Sunday 2 December 2018

Tips bercuti ke Brunei

Assalamualaikum semua!
Disebabkan terlampau sibuk dengan pelbagai tugasan, mengajar, penyelidikan dan sekarang mengikuti program CEO@Faculty selama 6 bulan di industri, membuatkan ‘blog’ ini sepi tanpa sebarang coretan

Perjalanan dari KL ke Putrajaya mengharungi LRT dan ERL untuk menghadiri persidangan AIR 2018 di Dorsett Putrajaya Hotel membuatkan saya terpanggil untuk mencoret sedikit pengalaman 2 minggu lepas bercuti ke Brunei. Tiada istilah ‘bercuti’ sebenarnya dalam kamus hidup, ibarat menyelam sambil minum air, menghadiri persidangan sambil mengamati keindahan alam dan budaya di sekitar.

Persidangan BICET yang bertempat di Universiti Teknologi Brunei dijadualkan pada 12-14 Nov 2018. Kami bertolak sehari awal 11/11/2018 dan pulang pada 15/11/18.

Disini dikongsikan sedikit tips sepanjang berada disana:

1. Brunei adalah sebuah negara kecil yang aman. Ibarat sebuah negara yang masih suci tanpa anasir-anasir dari luar. Selama 5 hari disana, memang kami tidak perlu risau dengan ‘pickpocket’, pencuri atau apa-apa yang kurang baik kerana persekitaran yang aman dan damai.

2. Orang brunei ramah-tamah dan baik-baik.

3. Orang Brunei kurang menggunakan motosikal (x jumpa sebuah pun di jalan raya), yang ada hanyalah kenderaan empat roda dan lebih, kenderaan tidak beroda (motorbot).

4. Tiada pengemis disekitar jalan raya atau mall.

5. Tandas di Brunei sangat bersih, tidak kita di airport, mall, kedai, semua bersih walaupun mereka juga menggunakan air seperti kita.

6. Orang Brunei more civilised than us, jika nampak ada yang ingin melintas jalan, pasti ‘automatic’, mereka akan memberhentikan kenderaan dan memberi laluan kepada si pejalan kaki.

7. Pengangkutan awam (bas dan teksi) agak sukar didapati di Brunei, jika adapun tambangnya sangat mahal (dimaklumkan oleh penduduk tempatan).

8. Makanan brunei (biskut, cili sos, maggi, dan etc) kebanyakannya bukan berasal dari Brunei. Mereka mengimportnya dari Malaysia, Indonesia, dan lain-lain.

9. Orang brunei, suka dengar lagu dari Malaysia dan Indonesia. We feel like home.

10. Realitinya, Brunei lebih bersih dari Singapura.

Penginapan kami:

Kami menginap di The Capital Residence Suites Hotel
Kedudukan hotel ini, berada di tengah-tengah bandar Seri Begawan.
Kami memilih hotel ini, kerana hotel ini menyediakan free shuttle ke seluruh bandar Seri Begawan dan airport.




Pic: Free Shuttle (The Capital Residence Suites Hotel)

Untuk ke Universiti Teknologi Brunei, di caj BD15 sehari.
Breakfast disediakan setiap pagi secara percuma.
Kami bagi 6 bintang untuk hotel ini.








Pic: The Capital Residence Suites Hotel

Tempat-tempat menarik di Brunei:

1. Masjid Sir Omar Ali Shaifuddin
2. Masjid Hasanal Bolkiah
3. Kampong Ayer (Kami dapat BD 30 sebuah bot, ronda-ronda sampai Istana Nurul Iman, tengok buaya, Monyet Proboscis, Galeri Kampong Ayer)
4. Royal Ragelia Museum
5. Pasar Kianggeh
6. Malay Technology Museum
7. Maritime Museum
8. Jerudong Park
9. Mercu Dirgahayu 60
10. Eco-Corridor
11. Istana Nurul Iman
12. Galeri Seni
13. Kompleks Kraftangan


Shopping Mall:
1. Kompleks Yayasan Sultan Hasanal Bolkiah
2. The Gadong Mall
3. Times Square Shopping Centre
4. The Airport Mall
5. City Mall

Pic: Makcik ini sangat baik, siap minta selfie and bagi Husna BD 2.



















Makanan di Brunei:

Makanan utama yang dicari bila tiba di negara orang, pastinya makanan tempatan.
Makanan tempatan yang murah dan sedap, boleh didapati di Night Market Gadong.
Semua jenis makanan kuih muih dan lauk pauk ada disini.
Semuanya murah-murah, hanya BD 1
 sahaja.

Selain itu, kuih muih, buah-buahan tempatan juga boleh didapati di Pasar Kianggeh.
Harga sayur-sayuran dan buah-buahan pun sangat murah disini.

Makanan fast food yang sedap dan murah Jollibee! Anak memang suka sangat sampai repeat 3x 😂.


















Sourvenir Brunei:

Sepanjang berada di Brunei, hanya 3 kedai sahaja yang menjual sourvenir berupa keychain, fridgemagnet. 2 buah kedai di Yayasan Sultan Hasanal Bolkiah Kompleks iaitu di tingkat bawah dan 1.
Sebuah kedai lagi di Level 2, atas Merry Brown bertentangan dengan Muzium Seni, fridgemagnet disini sangat murah, hanya BD 1 sahaja.

Coklat imported di Brunei sangat murah jika dibandingkan di Malaysia.

Kain sulam di Serusop, memang murah, dan katanya di import dan ditempah khas dari Terengganu. Tetapi jika dibandingkan dengan kualiti, kain songket dan sulam dari Terengganu lagi cantik kualitinya (kami memang anak jati Terengganu), so kami tak beli.










Apa yang kami bawa pulang, kerepek tradisional Brunei, fridge magnet dan sedikit coklat.

Sekian, itu sahaja buat kali ini.
Selamat bercuti!
Wassalam.