Saturday 3 December 2016

Tips Bercuti ke Kota Kinabalu Sabah

Assalamualaikum Semua!!!
Lama xmenulis blog, rasa kelu kata-kata yang ingin ditaip.
Sejak akhir-akhir ini tatabahasa madah bicara boleh dikatakan ditahap E,
mungkin dek kerana kurang membaca disebabkan terlampau sibuk dengan kerja.
....................

Alhamdulillah, kami selamat tiba ke kampung halaman dengan selamat (dalam hati berdebar juga, kerana mengingatkan Kapal Terbang Columbia yang membawa sebahagian Atlet Bola Sepak terhempas mengorbankan sekurang-kurangya 76 orang).

Untuk pengetahuan semua, kami telah ke Kota Kinabalu Sabah
pada 26/11/2016 hingga 1/12/2016.



Macam biasalah, melancong sambil ke seminar.
2 in 1. Sambil tenangkan fikiran, meninggalkan hiruk pikuk kerja di pejabat,
tanpa perlu mengambil cuti kerana mendapat pelepasan menghadiri seminar.
Sambil-sambil itu, membawa pulang sebidang kertas yang diterima ke Jurnal berindekskan Scopus.
Alhamdulillah,




Untuk pengetahuan semua, seminar ICCST yang dianjurkan di Magellan Sutera Habout Resort oleh Universiti Malaysia Sabah ini berlangsung selama 3 hari iaitu pada 21-23/11/2016 (Isnin-Rabu).
Macam biasa, kami akan mendapat pelepasan dari 20-24/11/2016 (Ahad-Khamis), kerana mengira hari perjalanan pergi dan pulang.

Rasanya rugi jika kenangan ke Kota Kinabalu Sabah ini tidak dikongsi bersama sebagai dijadikan panduan buat semua yang ingin ke Sabah dan menjadi ingatan buat sang penulis blog ini (penulis itu adalah aku, hehe). Sekurang-kurangnya, bila ingin pergi lagi, segala catatan perkara penting boleh dirujuk disini.
Selain itu, selain berkongsi ilmu ilmiah di Jurnal-Jurnal berindeks, tidak salah berkongsi pengalaman di Blog juga.
Kadang-kadang terfikir, tidakkah tulisan ini boleh dibaca sehingga bila-bila walau sudah tiada dimuka bumi ini.
Kadang-kadang terfikir juga, yang generasi anak- anak kita boleh membaca tulisan ini walau diriku sudah tiada nanti.

----------------------

Ok, panjang betul Muqaddimah pembuka bicara.
Tanpa melengahkan masa (ewah, lagak seperti sedang memberi syarahan pidato berdiri tegak diatas pentas memandang kehadapan dengan gahnya, hehehe)

--------------------------------

Sedikit tips yang ingin dikongsikan bersama:

1) Passport ke Sabah

Walaupun Sabah termasuk di dalam jajaran Malaysia, namun jika anda sampai ke Sabah, anda perlu melalui pemeriksaan imigresen.


Disini, passport anda akan di Cop seperti ingin memasuki negara-negara lain.

Namun, tidak perlu risau, jika anda tiada passport, anda masih boleh melawati Sabah. Anda akan diberi sekeping Kad Putih. Kad putih ini hendaklah dijaga dengan baik, jangan dihilangkan kerana ia perlu dilampirkan sekali ketika pemeriksaan imigresen untuk pulang.


2) Pengangkutan di Kota Kinabalu

Setelah berfikir panjang, akhirnya kami sepakat ingin mengambil kereta sewa untuk bersiar-siar di Sabah.
Terfikir juga 2 hari menyewa kereta dan selebihnya menyewa motorsikal, apa tidaknya jika ingin menyewa motorsikal deposit sekurang-kurang RM300!
Memandangkan flight kami sampai di KK adalah pada sebelah malam, lebih kurang jam 10 malam, manakala flight pulang pula pada sebelah pagi jam 6.15 pagi. Sekurang-kurangnya jam 4 pagi kami sudah perlu bergegas ke Airport.
Setelah membuat 'survey' dan bertanyakan rakan-rakan yang pernah ke Sabah dan rakan-rakan yang berada di Sabah, akhirnya kami berjumpa dengan sebuah Syarikat Kereta Sewa ini
yang sanggup menghantar dan mengambil di Airport.
Alhamdulillah.

Untuk pengetahuan semua, kami hanya menyewa ketera 'Axia' sahaja sepanjang di KK. dan Alhamdulillah 'Axia' ini selamat pergi dan pulang ke Kundasang.
Semasa membuat tempahan, kami telah memaklumkan kepada Tuan Sewa Kereta tersebut yang kami akan ke Kundansang, beliau mengetahui hala tujuan kami dan alhamdulillah, kereta yang disewa ini ok sepanjang perjalanan.

Untuk pengetahuan semua juga, 
kami amat berpuas hati dengan perkhidmatan kereta sewa ini,
semasa kami mengambil kereta ini di airport, minyak ada 3 bar lagi.
Terkejut juga kami kerana, jika menyewa di Langkawi, minyak hanya ada 1 bar sahaja dan terpaksa mengisinya setelah membuat sewaan.


Selain itu, ketika hari pertama di KK, alat penghawa dingin kereta tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik, dan tidak disangka-sangka Tuan Sewa Kereta ini, telah menggantikan kereta lain buat kami.
Lebih mengejutkan, beliau juga telah mengisi penuh tan minyak kereta baru kami, setelah kami memaklumkan pada beliau yang kami telah membuat isian penuh buat kereta lama. 

Jika ingin menyewa dengan beliau, bolehlah menghubungi beliau di
016 584 5909 (En. Shahril)

Untuk pengetahuan semua, kereta di Sabah agak berbeza dengan kereta di Semenanjung.
Maksud berbeza ini, bukanlah seperti pemandu memandu disebelah kiri ataupun gear disebelah kiri.
Maksud kami pada picu pembuka minyak,
Picu pembuka minyak ini berada ditengah-tengah; tidak seperti disemenanjung sebelah kanan ditepi pintu.
Picu ini berada betul-betul dibawah 'Hand Brake', lihat gambar dibawah untuk kepastian.


Jika anda ingin mengamati perasaan sebagai orang Sabah, anda boleh menaiki bas. Pengangkutan bas di Sabah amat mudah didapati, malah di belakang bas, sudah tertulis bas ini jenis apa.
Sebagai contohnya, lihat pada gambar;

# Bas henti-henti

Selain itu, terdapat juga perkhidmatan angkotan seperti di Indonesia.
Gambar tiada, lupa nak snap.

Selain itu juga, perkhidmatan teksi amat mudah juga di dapati di sekitar KK.

Dan yang paling penting, terdapat perkhidmatan TEKSI UBER di KK.
Perkhidmatan ini amat mudah, hanya download sahaja aplikasinya di APP Store,
dan kelik sahaja untuk mendapatkan perkhidmatan UBER ini.
Selain perkhidmatannya amat cekap dan canggih, anda juga tidak perlu menunggu lama, dengan sepantas kilat, teksi UBER ini akan sampai dihadapan anda.
Selain itu juga, harga tambangnya amat murah dan berpatutan.

Boleh layari 
https://www.uber.com/ms-MY/
untuk info selanjutnya.

3) Penginapan

Sepanjang berada di KK, kami menginap di Sabah Oriental Hotel.




Biliknya amat selesa, breakfast disediakan dan service yang diberikan tip-top.
Jika bilik yang diinap mengalami masalah, anda boleh menukar bilik tersebut dengan mudahnya.
Selain itu, biliknya juga terbahagi kepada 2, non smoking room dan smoking room. 
Jika anda tidak merokok, anda akan diberi bilik non smoking room. 



Dan yang paling teramat penting, hotel ini menyediakan parking.
Jika anda ingin menyewa kereta, anda perlulah mencari hotel yang menyediakan parking,
kerana di KK amat susah ingin mencari parking. Jalan di KK sentiasa 'jemmed' dan silap haribulan, jika tidak memparkir di tempat yang betul ada pasti disaman.

4) Tempat-tempat menarik di Sabah

Tempat yang paling menarik di Sabah tentulah Kundasang (bagi pendapat kami).
Kundasang terletak kira-kira 90km dari bandar Kota Kinabalu.
Perjalanan ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah kerana jalannya agak berguung ganang. Namun keindahan yang terdampar didepan mata seolah-olah menghapus segala penat lelah selama 2 jam setengah menyulusuri perjalanan yang berliku-liku.

Kami tidak sama sekali menyewa di Kundasang, kami hanya pergi balik hari sahaja.
Kami pergi seawal jam 9 pagi dan pulang jam 3 petang.

Perjalanan kami ke kundasang terhenti seketika kerana kami berhenti di Rumah Terbalik.



#gambar ini Husna yang Snap ;))

Semuanya terbalik. Harga tiket untuk masuk adalah RM10/seorang, Husna Free.

Perjalanan diteruskan, kini kami berhenti pula di Kota Kinabalu Park.
Dikatakan disini adalah tempat berkumpul bagi pendaki-pendaki Gunung Kinabalu.
Harga tiket masuk disini adalam RM3/seorang, Husna juga free masuk.

Disini terdapat taman botanica, muzium, bangunan untuk para pendaki dan kedai-kedai cenderahati.







#Ant Colony




Perjalanan singgah sebentar di Pekan Nabalu,
disini terdapat gerai jualan yang menjual buah-buahan, sayur-sayuran, perhiasaan berasaskan rotan dan pelbagai lagi.

#kami beli ini

Seterusnya kami menyambung perjalanan ke Desa Cattle Farm.
Pemandangan di Desa Cattle Farm, Subhanaallah, sangat indah pemandangan ciptaan Allah.











5) Makanan di Sabah

Sejujurnya, makanan Sabah x berapa masuk dengan tekak cheq. Namun begitu, jika ke Sabah, jangan sesekali melepaskan peluang untuk menjamu seafood. Seafood disini 'fresh' dan murah. 

 #ABC Gunung Kinabalu namanya. Sangat kukuh ciptanya.

6) Shopping di Sabah

Antara barangan yang wajib dibeli tentulah Barangan Laut seperi ikan kering, udang kering, ikan bilis dan pelbagai lagi.

Barangan laut ini boleh didapati di Pasar Filipina, Pasar Besar Kota Kinabalu




Selain barangan basah dijual disini, ada juga barangan kering seperti kuih cincin, amplang dan sebagainya.

Selain itu, terdapat juga barangan kraftangan dan mutiara.

Jika anda ingin membeli barangan berasaskan mutiara, anda boleh membelinya di Pasar Malam Surinam dan Kampung Air. Pasar malam ini dibuka setiap malam sehingga jam 11 malam.

Disini, harga barangan berasaskan mutiara seperti kerongsang, tali tangan, gelang, dan pelbagai lagi lebih murah berbanding di Pasar Filipina.



Bagaimana ingin mengetahui mutiara asli atau tidak?
Mutiara asli, bentuknya agak leper, tidak bulat seperti manik.

Selain itu, mutiara asli jika digores tidak akan meninggalkan kesan calar.

Harga mutiara air masin lebih mahal berbanding mutiara air tawar.


7) Masyarakat di Sabah

Selain menghayati keindahan Sabah, kami juga sempat menghayati hati budi masyarakat Sabah.
Untuk pengetahuan semua, orang-orang sabah amat peramah.
Orang-orang Sabah juga mempunyai tahap kesabaran yang tinggi berbanding masyarakat di semenanjung.
Mereka bukan sahaja peramah di luar, malah mereka amat peramah di jalan raya.
Tidak pernah sekali pun, kedengaran hon marah dijalanan, jika ada kereta dihadapan, mereka tidak segan silu akan memberi jalan buat anda yang berada dibelakang ini dahulu.
Selain itu, mereka tidak jemu melayan anda sebagai 'customer' dan jika anda berlalu tidak jadi beli, tidak akan terkeluar kata-kata sumpahan yang tidak enak didengar dan tiada paksaan dalam pembelian.

8) Waktu Solat Di Sabah

Jika anda ke Sabah, jam di HP anda tidak akan berubah, hal ini kerana waktu di Sabah sama seperti di Semenanjung. Namun begitu, waktu di Sabah sebenarnya 1 jam lebih awal di Semenanjung.
Jika di Semenanjung cerahnya jam 7pagi, di Sabah cerahnya jam 6 pagi.
Jagi waktu solat juga berubah sejam.
Jika Subuh di Semenanjung jam 5.58pagi, Subuh di Sabah tentunya 1 jam awal iaitu 4.58pagi.
Jadi berhati-hati, jika tidak anda akan terlepas waktu solat.

Rasanya, sampai disini dahulu penjelajahan kami ke Sabah.
Semoga bingkisan ini boleh dijadikan panduan bagi yang ingin ke Sabah.

Sekian, wassalam.


Saturday 27 August 2016

Pasar Baru & Toko 3 & Farm House & De Ranch & Dusun Bambu


Sambungan dari Trip to Bandung DAY-1
&
Sambungan dari Trip to Bandung DAY-2


Trip to Bandung DAY-4
Target hari ini ialah ingin 'belanja' untuk dibawa pulang buat kenang-kenangan.
So, tempat yang paling dirasakan sesuai ialah ke Pasar Baru.
Untuk pengetahuan semua, Pasar Baru dibuka seawal jam 8pagi sehingga 5petang.
Seeloknya, jika berniat untuk ke sini, di sarankan pergilah seawal pagi, kerana apabila masuk tengahari, tempat ini akan penuh dikunjungi oleh pelbagai jenis ragam manusia.



Kami hanya berjalan kaki dari Hotel Naripan, perjalanan mengambil masa lebih kurang 15-20 minit.
Jarak dari Hotel Naripan ke Pasar Baru adalah lebih kurang 2km.
Hari ini, hari yang tidak bersupir juga. Targetnya, berjalan kaki ke Pasar Baru dan
pulang dengan menaiki angkot,

Ingin tahu, bagaimana cara untuk menaiki angkot?
Rujuk Trip To Bandung DAY-2

Di Pasar Baru, ke semua keperluan dari buah-buahan, kerepek, baju, telekong, beg, mainan kanak-kanak, kain sulam, kain pasang, kain batik dan pelbagai lagi boleh didapati disini,

#telekong paling hot di Pasar Baru, telekong Siti Khadijah. Hanya berharga RM50




Setelah 6jam di Pasar Baru, dan setelah puas semua barang yang dikehendaki telah dibeli,
maka kami pulang ke hotel jam 4 petang.

Disebelah malam, kami berkunjung ke Toko 3.
Kami menaiki angkot ke Toko 3.




Toko 3 adalah syurga bagi jeans.

Tetapi anda harus ingat!
Jangan sesekali membeli Jeans berjenama LEVIS disini.
Sangat rugi!
LEVIS yang terdapat disini adalah LEVIS dari Vietnam.
Sewaktu kunjungan kami ke Vietnam tahun lepas, kami telah memborong levis.
Levis di Vietnam sangat murah.

Jadi jika anda ingin membeli jeans, make sure anda membeli jenama
BOSS, BMW, Lois
jenama-jenama ini adalah dikeluarkan dari kilang Indonesia.


Trip to Bandung DAY-5
Hari ke-5 di Bandung adalah satu-satunya hari yang kami menggunakan supir.
Targetnya ingin berjalan jauh sedikit.
Iaitu ingin ke Tangkuban Parahu, Farm House dan kawasan sekitarnya.
Terdapat juga Angkot ke kawasan ini, namun begitu kemungkinan untuk sampai ke sini, anda perlu menaiki 3 atau lebih jenis angkot.

Perjalanan bermula seawal jam 8 pagi.
Targetnya ingin ke Farm House dahulu.
Kami tidak jadik ke Tangkuban Parahu, kerana tiket masuk berharga IR300000.
Lebih kurang RM100 seorang untuk sekadar melihat gunung berapi dan merakam kenangan.

Kami sampai ke Farm House agak lewat, kerana hari ini hari Ahad.
Jalan agak sesak dipenuhi dengan ramai orang.
Kebiasaannya, ramai penghuni kota Jakarta akan turun ke Bandung pada hari minggu.
Jadi seeloknya elakkan ke Bandung pada hari minggu.

Tiket masuk ke Farm House hanya berharga IR50000.
Tiket hanya dibeli untuk 2 orang sahaja, kerana Husna boleh masuk free.









 

Untuk pengetahuan semua, tiket masuk ke farm house sebenarnya ialah baucer,
Tiket ini jangan sesekali dibuang, kerana ia dapat ditukar dengan susu.

#tempat pertukaran baucer kepada susu



Disebelah farm house, ada rumah yang menjual batik.
Kami menapak sebentar ke rumah batik ini.
Keadaan sekitar rumah ini seakan seperti Nor Arfa Batik Terengganu.



Kami membeli kain sampin. Kainnya tidak terdapat dimana-mana kedai.
Kainnya juga sangat berkualiti dan murah.

Seterusnya jam 11.30pagi, kami berangkat ke De Ranch.
De Ranch adalah suatu perkampungan seakan CowBoy Town.
Disini, pengunjung boleh menunggang kuda, dan sebagainya.

Harga tiket untuk masuk ke sini berharga IR20000. Kali ini Husna juga dicharge harganya untuk masuk ke sini.










Di De Ranch juga, tiket masuk boleh ditukar dengan susu free,

Setelah sejam disini, perjalanan seterusnya ialah ke Dusun Bambu.
Harga tiket untuk masuk ke Dusun Bambu berharga IR50000 seorang.
Husna jugak nak masuk kena bayar.


Kawasannya sangat luas, untuk sampai ke sesuatu kawasan perlu menaiki lori.
Kawasannya seumpama di Gambang WaterPark.




Terdapat pelbagai aktiviti yang anda dapatkan disini, antaranya seperti ATV, memanah, dan sebagainya.
Tetapi setiap aktiviti yang anda ingin 'join' perlu membayar harga yang berlainan.






Setelah 2 jam disini, perjalanan seterusnya ialah ke Factory Outlet Jalan Riau.
Kami tidak sempat ke Rumah Mode dan Paris Van Java.
Lagipun, kami telah ke situ pada tahun 2012 yang lalu.

Kunjungan kami pada tahun 2012 yang lalu, kami menginap di Hotel Sukajadi.
Hotel ini berada di Jalan Sukajadi dan sangat dekat dengan Rumah Mode dan Paris Van Java.


#kenangan di Hotel Sukajadi tahun 2012.

Berbalik pada tahun 2016, kami sampai di Factory Outlet Jalan Riau agak lewat kerana jalan agak sesak.


#Secret


#Heritage bersebelahan Cascade

Disini terdapat pelbagai jenis gedung jualan, tetapi sejujurnya, harganya sebenarnya lebih kurang sahaja dengan harga di Malaysia.
Di Malaysia juga terdapat pelbagai jenis barangan berkualiti tinggi dan berjenama boleh didapati dengan harga yang jauh lebih murah.

Kami tidak membeli apa-apa disini, hanya sekadar mencuci mata.

Setakat ini sahaja penceritaan saya pada kali ini.
Diharap pengalaman yang dishare ini dapat sedikit sebanyak membantu anda semua jika ingin berkunjung ke Bandung dan Jakarta.

Sekian, Wassalam.