biru.


#zeytinburnu station

Ada pelbagai station (selain zeytinburnu) boleh anda tukar untuk interchange dari metro ke tram.
Tetapi saya sarankan disini, anda interchange disini, kerana jarak untuk berjalan kaki hanya dekat.
Setelah itu, bolehlah untuk terus ke beyazit station.

Untuk melihat map penuh, boleh layari www.iett.gov.tr

12. Tempat-tempat menarik

Tempat-tempat menarik di sekitar istanbul sangat mudah.
Tipsnya, guna sahaja lane tram berwarna biru.

a) Beyazit station

Disini terdapat Grand Bazar





b) Sultan Ahmet Station

Aya Sofia, Blue Mosque, Topkapi Palace





c) eminonu station

Disini, anda boleh berkunjung ke spice bazaar


#dihadapan masjid ini ada spice bazaar, lupa nak snap pic spice bazaar

anda juga boleh menaiki feri di eminonu

 #suasana malam diatas bosphorus


d) karakoy station

disini terdapat Galata tower


e) kabatas station

disini anda boleh ke Dolmabahce Palace


Di kabatas station, anda boleh interchange station untuk ke Taksim Square


#underground station, klu x silap namanya instanbulate



#suasana disekitar Taksim Square

Selain itu, anda boleh ke Ayub Mosque, dimana disana terdapat kubur saudara kita dari Malaysia iaitu Ahmad Ammar.

13. Tips membeli-belah

Antara barang-barang yang anda boleh beli Turki







Turkish delight, baklava, table runner, shawl & pashmina, handbag, barangan perhiasaan dan pelbagai lagi.


Jika anda ingin membeli, cubalah bargain sehabis-habisan. Cuba dapatkan harga yang sangat-sangat murah.

Selain itu, belilah diluar Grand Bazaar dan Spice Bazaar, harga di luar bazaar lebih murah.


#suasana diluar Grand Bazaar.

14. Dan last skali saya ingin kongsikan suasana menarik disekitar Istanbul









Sekian,
Tesekkur Ederem!


Sunday 16 August 2015

FuzzIEEE 2015

Assalamualaikum semua!
....
Xtau nak start ayat mcm mana..
Rasa kelu lidah nak berkata-kata
Dek kerana sudah lama x mencoret sesuatu di blog ini.
Cewah!
Skema bebenor ayat.

Alhamdulillah, awal bln ogos lalu, saya sempat menghadiri satu conference.
Disebabkan conference ni sgt lah best.
So rasa rugi klu x abadikn kenangan ari tu kt sini.

Conference yang dimaksudkan itu adalah fuzzieee 2015. Conference ini telah berlangsung selama 4 hari iaitu dari 2 Ogos 2015 hingga 5 Ogos 2015 dan diadakan di Kadir Has Universiti, Istanbul, Turki.

Rasa sangat bertuah dan excited untuk menghadiri conference ini.
Ramai pakar dan cendikiawan dari bidang fuzzy set berkumpul di seminar ini.

Saya sempat merakamkan detik-detik manis bersama mereka.



#Bersama Prof Daud dari Uitm Shah Alam, Ben (Universiti Barcelona) dan Malek dari UK

#Jerry Mendel

#Ronald Yager

#Jonathan Garibaldi

#Janus Kacpryz

Saya juga sempat bertemu dengan Rudolf Seising, Dimitar Filev, James Bezdek, James Keller, Francisco Herrera, Uzay Kaymak, Adnan Yazici, Rachel Yager, Cegiz Kahrahman dan ramai lagi.

malam terakhir, kami dijamukan dengan hidangan makan malam di atas bosphorus








Sepanjang berada di Kadir Has Universiti, saya sempat bersiar-siar disekitar universiti tersebut.



#Muzium di Kadir Has Universiti





Sepanjang berlangsungnya conference ini, ramai juga berkenalan dengan pelbagai bangsa dari pelbagai negara

#Kenangan bersama Malek dan keluarga

#Kenalan dari Korea

Jika ada rezeki, InsyaAllah akan join lagi conference sebegini di masa yang mendatang.

Semoga menerusi conference ini, dapat meluaskan lagi research networking disamping mengembangkan research ke persada global.
InsyaAllah, Amin.

Sekian.