Saturday 14 February 2015

Tips Memilih Conference/ Seminar Proceeding Terbaik



Seminar proceeding dan pelajar siswazah MSc/PhD memang tidak dapat dipisahkan.
Apatah lagi ia adalah satu prasyarat untuk lulus cemerlang di dalam VIVA examination.
Hatta setelah bergelar pensyarah sekalipun, menghadiri seminar proceeding adalah perkara wajib yang perlu dilakukan. Ianya dikira sebagai KPI bagi seseorang pensyarah itu.
Malah, menghadiri seminar proceeding ini dapat mengangkat martabat sesebuah universiti itu, sekali gus mengangkat martabat nama Malaysia di persada dunia.

Dewasa kini, seminar proceeding bagaikan tumbuh bak cendawan selepas hujan dan dikatakan setiap tahun pasti ada seminar-seminar seperti ini yang akan dijalankan sama ada daripada sesebuah universiti mahupun dari agensi-agensi tertentu.

Artikel kali ini, ingin mengupas tip-tip memilih conference/ seminar proceeding terbaik untuk dihadiri. Apakah kriteria-kriteria yang sepatutnya dititik beratkan dalam memilih untuk menghadiri seminar proceeding. Atau bagaimanakah anda mengetahui conference/ seminar itu adalah seminar yang bagus.


1)Proceeding berindeks.

Kriteria utama adalah memilih seminar/conference yang berindeks SCOPUS, ISI, DBPL, Google Scholar, Ulrich's, Ei-CompendexZentralblatt Math, MetaPress, Springerlink.
Ramai yang mewar-warkan seminar mereka mempunyai indeks SCOPUS/ISI, namun anda perlu berhati-hati kerana ada juga conference yang sebenarnya tidak mempunyai indeks SCOPUS/ISI tetapi mengatakan mempunyainya.

Contoh seminar/ conference proceeding yang mempunyai indeks:




2) Committees

Barisan committees member yang bukan calang-calang orang. Terdiri daripada barisan professor, professor madya dan dr.




3) Invited Speaker/ Keynote Speaker

Ingin mengetahui seminar tersebut bagus atau tidak juga adalah melihat daripada invited speaker/ keynote speaker.

Kebiasaannya, keynote speaker yang bagus adalah dari golongan chief editor/ editor dari jurnal yang berimpak tinggi.

Contoh seminar/ conference proceeding yang membariskan keynote speaker terhebat:





4) Proceeding yang akan diterbitkan di SEARCH ENGINE

Anda perlu berhati-hati sebelum membuat pilihan untuk menghadiri sesuatu seminar/ conference. Hal ini adalah disebabkan, ada seminar yang menjanjikan akan menerbitkan kertas kita di dalam search engine berindeks, namun setelah bertahun-tahun, kertas kita tidak diterbitkan.
Ada juga yang berjanji ingin menerbitkan di dalam search engine berindeks, namun apabila semuanya selesai, mereka meminta pula wang kita untuk menerbitkan kertas kita di dalam jurnal mereka. Sedangkan, jurnal mereka tidak mempunyai indeks.

Antara seminar/ search engine yang berindeks adalah:

a)      AiP Proceedings



b)      Procedia Elsevier




c)       Springerlink






d)      LNCS Springerlink



e)      IEEE



Semoga artikel ini dapat memberi sedikit sebanyak gambaran kepada anda perihal berkenaan seminar prosiding.
Semoga kita sama-sama dapat berkongsi ilmu dalam meningkatkan martabat pendidikan negara.

Sekian, wassalam.









1 comment: