Saturday 14 February 2015

Eh! Tak habis-habis lagi ke belajar?

Eh! Tak habis-habis lagi ke belajar?
Bila nak kerja?
Klu asyik belajar aja, bila nak kahwin?

Klu yang belajar lagi tapi dah kahwin..
Dah ada anak, boleh ke habis belajar?
Lamanya belajar!

Ada jugak yang macam ni.
MSc tu aper? PhD itu aper?

Soalan-soalan macam ini seringkali menjengah cuping telinga ini.
Tidak kira di mana pun anda berada, pasti soalan-soalan macam ini selalu hadir disisi anda.
Lebih-lebih lagi apabila umur dah meningkat tapi masih belum bekerja, masih belum kahwin.
Dan perkara seperti ini, hanya akan hadir pada org yang sambung MSc or PhD.
Dan golongan-golongan ini aja yang memahami antara satu sama lain.

Coretan kali ini, hanyalah coretan biasa.
hanya ingin berkongsi rasa, pandangan sepanjang proses pengajian PhD.
Diri ini bukanlah pakar motivasi, hanya mempunyai sekelumit pengalaman
dengan satu harapan
dapat membantu korang 'masterian' dan 'phdian' supaya terus berjuang dan tidak give-up.





1) Tetapkan niat dan azam
Apabila anda dah start buat sesuatu, make sure anda habiskan.
Pepatah ada mengatakan alang-alang menyeluk pekasam, biar smpai ke pangkal lengan.
So, alang-alang dah belajar, biar sampai habis belajar.

Anda perlu tanamkan dalam fikiran anda, dalam hati anda.
Lantaklah apa orang nak kata, I don't care.

2) Sokongan Family
Ibu, ayah, suami, nenek adalah orang yang akan selalu menyokong kita.
So, klu ada apa-apa masalah luahkanlah pada diorng.
Walaupun diorang x faham phd tuh mcm mana, diorang akan bagi kata-kata perangsang yang akan boost kan kita punya energy.
or
Diorg akan bantu kita, bantu ni bukanlah diorg tolong tuliskan journal utk kita.
Tapi bantu dari segi kewangan, dari segi kat dapur, mcm balik-balik mak kita masak makanan kegemaran kita. Balik-balik, baju dah siap lipat. Haa.. ni pun satu bentuk sokongan jugak.

3) Never ever give up
Jangan pernah sekali-kali perkataan give up itu menjamah ke ruangan fikiran korang.
Klu orang lain boleh buat, mesti kita pun boleh buat.

2 ayat yg selalu bagi motivasi masa buat phd:
"90% is persistence, only 10% is inteligence"
dan
"bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.."
(imam syafie)

4) Rezeki ditangan Allah
Bagi tutor/ penolong pensyarah, masalah duit bukanlah menjadi masalah besar.
Tetapi bagi golongan yang bukan tutor/ penolong pensyarah, masalah ini adalah satu isu besar.
Tapi percayalah, ada jalan penyelesaiannya.

a) Jadi research assistant/ graduate research assistant
Anda boleh tanya pada supervisor, or pada lecturer2 lain jika ada beliau ingin menggunakan perkhidmatan tersebut.
b) Apply grant
Anda boleh join grant dengan supervisor / lecturer. Or buat jerlah research yang ada grant.
c)MyBrain15
Applylah mybrain15. InsyaAllah dapat.
d)Biasiswa-biasiswa lain
Ada juga diantara universiti2 yang ada menawarkan biasiswa.
Ada juga antara syarikat/ agensi yang menawarkan biasiswa untuk golongan phd dan master.
Cuma perlu rajin-rajin survey dan apply.
e)Buat part-time job
Ada dikalangan rakan seperjuangan yang ada income lain, diorng mengajar tuisyen lah, menjual shaklee, menjadi dj radio, ada juga yang bekerja di kedai makan. Mmg salute dengan diorg ini.

5) Bila rasa bosan dan malas
Kadang-kadang atau mungkin selalu.. ahaha.. perasan ini akan hadir.
a) Klu terasa bosan or malas. Tutup laptop, tutup buku, tutup journal. Hah, pergilah korang buat apa yang korang nak buat.
Buatlah sehingga korang rasa timbul perasaan bersalah dalam diri korang.
Eh, lama sangat dah x study, eh main je kerja aku ini.
lepas rasa macam itu, mesti korang rasa semangat balik nak sambung tulis paper.
b) Pergilah bercuti and have fun!
Tips dari sorang lecturer yang sambung bljr kt overseas, masa dia sambung phd dlu.. Dia akan belajar, belajar, belajar tanpa stop. Then, dia akan amik rest 1minggu/2minggu pergi travel.


6) Jaga kesihatan
Dalam pada belajar, kesihatan pun perlu dijaga. Alhamdulillah, sejak mengamalkan minum madu setiap pagi, dengan izinNYA jarang diserang penyakit.


7) Join aktiviti kelab
Asyik membelek buku, mengadap laptop, apa salahnya join aktiviti kelab. Seronok juga bila dapat join aktiviti-aktiviti sebegini. Lupa sekejap masalah phd.


8)Berkongsi dengan rakan-rakan/ supervisor
Berceritalah pada rakan-rakan. Atau tanyalah pendapat supervisor. Rakan-rakan seperjuangan dan supervisor lah orang yg paling memahami masalah anda. Kerana mereka juga sedang/ telah melalui fasa phd/ msc. Mereka tahu jerih pahit perjalanan phd/msc.

9)baca buku2 motivasi/join ceramah motivasi/group usrah



9)Berdoalah pada Allah
Dan last sekali, kembalilah pada Allah. Perbanyakkan doa, solat hajat meminta pada Ilahi agar dipermudahkan segala perjalana, urusan sepanjang proses utk menyiapkan msc/ phd.

Ok, sampai disini sahaja coretan kali ini.
Good luck and all the best semua!!!




No comments:

Post a Comment