Wednesday 29 April 2015

Tips Menghadiri Conference di Overseas




Menghadiri sesuatu conference sudah menjadi kewajipan bagi semua resarchers, lecturers, phd candidates, msc candidates. Disini, saya menggunakan perkataan wajib. Saya rasa tidak perlu lagi saya tegaskan kenapa dan mengapa. 

Pilihan untuk menghadiri conference di dalam mahupun luar negara, terletak di tangan anda. Ibarat tepuk dada, tanyalah selera. Jika peluang sudah terhidang dihadapan, tidak salah jika mencuba untuk menghadiri conference di luar negara.

Pepatah ada mengatakan:
Jauh Perjalanan Luas Pemandangan

Disini pastinya kita akan dapat menimba ilmu yang baru. Melihat bagaimana cara golongan profesional bekerja. Berkongsi dan bertukar pandangan dan idea. Mencari supervisor untuk menyambung post-doctoral barangkali. 

Disini saya ingin kongsikan beberapa tips jika ingin menghadiri conference di overseas.
Tips ini merangkumi semua, dari segi pemilihan conference, cut-cost conference, persediaan mental & fizikal, tempahan tiket flights, penginapan dan sebagainya.

1. Pemilihan conference
Tidakkah anda teringin untuk berjumpa dengan idola-idola anda?
Idola-idola yang saya maksudkan disini adalah orang yang develop/ proposed method yang anda ingin kaji.

Jika dalam bidang saya Fuzzy Sets and Interval Type-2 Fuzzy Sets, saya sangat-sangat teringin untuk berjumpa dengan Lotfi Zadeh, JR Mendel, Hani Hagras, Francisco Chiclana, Cristian Wagner, Francisco Herrera, dan ramai lagi.

Cuba bayangkan, kita membentangkan paper kita dihadapan mereka. Bagaimanakah reaksi mereka terhadap kita? Bagaimanakah mereka menilai hasil kerja kita? Betapa berdebarnya kita pada saat itu. 

2. Cut-cost Conference
Jika anda katakan anda tidak mahu menghadiri conference di overseas kerana tidak cukup duit. Sebenarnya anda salah.

Tahukah anda, cut-cost conference itu benar-benar wujud? 
Cut-cost conference yang saya maksudkan disini adalah:

Conference yang menawarkan free registration
Ada yang menawarkan free registration beserta full board hosting.
Lebih menggembirakan apabila free registration ditambah dengan full board hosting beserta free ticket flights.
Wow!

3. Persediaan Fizikal dan Mental
Persediaan fizikal dan mental yang saya maksudkan disini adalah persediaan pemilihan paper yang ingin dibentangkan, kesungguhan kita untuk menghadiri sesuatu conference itu.

Selain itu, peralatan-peralatan mencukupi. Peralatan yang saya maksudkan disini adalah jika pergi pada musim sejuk, barang yang penting yang perlu dibawa.

#jika hadiri conference ketika musim sejuk, makesure bawalah sweater, gloves.
Dan yang paling penting, bawalah lotion. Sesetangah kulit asia, tidak tahan dengan cuaca yang terlampau sejuk, pastinya akan naik ruam-ruam gatal. 
Bawalah pocket heater/ pocket hand warmer.
Boleh beli dekat daiso.

#image from google

4. Tempahan ticket flights
Tempahan tiket flights boleh dibuat terus di website sesuatu flights.
Saya suka survey dahulu baru tempah. Kebiasaanya saya akan survey dahulu di www.expedia.com.my
Disini, akan dilistkan semua penerbangan untuk ke destinasi yang kita ingin tuju.
Pilih sahaja yang mana berkenan dihati. Ingin direct flight, or yang ada transit. Terserah pada anda.

Cara pembayaran:
Bagi yang mempunyai kad kredit, sudah pastinya tidak menjadi masalah.
Bagi golongan students yang tiada kad kredit, jangan risau, anda boleh membuat pembayaran dengan cara mengactivekan kad debit anda.
Kad debit anda boleh diactivekan di mesin atm atau terus dikaunter.
Apabila kad debit ini telah diactivekan, segala urusan pembelian tiket flights, mahupun bayaran conferences, boleh terus dibuat.

5. Penginapan
Terdapat pelbagai pilihan untuk penginapan, hotel, private room, shared room, entire place.

Jika hotel, pelbagai website yang ada menawarkan perkhidmatan penempahan hotel. Antaranya seperti trivago, booking.com dan sebagainya. Kebiasaanya, saya suka survey hotel di booking.com. Disini, akan tersenarai semua hotel dari yang murah hinggalah yang mahal. Di booking.com juga kita dapat lihat kedudukan hotel tersebut dengan tempat yang ingin di tuju.

#Jika sudah berkenan dengan sesuatu hotel, maka jangan book di booking.com. Terus call direct hotel tersebut. Kadang-kadang, harga direct book ke hotel lagi murah berbanding di booking.com.

Jika anda jenis yang suka memasak. Atau ingin berjimat. Atau tempat yang anda pergi susah untuk bertemu dengan makanan halal. Pilihlah entire place yang ada menawarkan kitchen.

Untuk mencari rumah-rumah sebegini, boleh gunakan perkhidmatan website airbnb.com.
Di website ini, tersenarai semua jenis private room, shared room or entire palace. Dari yang murah hinggalah yang mahal. Kita juga dapat melihat jarak tempat yang ingin kita menginap dengan jarak yang ingin kita tuju. Di airbnb.com juga, anda boleh terus berkomunikasi dengan owner place itu.
Jika anda ingin ke korea, search lah website bnbhero.com.

6. Conference Fees
Jika kita sebagai student ingin menghadiri conference di Malaysia, kita boleh direct bayar fees conference dengan menggunakan fees students.

Tetapi anda perlu berhati-hati jika menghadiri conference luar. Sesetengah conference seperti conference IEEE. Jika kita sebagai student, dan ingin membayar fees dengan harga student. Kita mestilah mempunyai seseorang yang telah membayar fees untuk full member.

Senang cerita, macam ini lah, supervisor kita join jugak conference ini, dan dia bayar harga fees untuk full member. Dan dia bayar fees untuk extra paper dan acknowledge kita sebagai studentnya. Baru kita boleh bayar fees conference tersebut dengan menggunakan fees student.

7. Extra Tips
Tahukah anda!
Jika anda tidak mempunyai muhrim, anda masih boleh pergi mengerjakan umrah walaupun umur anda belum 45 tahun.
Untuk pengetahuan anda, syarat-syarat untuk mengerjakan umrah bagi perempuan adalah kena mempunyai muhrim iaitu ayah kandung, abang kandung, suami atau bapa saudara sebelah ayah.
Jika anda tidak mempunyai ke semua di atas, anda tidak boleh pergi mengerjakan umrah.
Sudah tidak ada istilah umrah tumpangan sekarang.
Jadi anda perlu menunggu umur 45tahun baru boleh mengerjakan umrah.

Tetapi, anda masih boleh mengerjakan umrah jika tiada ke semua diatas.
Bagaimanakah?

Mudah sahaja, joinlah conference yang dianjurkan oleh kerajaan Arab Saudi.
Jika anda x join conference pun, register sahaja sebagai participant.

Apabila anda dah register sebagai participant, kerajaan Arab Saudi akan memberi visa jemputan kepada anda. So, automatic anda sudah boleh pergi mengerjakan umrah.
Alhamdulillah.

Semoga artikel ini dapat memberi manfaat.
InsyaAllah.


-------------------------------------
Join Us!


Publishing Many Papers in a Short Time











No comments:

Post a Comment