Friday, 20 November 2015

Tips Jimat Melancong di Eropah


Assalamualaikum semua!
Idea ini sebenarnya dah lama terlintas difikiran.
Tetapi kesuntukan masa.
So duk perap aje dalam otak.
Memandangkan esok holidays.
;))))
So masa untuk lontarkan idea.
Bukan lontarkan suara ye.
Xde sesiapa yang boleh dengar kat sini.
Kita lontarkan idea aje la.

Sebenarnya idea ini bukannya datang daripada saya.
Tetapi ia datang dari pengalaman berani mati dari saudara kita Meor Farid Asyaradi.
Meor Farid ini saya xpernah bertemu muka pun dengan beliau.
Tetapi penulisan beliau membuatkan saya ingin mencoret sedikit idea dari pengalamannya.
Penulisan beliau yang membawa saya mengenali beliau.
Insan kerdil yang berani menjelajah seluruh Eropah.

Saya ini jenis yang kurang suka membaca buku-buku berbentuk novel melayu.
Kalau belek aje, mesti x sampai seminit dah terlelap.
Namun Travelog Mr Traveller ini mampu saya habiskan.
Salute Meor Farid Asyradi!
Yang berjaya membawa saya ke alam penulisan
Travelog MR. Traveller.


Sebelum saya kongsikan tips jimat dari Travelog MR. Traveller ini, saya ingin ceritakanlah sedikit sinopsis buku ini.
Buku ini menceritakan detik-detik manis, pahit, penat lelah, perit jerih seorang insan yang namanya boleh anda lihat di cover buku tersebut.
Bukan setakat itu, orang dalam cover itu ialah tuan punya badan sendiri.
Insan yang berusia 25 tahun ini dengan berbekal niat dan minat, telah menjelajah ke 25 buah negara dalam masa 15 hari sahaja.

Bagaimanakah cara beliau lakukan?

So kat sini la saya nak sharekan tips jimat melancong di Eropah.





1. Eurail Train
Ada pelbagai penganggkutan yang boleh anda naiki untuk menjelajah ke Eropah.
Antaranya dengan menaiki kereta dan bas.
Tetapi saudara Meor Farid ini menggunakan train untuk menjelah ke seluruh Eropah.
Train yang beliau gunakan ialah Eurail Train.
www.eurail.com

#Kenapa Eurail Train?
Kerana ia jimat.

Jimat dari segi apa?
Jika anda layari laman web www.eurail.com
anda akan dapati anda boleh memilih destinasi ke seluruh dunia eropah dan menempah tiket train disitu.
Eurail train juga menyediakan perkhidmatan travel around europe selama 15 hari tanpa henti,
Tidak kisah anda hendak ke mana dan di mana, dengan menggunakan satu tiket pass sahaja, akan membawa anda ke lebih 25 buah negara.
Cara inilah yang telah digunakan oleh saudara Meor Farid.
Beliau telah menempah tiket eurail train dan menjelah ke seluruh benua eropah dengan hanya menggunakan 1 tiket.

#Bagaimanakah cara untuk menempah?
Jika anda berminat untuk menempah tiket ini, mudah sahaja.
Layari sahaja laman web eurail.com.
Tempahlah di situ.
Tiket anda akan terus sampai ke rumah anda melalui perkhidmatan GDEX.
Kos untuk Youth Second Class hanya 296Euro.

#Bagaimana nak set perjalanan?
Untuk setkan perjalanan, mudah sahaja.
Muat turun sahaja aplikas Rail Planner di telefon bimbit anda.
Kelebihan Rail Planner ini ialah ia tidak perlu menggunakan internet untuk melayarinya.
Namun anda dinasihati untuk mempunyai Plan A, B and C.

Kenapa?
Jika berlaku kelewatan train, tidaklah anda menggelabah tidak tentu hala.


2. Penginapan di Eropah
Jika anda memilih untuk menaiki eurail train, anda tidak perlu risau tentang penginapan.
Kerana anda akan banyak menginap di dalam train. 
Ada juga beberapa jenis train yang menyediakan katil didalam train. Sebagai contoh night train ke Turki. Namun begitu, anda memerlukan sedikit kos tambahan untuk membuat reservation.
Kos tambahan adalah sekitar 40Euro.

Cara yang mudah untuk mengetahui train itu memerlukan reservation adalah dengan melihat tanda R di aplikasi Rail Planner.


3. Bagaimanakah jika tertinggal train?
Kebiasaanya, kejadian tertinggal train berikutnya adalah kerana kelewatan train yang sebelumnya.

Untuk pengetahuan anda semua, train di eropah sangat menepati masa.
Namun, ada sesetengah tempat berlaku kelewatan perjalanan train tersebut.
Sebagai contoh, train menuju ke Romania sering berlaku kelewatan disebabkan oleh train itu berhenti untuk pemeriksaan polis. 

Jika berlaku kelewatan dan menyebabkan anda tertinggal train yang seterusnya, cubalah pergi ke kaunter kereta api untuk menukar waktu dan tarikh perjalanan. 


4. Ke manakah train ini menuju?

Train ini menuju ke seluruh benua eropah, pilih sahaja negara mana yang anda ingin tuju.

Dari utara eropah, timur, barat sehinggalah ke selatan,



5. Ada negara yang dipisahkan dengan lautan? Boleh ke sana?

Tahukah anda train ini boleh merentasi ke seluruh benua eropah. Tidak kira negara itu dipisahkan dengan daratan atau lautan.

Jadi bagaimanakah train ini merentasi lautan?
Dengan menaiki feri.
Apabila sampai ke lautan, train akan menaiki feri.
Konsep dia sama dengan kereta yang menaiki feri.

Anda boleh keluar dari train setelah ia menaiki feri untuk pergi membeli belah, ke restaurant dan sebagainya. 


6. Bagaimana pula dengan Visa?

Schengen Visa membolehkan kita mengembara ke 26 buah negara Europian Union (EU) memudahkan urusan tanpa memerlukan boarder untuk cop passport di setiap negara yang dilawati

Sebagai contohnya:
Jika anda ke Sweden, bermakna anda sudah dibenarkan untuk keluar dan masuk ke kawasan Schengen dalam tempoh tiga bulan lamanya. Tidak sama jika anda masuk ke UK yang memerlukan passport dicop, begitu juga di beberapa buah negara lain seperti Romania, Bulgaria dan Turki. Hal ini kerana, negara-negara tersebut tidak termasuk dalam Schengen Area. 

Untungnya, kita sebagai warga Malaysia adalah kerana tidak perlu membeli Visa Schengen, sekaligus menjimatkan bajet untuk berada di benua Eropah.


7. Matawang

Jika ingin menjelajah ke benua Eropah, tukarlah mata wang Malaysia ke mata wang Euro.
Kerana ada sesetengah negara yang tidak mengambil tukaran wang Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut:
Sila Klik
Tips bercuti di Turki


8. Luggage Storage

Kebiasaanya, ada tempat simpanan beg di stesen-stesen train.
Cuma masukkan duit, anda tidak perlu membawa beg anda kemerata-rata tempat.


9. Travelog MR. Traveller

Jika anda berminat untuk menyelusuri perjalanan saudara Meor Farid Asyradi,
dapatkan lah buku Travelog MR. Traveller.

Terima kasih Meor Farid Asyradi kerana melahirkan sebuah buku yang membuka mata seluruh rakyat Malaysia.
Yang takut untuk ke Eropah kerana ingat ia memerlukan bajet yang besar.

Sesungguhnya
Perjalanan beliau menyelusuri benua Eropah, membuatkan ramai anak-anak muda ingin mencuba untuk menjelajah ke benua eropah melihat kebesaran Ciptaan Allah.

Saya sendiri menanamkan azam untuk menjelajah ke Eropah dengan menggunakan Eurail Train suatu hari nanti.
InsyaAllah.

Saya akhiri penulisan pada malam ini jam 1.07am, 20 November 2015.

Sekian, wassalam