Sunday 18 October 2015

Tips Ibu Bekerja Mengurus Rumah

Assalamualaikum semua.
Rasa lama 'giler' dah x update blog ni.
Phone less lately.
Anak pi swimming, ibu pun swimming xingt hp dalam pocket.
Huhu.
Tapi setiap kejadian pasti ada hikmahnya.
Alhamdulillah, rezeki ios 9
So dh dpt update blog 😉

Arini rasa nak share psl keibuan sikit
Experience diri sendiri time sibuk untuk mengurus rumah
Experience sendiri cuba untuk memperbanyakkan waktu bersama anak dengan cara bijak mengurus rumah.

Well,
Tips sy mudah je.
Firstly, ble dh bersama anak
No whatsup, no facebook
Or secara amnya
No handphone at home
Tp xde la set airplane mode

So secara overallnya
Antara tips-tipsnya:

1) set play room untuk anak

We decorated a play room untuk anak

So apabila dh ada playroom, anak-anak memang xkan sepahkan mainan diorang kt ruangan lain.

Tapi kadang-kadang tersasar jgk. Sampai ke ruangan tv 


Tapi at least, xde la diorang sepahkan living and dining room. So, xdelah kelam kelibut nak kemas klu tetamu datang on da spot!

2. Tips membasuh

Ok, caption tajuk memang membasuh, tp kat sini sy x bercerita tentang membasuh. Sebab memang majoriti ibu2 memang menggunakan washing machine untuk membasuh.
Tetapi sesudah membasuh.
Tips sy kat sini adalah setelah membasuh, 
sooo
Cara nak jimatkan masa
Setelah membasuh, angkat baju dan terus hangerkan baju tu.
Then, sidai!
Setelah kering, angkat baju tersebut and terus sangkut dalam almari.
Jimat masa untuk melipat.



Ada juga yang mempertikaikan cara macam ni.
Diorang cakap banyaklah almari kat rumah.
Well, kita think kreatif and kritis.
Modified lah sikit almari tu.
Perbanyakkan tempat sidaian.

3. Memasak sepantas kilat

Saya akan pastikan dalam satu hari, satu kali akan memasak.
Sebab tengahari dah makan kat luar, xkan makan malam pun nak makan kat luar.

So tips untuk merealisasikan impian memasak dirumah adalah;

a) sediakan bahan memasak awal2


Maksud saya kat sini, bawang merah dah diblend siap-siap.
Bawang besar, putih dimayam awal-awal.
Kunyit, lengkuas, halia sudah dikupas.
Dan sebagainya.
Biasanya saya sediakan bahan-bahan ini pada hari minggu.

Selain itu, ayam or ikan or daging yang saya dah bersihkan. Saya akan asingkan mengikut portion untuk dimasak.

So setiap pagi, portion-portion tersebut akan saya keluarkan dari freezer, dan letak di ruangan chilling.

So, balik petang, terus keluarkan dan masak.

4. Penggunaan gadget

Kalau sehari-harian, gadget kita adalah seperti iphone, ipod, ipad dan macbook.

Tapi apabila balik ke rumah. Inilah gadget-gadget yang banyak membantu saya.

So, dengan adanya gadget-gadget ini, kerja mengurus rumah menjadi cepat dan mudah.

#terima kasih yang memberi. Ini semua hadiah kahwin. Memang banyak pahala orang yang memberi.
Terima kasih juga pada yang memberi hadiah kahwin kepada kami. Peralatan dapur memang kami dah xperlu beli. Semua dah cukup lengkap.

5. Tips anak kemaskan mainan

Kat sini, saya nak sharekan sedikit tips supaya lepas anak bermain, diorang akan kemaskan balik mainan diorang.

Caranya mudah sahaja.
Gunakan Psikologi
Cara kami gunakan psikologi adalah.
Dengan menyuruh kemaskan mainan, kalau tidak, malu apabila kawan datang untuk bermain.
Cara kedua adalah,
Jika xkemaskan mainan xboleh buat apa yang diorang suka and nak.
Cara ketiga adalah, jika xkemas mainan, tak boleh keluar jalan-jalan.

So automatic diorang akan kemaskan mainan.

6. Tips first thing first do

Maksud saya kat sini. Jangan lengahkan masa buat sesuatu.

Sebagai contoh, jika sudah makan, terus basuh pinggan.
Setelah menggunakan sesuatu, terus kemaskan.

Jangan lengahkan. Jika tidak pinggan disink akan jadi bertimbun-timbun.

7. Tips iron baju

Biasanya saya akan peruntukkan satu masa pd weekend untuk iron semua baju.

Semua baju yang saya maksudkan adalah semua baju saya and suami yang akan dipakai dalam seminggu.

So, klu dalam seminggu tu, hanya 4 hari kerja. So 8 pasanglah baju akan diiron.

Sebab pernah terjadi, suatu ketika dulu.
Bangun sahaja pagi, elektrik xde. Hoho.
Memang pakai baju yang tak berironlah hari tu.

Ok, saya rasa sampai disini dahulu.
Semoga bertemu lagi dilain rancangan.
Assalamualaikum wbt. 
(Macam pengacara TV plop rasa)
hehehe..

Sekian
Wassalam