Saturday, 3 July 2021

Tips Sambung Study Zaman COVID 19

 

Tuah ayam nampak di kaki

Tuah manusia siapa yang tahu.












Assalamualaikum semua

Kami sekeluarga selamat tiba di Manchester pada 14/5/2021 yang lalu. Alhamdulillah.

Tiada siapa sangka, rezeki sambung study pada waktu pandemik covid19 ini.

Surat tawaran asal adalah ke University of Sydney tahun lepas, tapi memandangkan border Australia masih tutup, so aku terpaksa menukar tempat ke University of Manchester.

So, travel waktu pandemik Covid memang sangat-sangat berbeza dengan waktu biasa.

So apa persiapan yang perlu dibuat. 


1. Pertama sekali better sentiasa check website uk.gov.

Semua information tentang covid, perjalanan, tatacara masuk negara UK and etc semua dicatat dalam website tersebut.


2. Sebelum fly

Hati-hati ketika membeli flight ticket. Ramai yang bagi pendapat, better amik flight Qatar or Emirates boleh direct ke Manchester xperlu transit di Heathrow. Hati-hati ye semua. Qatar dan Emirates termasuk dalam red zone country, so perlu kuarantin di hotel. Malaysia still dalam amber list, so kita just kuarantin di rumah.

Surat rentas negeri, memandangkan kami akan fly dari terengganu, so memang polis akan check surat rentas negeri kita. Diorang akan check di airport.

Buat test covid 3 hari sebelum (3/2/1 hari sebelum). Test covid ini akan di check di airport Malaysia dan UK.

Untuk kanak-kanak bawah 11 tahun x perlu buat test.

Isi borang passenger locator form, kalau dulu2 kita just isi dalam flight, sekarang perlu isi sebelum berlepas. Isi secara online di website uk.gov jugak. Yang ni akan dicheck di Airport Malaysia dan UK.

So make sure korang dah ada rumah, supaya kuarantin di rumah sahaja, sebab kita negara amber, so boleh kuarantin di rumah instead of kuarantin di hotel. Kuarantin di hotel mahal. 

Order siap2 swab test kit, yang ni boleh tengok list dekat website uk.gov. Ada yang mahal, ada yang murah. Kitorang pilih yang paling murah.

So swab test ni, perlu dibuat pada hari ke-2 dan ke-8. Buat sendiri tau, dan pos. Kanak-kanak 9 tahun ke bawah xperlu buat.


3. Waktu kuarantin

Better dah bawak bekalan makanan sikit2. Kita boleh keluar membeli, tapi better bawak la sikit2 untuk bekal. 

Bawak rice cooker, sebab kebiasaanya rumah yang kita sewa xde rice cooker. Hanya ada oven dan microwave sahaja. Dan bawak la pinggan mangkuk, sudu garfu, cawan plastik yang ringan.

Ko jangan harap ada Malaysian nak datang melawat, sebab kita tengah kuarantin xde siapa yang dibenarkan melawat. 

Bagi orang yang dah biasa travel and backpackers memang xde masalah.

Untuk beli duvet, pillow semua boleh beli online. Yang ni dekat asda murah. Kitorang beruntung jugak, rumah yang kami sewa dah siap2 ada duvet dan pillow. 

Akan ada orang datang check kita kat rumah waktu kuarantin, so xperlu la ke mana-mana. Just duduk rumah, rehat sahaja.

All the best semua!

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Wassalam.