Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah, setelah 2 minggu menjelajah ke benua Eropah, akhirnya aku
selamat tiba dengan sihat dan jayanya ke tanah air tercinta.
Perjalanan kali ini pastinya, perjalanan menimba ilmu sambil melancong melihat kebesaran ciptaan Allah.
Macam biasa, perjalanan menghadiri 'conference' di UK dan diikuti perjalanan ke 4 lagi negara iaitu Sepanyol, Perancis, Belgium dan Belanda.
Kadang-kadang rasa seperti bermimpi, tetapi syukur kepada Allah semuanya dipermudahkan olehNYA.
Untuk pengetahuan semua, kembara kali ini boleh dikatakan kembara bidang terjun.
Aku ke sana hanya berdua dengan kawanku. Dua-dua tidak pernah menjejak kaki ke benua bermata biru. Semuanya dilakukan dengan teliti, mengkaji arah tujuan, jalan yang mana harus dilalui dan bagaimana.
Alhamdulillah orang yang sedang bermusafir ini sudah tentu sentiasa dilindungi Allah.
Perjalanan dari 17/3/2017 sehingga 31/3/2017 seolah-olah memberi kekuatan dalam diri ini dalam segala jenis aspek.
Malam ini, rasanya tidak sempat untuk bercerita tentang dari awal perjalanan sehingga akhir perjalanan. InsyaAllah penceritaannya akan dikupas dimasa yang mendatang.
Cumanya, ingin dikongsi gambar-gambar sepanjang disana.
Nottingham UK (17/3/2017 - 19/3/2017)
London (19/3/2017-21/3/2017)
Cambridge (21/3/2017 - 23/3/2017)
Madrid, Spain (23/3/2017 - 25/3/2017)
Brussels, Belgium (27/3/2017)
Amsterdam, Holland (27/3/2017-29/3/2017)
Heathrow Airport (30/3/2017)
Itu sahaja untuk kali ini.
InsyaAllah, jika ada kelapangan, akan dikupas 1 persatu-satu perjalanan yang telah ditempohi.
Sekian, wassalam.