Saturday, 27 August 2016

Pasar Baru & Toko 3 & Farm House & De Ranch & Dusun Bambu


Sambungan dari Trip to Bandung DAY-1
&
Sambungan dari Trip to Bandung DAY-2


Trip to Bandung DAY-4
Target hari ini ialah ingin 'belanja' untuk dibawa pulang buat kenang-kenangan.
So, tempat yang paling dirasakan sesuai ialah ke Pasar Baru.
Untuk pengetahuan semua, Pasar Baru dibuka seawal jam 8pagi sehingga 5petang.
Seeloknya, jika berniat untuk ke sini, di sarankan pergilah seawal pagi, kerana apabila masuk tengahari, tempat ini akan penuh dikunjungi oleh pelbagai jenis ragam manusia.



Kami hanya berjalan kaki dari Hotel Naripan, perjalanan mengambil masa lebih kurang 15-20 minit.
Jarak dari Hotel Naripan ke Pasar Baru adalah lebih kurang 2km.
Hari ini, hari yang tidak bersupir juga. Targetnya, berjalan kaki ke Pasar Baru dan
pulang dengan menaiki angkot,

Ingin tahu, bagaimana cara untuk menaiki angkot?
Rujuk Trip To Bandung DAY-2

Di Pasar Baru, ke semua keperluan dari buah-buahan, kerepek, baju, telekong, beg, mainan kanak-kanak, kain sulam, kain pasang, kain batik dan pelbagai lagi boleh didapati disini,

#telekong paling hot di Pasar Baru, telekong Siti Khadijah. Hanya berharga RM50




Setelah 6jam di Pasar Baru, dan setelah puas semua barang yang dikehendaki telah dibeli,
maka kami pulang ke hotel jam 4 petang.

Disebelah malam, kami berkunjung ke Toko 3.
Kami menaiki angkot ke Toko 3.




Toko 3 adalah syurga bagi jeans.

Tetapi anda harus ingat!
Jangan sesekali membeli Jeans berjenama LEVIS disini.
Sangat rugi!
LEVIS yang terdapat disini adalah LEVIS dari Vietnam.
Sewaktu kunjungan kami ke Vietnam tahun lepas, kami telah memborong levis.
Levis di Vietnam sangat murah.

Jadi jika anda ingin membeli jeans, make sure anda membeli jenama
BOSS, BMW, Lois
jenama-jenama ini adalah dikeluarkan dari kilang Indonesia.


Trip to Bandung DAY-5
Hari ke-5 di Bandung adalah satu-satunya hari yang kami menggunakan supir.
Targetnya ingin berjalan jauh sedikit.
Iaitu ingin ke Tangkuban Parahu, Farm House dan kawasan sekitarnya.
Terdapat juga Angkot ke kawasan ini, namun begitu kemungkinan untuk sampai ke sini, anda perlu menaiki 3 atau lebih jenis angkot.

Perjalanan bermula seawal jam 8 pagi.
Targetnya ingin ke Farm House dahulu.
Kami tidak jadik ke Tangkuban Parahu, kerana tiket masuk berharga IR300000.
Lebih kurang RM100 seorang untuk sekadar melihat gunung berapi dan merakam kenangan.

Kami sampai ke Farm House agak lewat, kerana hari ini hari Ahad.
Jalan agak sesak dipenuhi dengan ramai orang.
Kebiasaannya, ramai penghuni kota Jakarta akan turun ke Bandung pada hari minggu.
Jadi seeloknya elakkan ke Bandung pada hari minggu.

Tiket masuk ke Farm House hanya berharga IR50000.
Tiket hanya dibeli untuk 2 orang sahaja, kerana Husna boleh masuk free.









 

Untuk pengetahuan semua, tiket masuk ke farm house sebenarnya ialah baucer,
Tiket ini jangan sesekali dibuang, kerana ia dapat ditukar dengan susu.

#tempat pertukaran baucer kepada susu



Disebelah farm house, ada rumah yang menjual batik.
Kami menapak sebentar ke rumah batik ini.
Keadaan sekitar rumah ini seakan seperti Nor Arfa Batik Terengganu.



Kami membeli kain sampin. Kainnya tidak terdapat dimana-mana kedai.
Kainnya juga sangat berkualiti dan murah.

Seterusnya jam 11.30pagi, kami berangkat ke De Ranch.
De Ranch adalah suatu perkampungan seakan CowBoy Town.
Disini, pengunjung boleh menunggang kuda, dan sebagainya.

Harga tiket untuk masuk ke sini berharga IR20000. Kali ini Husna juga dicharge harganya untuk masuk ke sini.










Di De Ranch juga, tiket masuk boleh ditukar dengan susu free,

Setelah sejam disini, perjalanan seterusnya ialah ke Dusun Bambu.
Harga tiket untuk masuk ke Dusun Bambu berharga IR50000 seorang.
Husna jugak nak masuk kena bayar.


Kawasannya sangat luas, untuk sampai ke sesuatu kawasan perlu menaiki lori.
Kawasannya seumpama di Gambang WaterPark.




Terdapat pelbagai aktiviti yang anda dapatkan disini, antaranya seperti ATV, memanah, dan sebagainya.
Tetapi setiap aktiviti yang anda ingin 'join' perlu membayar harga yang berlainan.






Setelah 2 jam disini, perjalanan seterusnya ialah ke Factory Outlet Jalan Riau.
Kami tidak sempat ke Rumah Mode dan Paris Van Java.
Lagipun, kami telah ke situ pada tahun 2012 yang lalu.

Kunjungan kami pada tahun 2012 yang lalu, kami menginap di Hotel Sukajadi.
Hotel ini berada di Jalan Sukajadi dan sangat dekat dengan Rumah Mode dan Paris Van Java.


#kenangan di Hotel Sukajadi tahun 2012.

Berbalik pada tahun 2016, kami sampai di Factory Outlet Jalan Riau agak lewat kerana jalan agak sesak.


#Secret


#Heritage bersebelahan Cascade

Disini terdapat pelbagai jenis gedung jualan, tetapi sejujurnya, harganya sebenarnya lebih kurang sahaja dengan harga di Malaysia.
Di Malaysia juga terdapat pelbagai jenis barangan berkualiti tinggi dan berjenama boleh didapati dengan harga yang jauh lebih murah.

Kami tidak membeli apa-apa disini, hanya sekadar mencuci mata.

Setakat ini sahaja penceritaan saya pada kali ini.
Diharap pengalaman yang dishare ini dapat sedikit sebanyak membantu anda semua jika ingin berkunjung ke Bandung dan Jakarta.

Sekian, Wassalam.








Alun-alun Bandung & Trans Studio Bandung

Sambungan dari Trip to Bandung DAY-1


Trip to Bandung DAY-2
Perjalanan hari kedua bermula seawal jam 8 pagi.
8 pagi, kami terus ke ruangan makan untuk 'breakfast'.
Makanannya semua sedap-sedap.


Antara menu-menu bandung di Hotel Naripan:

#soto betawi


#bandos

#cilok

#takingatnamaapa

#soto 


#tak pasti nama apa. Tapi memang agar-agar sedap

Setelah selesai mengalas perut, jam 9 sampailah saya ke Seminar SCDM 2016.
Soft Computing and Data Mining Conference.


Setelah mendengar ceramah dari 3 speaker dan membentang kertas kerja. Jam 5.30 petang saya pulang ke hotel.

Misi seterusnya berjalan disekitar Jalan Naripan, Jalan Asia-Afrika, Jalan Braga. Misi hari ini hanya berjalan kaki disekitar kawasan hotel.


#Berhadapan Hotel Ibis Syle, Jalan Braga



Seterusnya, kami berjalan sehingga sampai ke Alun-alun Bandung



Dan dinner di Plaza Grand Yogya


Perjalanan diteruskan dengan hari-3.


Trip to Bandung DAY-3
Misi hari ini adalah ke Trans Studio Bandung.
Setelah mengalas perut, jam 9 pagi kami bertolak ke Trans Studio Bandung.

Dengan berbekalkan sedikit ilmu di dada. Kami dengan beraninya mencuba menaiki angkot bandung.

Apa itu angkot?
Angkot adalah sejenis kenderaan 'van' yang khidmatnya sama seperti bas henti-henti di Malaysia.


Kenapa pintunya sentiasa terbuka? 
Adalah bagi memudahkan penumpang untuk naik dan turun di mana-mana sahaja yang anda inginkan.
Sebagai contoh, anda boleh menaiki atau menuruni angkut ketika angkut ini berhenti menunggu lampu isyarat atau ketika tersekat dalam kesesakan lalu lintas.



Berapakah harga tambangnya?
Harganya ialah dari IR3000 sehingga IR5000 untuk seorang.
So bermaksud around RM1 hingga RM2.
Bergantung kepada jarak perjalanan yang anda lalu.

Jalan-jalan yang dilalui oleh angkot?
Ada beberapa laman web yang menceritakan perjalanan angkot ini. Diantaranya ialah:
http://transportasiumum.com/content/rute-angkot-bandung/
dan
https://angkot.tibandung.com/

Warna-warna angkot?
Warna-warna angkot mengikut route perjalanannya.

Berbalik pada perjalanan ke Trans Studio Bandung.
Kami fikir, sangat rugi untuk mengambil supir. Sedangkan kami ingin menghabiskan masa seharian di Trans Studio. Oleh sebab itulah, kami memilih untuk menaiki angkot.

Dari Hotel Naripan, kami menaiki angkot bewarna merah.
Angkot ini akan berhenti di Hotel Papandayan

Dari Hotel Papandayan kami akan bertukar angkot, dan menaiki angkot bewarna hijau untuk ke Trans Studio Bandung atau orang tempatan panggil TSM.

Jangan risau, angkot sangat banyak di Kota Bandung. Jika angkot yang anda naiki berhenti, maka tidak sampai 1 saat, akan ada angkot lain pula yang boleh membawa anda menuju ke destinasi yang ingin dituju.

#Angkot berwarna merah dari Hotel Papandayan ke TSM

#Selamat sampai di TSM


TSM buka pada jam 10pagi hingga 9 malam bagi weekdays dan 10pagi hingga 10 malam bagi weekend.
Harga tiketnya juga berbeza, weekdays cuma IR170000, weekend menjadi IR270000.

#opening dance jam 10pagi

#4D movie


#indoor studio


#Science center


#magic world


#dunia anak


#playground


Apa yang menarik di Trans Studio Bandung?
Semua menarik dan best2.
Anda boleh cuba semua permainan dengan Free.

Ruangan dalam Trans Studio?
Ada banyak jenis ruangan, dari Dunia Anak, Superheroes, Magic World, Dunia Lain dan sebagainya. Boleh rujuk map.

Kenapa perlu datang awal?
Kerana ada opening dance, menarik sangat!
Dan setiap aktiviti telah disediakan jadual waktunya,
Sebagai contoh, anda boleh menonton Magic Show pada jam 11pagi.
Menonton Big Show pada jam 12.30tghari.
Menonton Action Show jam 3.30petang.
Semua show ini hanya sekali sehari, so sangat rugi jika terlepas.

Barang tidak boleh dibawa masuk?
Waktu kitorng datang, adalah waktu kemuncak opening. Sepatutnya tidak boleh membawa air dan makanan, tetapi ketika saat kami masuk, sangat ramai orang dipintu masuk. Makanya, petugas disitu tidak sempat untuk 'check' semua barangan yang dibawa. So, kami juga antara yang terlepas dari itu.

Playground.
Didalam TSM ini disediakan juga playground untuk kanak-kanak. Namun, syarat untuk bermain adalah kena pakai stoking. Mungkin ini adalah satu cara untuk menjaga kebersihan.
So, anak atau ibu yang masuk hendaklah memakai stoking.
Untuk senang, boleh pack stoking siap-siap dari rumah.
Atau jika lupa, boleh beli dengan harga RM6.

Tempat Makan.
Ada sesetengah stall menjual makanan hanya menerima token untuk pembelian. Token untuk makan, boleh dibeli di dalam TSM. Namun begitu, ada juga yang menerima wang cash. 

Tempat Solat, Toilet
Semuanya ada tersedia di dalam TSM. Tidak perlu risau dan khuatir.


Sedikit Fakta Menarik tentang Indonesia dan Bandung:
1) Orang bandung sangat peramah

2) Jika orang Bandung melihat kita, beliau akan ingat kita juga orang bandung. Apabila kita memulakan perbualan, baru dia tahu yang kita datang dari Malaysia. 

3) Kita mudah faham bahasa Indonesia, namun diorang susah untuk memahami bahasa Malaysia.
*memula ingatkan sebab kita selalu tengok filem indonesia, rupanya Husna yang baru berusia 4tahun pun (yang tak pernah tengok filem indonesia), faham bahasa Indonesia.

4) Bukan semua kedai makan di Bandung Halal, hati-hati ketika makan.

5) Jangan datang hari minggu ke Bandung, kerana waktu ini, jalan dan tempat-tempat akan dipenuhi oleh warga indonesia dari Jakarta. Mereka juga datang ke Bandung untuk shopping kerana harga barang di Bandung jauh lebih murah jika dibandingkan di Jakarta.

6) Indonesia maju, jumlah penduduk Indonesia yang kaya sama dengan jumlah penduduk di Malaysia. 

7) Orang susah Indonesia akan cuba melakukan pelbagai kerja. Mereka sangat gembira dan sentiasa mengucapkan terima kasih walaupun jumlah wang yang mereka terima hanya sedikit.

8) Masyarakat Indonesia suka merokok, tidak kira lelaki atau perempuan, mereka akan merokok di mana-mana sahaja termasuklah di dalam Shopping Mall yang berhawa dingin.

Seterusnya, sambungan Bandung DAY-3