Wednesday, 29 April 2015

Tips Menghadiri Conference di Overseas




Menghadiri sesuatu conference sudah menjadi kewajipan bagi semua resarchers, lecturers, phd candidates, msc candidates. Disini, saya menggunakan perkataan wajib. Saya rasa tidak perlu lagi saya tegaskan kenapa dan mengapa. 

Pilihan untuk menghadiri conference di dalam mahupun luar negara, terletak di tangan anda. Ibarat tepuk dada, tanyalah selera. Jika peluang sudah terhidang dihadapan, tidak salah jika mencuba untuk menghadiri conference di luar negara.

Pepatah ada mengatakan:
Jauh Perjalanan Luas Pemandangan

Disini pastinya kita akan dapat menimba ilmu yang baru. Melihat bagaimana cara golongan profesional bekerja. Berkongsi dan bertukar pandangan dan idea. Mencari supervisor untuk menyambung post-doctoral barangkali. 

Disini saya ingin kongsikan beberapa tips jika ingin menghadiri conference di overseas.
Tips ini merangkumi semua, dari segi pemilihan conference, cut-cost conference, persediaan mental & fizikal, tempahan tiket flights, penginapan dan sebagainya.

1. Pemilihan conference
Tidakkah anda teringin untuk berjumpa dengan idola-idola anda?
Idola-idola yang saya maksudkan disini adalah orang yang develop/ proposed method yang anda ingin kaji.

Jika dalam bidang saya Fuzzy Sets and Interval Type-2 Fuzzy Sets, saya sangat-sangat teringin untuk berjumpa dengan Lotfi Zadeh, JR Mendel, Hani Hagras, Francisco Chiclana, Cristian Wagner, Francisco Herrera, dan ramai lagi.

Cuba bayangkan, kita membentangkan paper kita dihadapan mereka. Bagaimanakah reaksi mereka terhadap kita? Bagaimanakah mereka menilai hasil kerja kita? Betapa berdebarnya kita pada saat itu. 

2. Cut-cost Conference
Jika anda katakan anda tidak mahu menghadiri conference di overseas kerana tidak cukup duit. Sebenarnya anda salah.

Tahukah anda, cut-cost conference itu benar-benar wujud? 
Cut-cost conference yang saya maksudkan disini adalah:

Conference yang menawarkan free registration
Ada yang menawarkan free registration beserta full board hosting.
Lebih menggembirakan apabila free registration ditambah dengan full board hosting beserta free ticket flights.
Wow!

3. Persediaan Fizikal dan Mental
Persediaan fizikal dan mental yang saya maksudkan disini adalah persediaan pemilihan paper yang ingin dibentangkan, kesungguhan kita untuk menghadiri sesuatu conference itu.

Selain itu, peralatan-peralatan mencukupi. Peralatan yang saya maksudkan disini adalah jika pergi pada musim sejuk, barang yang penting yang perlu dibawa.

#jika hadiri conference ketika musim sejuk, makesure bawalah sweater, gloves.
Dan yang paling penting, bawalah lotion. Sesetangah kulit asia, tidak tahan dengan cuaca yang terlampau sejuk, pastinya akan naik ruam-ruam gatal. 
Bawalah pocket heater/ pocket hand warmer.
Boleh beli dekat daiso.

#image from google

4. Tempahan ticket flights
Tempahan tiket flights boleh dibuat terus di website sesuatu flights.
Saya suka survey dahulu baru tempah. Kebiasaanya saya akan survey dahulu di www.expedia.com.my
Disini, akan dilistkan semua penerbangan untuk ke destinasi yang kita ingin tuju.
Pilih sahaja yang mana berkenan dihati. Ingin direct flight, or yang ada transit. Terserah pada anda.

Cara pembayaran:
Bagi yang mempunyai kad kredit, sudah pastinya tidak menjadi masalah.
Bagi golongan students yang tiada kad kredit, jangan risau, anda boleh membuat pembayaran dengan cara mengactivekan kad debit anda.
Kad debit anda boleh diactivekan di mesin atm atau terus dikaunter.
Apabila kad debit ini telah diactivekan, segala urusan pembelian tiket flights, mahupun bayaran conferences, boleh terus dibuat.

5. Penginapan
Terdapat pelbagai pilihan untuk penginapan, hotel, private room, shared room, entire place.

Jika hotel, pelbagai website yang ada menawarkan perkhidmatan penempahan hotel. Antaranya seperti trivago, booking.com dan sebagainya. Kebiasaanya, saya suka survey hotel di booking.com. Disini, akan tersenarai semua hotel dari yang murah hinggalah yang mahal. Di booking.com juga kita dapat lihat kedudukan hotel tersebut dengan tempat yang ingin di tuju.

#Jika sudah berkenan dengan sesuatu hotel, maka jangan book di booking.com. Terus call direct hotel tersebut. Kadang-kadang, harga direct book ke hotel lagi murah berbanding di booking.com.

Jika anda jenis yang suka memasak. Atau ingin berjimat. Atau tempat yang anda pergi susah untuk bertemu dengan makanan halal. Pilihlah entire place yang ada menawarkan kitchen.

Untuk mencari rumah-rumah sebegini, boleh gunakan perkhidmatan website airbnb.com.
Di website ini, tersenarai semua jenis private room, shared room or entire palace. Dari yang murah hinggalah yang mahal. Kita juga dapat melihat jarak tempat yang ingin kita menginap dengan jarak yang ingin kita tuju. Di airbnb.com juga, anda boleh terus berkomunikasi dengan owner place itu.
Jika anda ingin ke korea, search lah website bnbhero.com.

6. Conference Fees
Jika kita sebagai student ingin menghadiri conference di Malaysia, kita boleh direct bayar fees conference dengan menggunakan fees students.

Tetapi anda perlu berhati-hati jika menghadiri conference luar. Sesetengah conference seperti conference IEEE. Jika kita sebagai student, dan ingin membayar fees dengan harga student. Kita mestilah mempunyai seseorang yang telah membayar fees untuk full member.

Senang cerita, macam ini lah, supervisor kita join jugak conference ini, dan dia bayar harga fees untuk full member. Dan dia bayar fees untuk extra paper dan acknowledge kita sebagai studentnya. Baru kita boleh bayar fees conference tersebut dengan menggunakan fees student.

7. Extra Tips
Tahukah anda!
Jika anda tidak mempunyai muhrim, anda masih boleh pergi mengerjakan umrah walaupun umur anda belum 45 tahun.
Untuk pengetahuan anda, syarat-syarat untuk mengerjakan umrah bagi perempuan adalah kena mempunyai muhrim iaitu ayah kandung, abang kandung, suami atau bapa saudara sebelah ayah.
Jika anda tidak mempunyai ke semua di atas, anda tidak boleh pergi mengerjakan umrah.
Sudah tidak ada istilah umrah tumpangan sekarang.
Jadi anda perlu menunggu umur 45tahun baru boleh mengerjakan umrah.

Tetapi, anda masih boleh mengerjakan umrah jika tiada ke semua diatas.
Bagaimanakah?

Mudah sahaja, joinlah conference yang dianjurkan oleh kerajaan Arab Saudi.
Jika anda x join conference pun, register sahaja sebagai participant.

Apabila anda dah register sebagai participant, kerajaan Arab Saudi akan memberi visa jemputan kepada anda. So, automatic anda sudah boleh pergi mengerjakan umrah.
Alhamdulillah.

Semoga artikel ini dapat memberi manfaat.
InsyaAllah.


-------------------------------------
Join Us!


Publishing Many Papers in a Short Time











Sunday, 26 April 2015

Pengedar Diperlukan




Yafeeqa Enterprise ingin membuka peluang buat anda semua untuk memulakan perniagaan.
Jika anda mempunyai minat dalam perniagaan,
Tetapi anda hanya mempunyai modal yang kecil,
Atau anda tidak mempunyai sebarang modal.
Tidak tahu ingin bermula bagaimana.

Sertai Kami!
Kami sedang mencari pengedar yang benar-benar berminat untuk memulakan perniagaan.

Kami mempunyai 2 pilihan.

Pilihan Pertama
Tanpa keluarkan sebarang modal

Cara-caranya:
Tidak perlu keluarkan sebarang modal.
Tidak perlu membuka sebarang kedai.

Hanya perlu mempromosikan sahaja!

Setiap hasil jualan anda, 10% hasil keuntungan akan dikreditkan ke akaun anda!

Pilihan Kedua
Hanya dengan sedikit modal:
Anda mampu menjana 2 kali keuntungan.
Bagaimanakah caranya?

Dengan setiap 5kg pembelian untuk jualan, anda akan mendapat diskaun terus daripada harga jualan kami.

Harga pasaran 1kg madu sekarang telah mencecah RM200
Tidakkah keuntungannya 2 kali ganda?

Selain mendapat diskaun daripada kami, anda boleh mendapat keuntugan terus dari hasil jualan anda.

Selain itu:
Kelebihan sertai kami
Setiap 30kg hasil jualan, anda akan mendapat baucer penginapan 2 hari 1 malam ke destinasi percutian pilihan anda.
Setiap 50kg hasil jualan, anda akan mendapat baucer penginapan 3 hari 2 malam ke destinasi percutian pilihan anda.

Jadi
Apa tunggu lagi!
Sertai Kami Yafeeqa Enterprise 

Untuk maklumat lanjut.
Sila hubungi: 011-3748 9497

Produk kami:
Madu Kelulut




Wednesday, 22 April 2015

Seminar: Publishing Many Papers in a Short Time


Seminar "Publishing Many Papers in a Short Time" merupakan sebuah seminar yang memberi pendedahan padu buat young researchers especially MSc dan PhD students tentang teknik olahan penulisan papers, pengembangan idea yang satu menjadi dua, tiga dan seterusnya. Seminar ini membantu researchers, khususnya MSc dan Phd students menghasilkan sebanyak mungkin papers untuk diterbitkan di conference proceeding & journal papers dalam masa yang singkat.

Di samping itu, kami juga akan kongsikan tips bagi menghadapi VIVA dan tips menghadiri dan memilih seminar prosiding terbaik.

Untuk pengetahuan semua, kami akan adakan tiga sesi seminar ini.
Sesi ke-2 seminar ini ialah pada 23/5/2015.
Sesi pertama telah berlangsung dengan jayanya.
Boleh rujuk disini: Tips Publish Banyak Paper dalam Masa yang Singkat

Berikut adalah jadual seminar ini:


Berikut adalah lokasi Universiti Malaysia Terengganu



Kami hanya membuka penyertaan untuk 10 orang sahaja bagi setiap sesi.
Supaya setiap peserta dapat memberi sepenuh perhatian sepanjang seminar ini berlangsung.
Interaksi antara peserta dan penceramah juga akan lebih mudah.



Seats are limited!!!
Register Now!

How to register?

 Boleh SMS or WhatsUp ke:
Yafeeqa Enterprise: 011-3748 9497

Dan sertakan butiran berikut:
Nama, sesi atau tarikh yang ingin didaftar, dan nombor telefon.

Terima kasih 






  

Saturday, 11 April 2015

Tips Mengerjakan Umrah (Part 3)

Ada beberapa perkara yang ingin kami kongsikan buat rakan-rakan jemaah.
Part ini adalah sambungan daripada:
Tips Mengerjakan Umrah (Part 1)
Tips Mengerjakan Umrah (Part 2)

1. Prepaid Mobile Phone
Untuk hubungi keluarga di kampung, terdpt pelbagai jenama prepaid yg boleh diguna pakai.
Antaranya seperti zin, stc. Kami memilih mobily. Sepnjng menggunakan mobily, sy rs ok. Boleh call malaysia, call husband, surf internet, wassup. Even perkhidmatan operatornya pn ok.
Jika nak bli topup, makesure pergi ke booth mobily, sebab kadang2 penjual topup jalanan diorg akan charge lebih.

Untuk check baki = *1411#
Untuk call malaysia = 006 diikuti no. malaysia
#Jgn hilangkan card sim, = akan digunakan untuk topup

2. Money changer
Perkhidmatan money changer di mekah dan madinah mudah.
Dimana-mana pun ada. Even, nak tukar duit kecil pn xder masalah. Boleh buat di money changer.

 3. Dobi
Perkhidmatan dobi di mekah dan madinah juga mudah. Ada di mana-mana. Tetapi bagi sy, harganya agak mahal. Sepanjang berada di mekah n madinah, kami membasuh sendiri pakaian kami.

4. Khutbah translation 
Alhamdulillah kami sempat merasai jumaat di madinah dan jumaat di mekah.
Di mekah, ada translation khutbah. Kita boleh mendengar khutbah dalam bahasa malaysia.


#kertas ini di edarkan di dalam masjid


5. Jus buah, aiskrim, nasi arab, kebab
Tiga benda ini wajib kita rasa apabila sudah berada di mekah dan madinah. Banyak dijual di merata- rata tempat. Sepanjang perjalanan utk ke masjid, kita dapat lihat deretan kedai yg menjualnya.




6. Sweater
Bagi jemaah yang mengerjakan umrah pada bulan nov, dec, jan, feb. Saya nasihatkan bawalah sweater. Suhu di madinah sgt sejuk pada ketika itu. Even sy yang pergi dipenghujung bulan mac juga dpt merasakan suhu pada 18c. Sangat sejuk.

7. Farmasi
Jika sakit, jangan risau, ada farmasi disekitar masjid nabawi dan masjidil haram.
Nama farmasi itu, Nahdi

#from Google

Macam-macam ada di dalam farmasi ini. Dari ubat-ubatan, cream, shampoo, n mcm2 lagi.

8. Minum Air Zam-Zam
Selain itu, untuk kekalkan kesihatan yang berpanjangan. Jangan lupa amalkan minum madu setiap pagi beserta air zam-zam.
Minumlah banyak-banyak air zam-zam, insyaAllah, tidak akan dijangkiti penyakit.
Spjng berada di mekah n madinah, kami xlupa utk minum madu setiap hari.
Kami mmg bawa madu dari malaysia.
Madu bnyk di jual di mekah dan madinah, cuma keasliannya tidak dapat dipastikan.
Jadi kami bawa madu kelulut kami.



9. Nosk atau mask muka
Keadaan di mekah dan madinah sgt berdebu. Saya nasihatkan supaya jemaah nemakai nosk atau mask muka. Nosk boleh dipakai di dalam ihram. Tetapi mask muka tidak boleh dipakai ketika ihram. Hati-hati.

10. Wakaf Al-Quran
Jika jemaah ingin mewakafkan alquran di masjid nabawi dan masjidil haram.
Make sure, alquran itu mestilah keluaran madinah dan bertali kuning.
Banyak alquran yang dijual ditepi jalan bukan keluaran madinah.
Harganya pun lebih murah berbanding terbitan madinah.
Harga quran terbitan madinah ialah SR50.
Kami membeli alquran ini di dalam clock tower.
Penjual akan cop wakaf, jika kita nyatakan ingin wakafkan alquran tersebut.
Jika jemaah telah meletakkan alquran yang bukan terbitan madinah, Alquran ini akan dikeluarkan dari masjid nabawi dan masjidil haram.
Tetapi jangan risau, alquran ini tidak akan dibuang, cuma akan diwakafkan di masjid-masjid sekitar masjid nabawi dan masjidil haram.

11. Bersabar dan Jaga Mulut
Sentiasa bersabar walau dimana anda berada. Jika ketika tawaf, berjalanlah seperti biasa, tidak perlu tolak menolak, langgar melanggar.
Jagalah perilaku dan mulut ketika berada di dua tanah suci. 

12. Sentiasa berdoa
Sentiasalah berdoa supaya Allah berikan kita kekuatan, kesihatan, keberanian dan ruang sepanjang berada di mekah dan madinah.

Semoga kita semua akan mendapat umrah maqbullah. InsyaAllah. 


Sunday, 5 April 2015

Tips Mengerjakan Umrah (Part 2)

Setelah 5 hari 4 malam berada di Madinah,
refer disini: Tips Mengerjakan Umrah (Part 1)

kami bertolak ke Mekah pada 23 Mac 2015 pada jam 2.30pm. Perjalanan menuju ke kota Mekah mengambil masa selama 7 jam. Tepat jam 10.30 malam, kami tiba di kota Mekah. Perasaan pada ketika itu sangat berdebar-debar dan excited. Berdebar kerana inilah kali pertama kami akan mengerjakan ibadat umrah.

Kami diberi masa selama 1 jam setengah untuk check in hotel dan bersiap bagi menunaikan ibadat umrah. Tepat jam 12 tghmlm, kami terus ke MasjidilHaram bagi melaksanakan ibadat umrah kami. Subhanallah, rasa sangat kagum dengan keindahan Kaabah. Inilah kali pertama, kami melihat Kaabah secara live. Subhanallah. Alhamdulillah.



Setelah Tawaf sebanyak 7 kali, solat sunat tawaf, minum air zam-zam, saie 7 kali dan bercukur. Tepat jam 3.30 pagi, maka selesailah ibadat umrah pertama kami. Kami pulang ke hotel sebentar dan turun kembali untuk menunaikan solat subuh.



Setelah solat subuh, kami pulang ke hotel untuk melelapkan mata seketika. Tepat jam 10.30 pagi keesokkannya, kami terus ke Masjidil Haram lagi. Target kali ini ingin masuk ke Hijir Ismail.
Setelah melakukan tawaf sunat sebanyak 7 kali, kami cuba masuk ke Hijir Ismail dan alhamdulillah, kami berjaya masuk.

#Tips masuk ke Hijir Ismail.
Waktu orang x ramai di Hijir Ismail adalah:
1) Sebelum waktu Zuhur (Around 10.30-11.30pagi)
2) Tengah Malam (Around 12tghmalam)
3) Selepas Subuh (Selepas solat jenazah, terus masuk ke Hijir Ismail)

#Lain-lain tips di Hijir Ismail
Di hijir ismail, tiada siapa yang akan halau kita, sembahyanglah selama mana yang kita mahu.
Hijir Ismail bukan macam raudah, jika di raudah, kalau lama sikit pasti akan dihalau.
Tetapi hijir ismail akan dikosongkan setgh jam sebelum solat fardu.
Dan akan dibuka semula setelah solat fardu selesai.
Jikalau boleh, masukkan bersama suami atau keluarga.
Kerana jika diraudah, kita hanya bergelut dengan mak-mak arab sahaja.
Tetapi di hijir ismail, kita akan bergelut dengan mak-mak arab dan pak-pak arab sekali.
Maka eloklah jika apabila kita solat, suami kita jaga ruang utk kita, apabila dia ingin solat, kita pula menjaga ruang untuknya.

#Tips Solat di Masjidil Haram
Solatlah dimana-mana yang kita mahu.
Tetapi apabila masuk waktu, carilah tempat/ ruang solat utk masing-masing.
Maksud sy disini, jika perempuan, solatlah di kawasan perempuan.
Jika lelaki, solatlah di kawasan lelaki.
Hanya 1 kawasan sahaja dibawah utk perempuan.
Untuk ke kawasan perempuan, masuk melalui pintu King Fahad, ke kiri, terus turun tangga.
Disebelah kiri adalah kawasan ruangan solat bagi wanita.
Jika ingin solat disini, datanglah awal.

Alhamdulillah, sepanjang berada di Mekah, tempat inilah tempat solat saya,

#Tips untuk solat disini
Jika subuh, datanglah pukul 3pagi.
Zuhur pukul 11pagi
Asar pukul 3ptg
Maghrib dan Isyak pukul 5ptg.

#Solat Jenazah
Sepanjang berada di Mekah dan Madinah, rebutlah peluang untuk solat jenazah.
Pahala solat jenazah di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram adalah sebesar 1 qiraat.
Bagi yang solat dan mengiringi ke kubur 2 qiraat.
Bagaimanakah 1 qiraat itu?
Jawab Rasulullah saw, sebesar Jabal Uhud.
Subhanallah.

Cara-cara solat Jenazah.
Takbir Pertama: AlFatihah
Takbir Kedua: Selawat ke atas Rasulullah saw
Takbir Ketiga: Doa untuk si mati
Takbir Keempat: Salam.

#Tips Melaksanakan Ibadat Umrah bagi yang tidak mampu
Maksud saya disini, adalah bagi orang tua yang tidak larat berjalan.
Bagi orang sakit.
Setiap agensi ada menyediakan perkhidmatan ini.
Sahabat saya ada menggunakan perkhidmatan ini, akan diambil dibilik, dibawa tawaf, saie, bertahalul dan dihantar kebilik semula. Harganya adalah SR350.
Bagi yang ingin menggunakan perkhidmatan wheelchair utk saie sahaja. Dimasjid, ada terdapat perkhidmatan ini. Harga utk saie sahaja adalah SR150.
Jika tidak mahu, boleh menaiki kereta, kereta ini berada ditingkat atas sekali.
Kami mencubanya, tujuan kami mencuba hanyalah ingin mendapat experience. Mana tahu, jika ingin membawa nenek atau ibu mertua pula ke sini. Harganya cuma SR50 utk sebuah kereta.Sebuah kereta boleh naik 2 orang.



Di Mekah, kami juga sempat mengikuti ziarah luar.
Antara tempat2 yg sempat dikunjungi adalah:

 1. Jabal tsur

2. Jabal rahmah

3. Muzium



4. Jabal Nur


5. Masjid Hudaibiyah


6. Padang Arafah, Mina, Muzdalifah


dan sebagainya.
Wallahua'lam.











Thursday, 2 April 2015

Tips Mengerjakan Umrah (Part 1)

Alhamdulillah. Niat untuk mengerjakan umrah disambut baik oleh Allah.
Allah telah menjemput kami ke BaitullahNya pada 19mac-31mac 2015.

 Pengalaman mengerjakan umrah adalah pengalaman terindah n tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Sebelum pergi mengerjakan umrah, pastinya persediaan mental n fizikal perlu dilaksanakan.
Kursus umrah wajib dihadiri supaya dpt mengetahui Perjalanan umrah tersebut disamping pengalaman sepanjang mengerjakan umrah yang akan diceritakan oleh ustaz.
Manakala persiapan fizikal perlu dilaksanakan seperti melakukan exercise.

#tips bagasi untuk umrah
(xperlu bwk byk2, cukup sekadar)
Perempuan:
telekong tanpa kain 3/4 helai
Jubah 3/4 helai
Seluar Pjg 3/4 helai (utk dipakai bersama jubah)
Tudung 2helai
Anak tudung 3 helai
Baju tdo 2psg
Tuala xperlu dibawa (ada disediakan dihotel)
Toiletries (ada juga disediakan dihotel)  + sabun basuh + berus membasuh
Pakaian dlm 3psg

Lelaki
Kain ihram 1/2psg
Seluar 2psg
Jubah 3/4 psg
Kopiah 1
Pakaian dlm 1 cukup ( semasa didlm ihram tidak boleh memakai pkaian berjahit)
Tuala xperlu bawa (hotel ada sediakan)
Baju tdo 2psg
Kain pelikat 1/2 helai
Toiletries (xbwk pun xper) + sabun basuh + berus membasuh

#sedikit tips
Bawa ubat-ubatan
Sprt
Ubat demam
Batuk
Selsema
Cirit birit
Cream gatal
Ubat sakit tekak
Cream kaki meleceh
Minyk angin
n so on.

#Alquran nak bawa pun boleh xnak pun boleh, di masjid banyak disediakan alquran


Perjalanan dari Malaysia ke Jeddah mengambil masa kira-kira 10jam.
Kami dijadualkan tiba di Madinah dahulu, baru masuk ke Mekah.
Jika jemaah yg masuk ke Mekah, maka beliau hendaklah memakai ihram di airport Malaysia dan berniat di Qarnul Manazil kira-kira 1 jam kapal terbang hendak mendarat.



Kami tiba di Jeddah kira-kira jam 7pg waktu saudi. 12tghari waktu malaysia.
Setelah melalui imigresen, bas kami bertolak ke madinah pkl 10pg.
Perjalanan dari Jeddah ke Madinah mengambil masa 6 jam. Dan tiba di Madinah pukul 4ptg.
Perasaan sayu n excited menyelubungi hati.
Tidak sabar ingin berjumpa dengan Rasulullah.

Setelah berehat dan membersihkan diri, kami keluar dari bilik hotel pkl 5ptg, terus ke masjid nabawi.
Hati ini sudah tidak sabar ingin berjumpa dengan rasulullah saw.
Tawaf keliling masjid dilakukan bagi mencari kubah hijau. Kerana dibawah kubah tersebutlah terletaknya makam rasulullah saw, saidina abu bakar, saidina umar.
Setelah sampai, bercucuran air mata memberi salam.
Assalamualaikum ya rasulullah.
Assalamualaikum ya saidina abu bakar.
Assalamualaikum ya saidina umar.
Ana sampai ya rasulullah.
Ana membawa salam dari keluarga ana dan sahabat2 untukmu ya rasulullah.



Pusing ke kiri, perkuburan baqi'.
Assalamualaikum ya saidina usman,
Assalamualaikum ya siti aisyah.
Assalamualaikum ya fatimah azzahra.
Assalamualaikum sahabat2 rasulullah, isteri2 rasulullah, anak-anak rasulullah n muslimin n muslimat.

Di Madinah selain menziarahi rasulullah saw, perkara yang paling tidak sabar pastinya ingin masuk ke Raudah.
Bagi lelaki, raudah dibuka sepanjang waktu.
Bagi perempuan, sehari, raudah akan dibuka 3 kali.
Iaitu
Pagi 7pg-9pg
Tghari 1tghari-2pm
Mlm 9pm-11pm




#Tips untuk masuk ke raudah:
Kebiasaannya, setiap jemaah akan dikumpulkan mengikut negara.
Arab, pakistan, turki,
Malaysia,indonesia,brunei,singapore dikumpulkan serumpun.
Kebiasaannya, kumpulan melayu, merupakan kumpulan terakhir yang akan dapat masuk.
Jika ingin masuk cepat,
#caranya:
Jangan pkai telekong, pakai jubah hitam + shawls
diorng akan ingat kita ini org arab, so bolehlah masuk sekali dengan orang arab

tapi jika xnak tolak menolak dengan mak2 arab, pkai telekong mcm biasa.. masuk sekali kumpulan malaysia, indonesia,brunei,singapore.

#Perjalanan menuju ke Raudah


Disini, saya sketchkan bagaimana perjalanan untuk ke Raudah.
Masuk di pintu Gate 25
Berjalan mengikut anak panah.
R adalah raudah.
Menunggu selama 3 jam adalah perkara biasa untuk masuk ke Raudah.
Bersabar itu kunci utama.
InsyaAllah, pengakhirannya sangat indah. =)

#tips kekal lama di dalam raudah.
1) cuba masuk smpai kedepan
2) klu xdpt masuk smpai ke depan pun, sembahyanglah kt mana yang ada ruang.
bila dihalau, lari, cari ruang kat lain.

#cara kenal pasti kawasan raudah.
karpet berwarna hijau, tetapi hati-hati
tengok betul, raudah adalah antara rumah rasulullah dan mimbar rasululullah.
ada juga lebihan karpet hijau yang bukan raudah.

#muka happy dapat masuk raudah. Waktu ini pukul 1pg
bdk pkai tudung hitam 2 org tu, time ni jer jumpa, xsempat nak amik no phone.


#lawatan-lawatan di Madinah

1) Masjid Quba'
Barang siapa yang mengambil wuduk dirumahnya dan pergi ke masjid quba' dan solat, maka seolah-oleh dia sudah mengerjakan 1 umrah.



2. Ladang Kurma
#harga diladang kurma, mahal sedikit, jadi jika ingin membeli kurma, belilah di pasar kurma




3. Jabal Uhud


4.Perkuburan Baqi'




#tips shopping
Shoppinglah di Madinah
1) Harga kurma di Madinah murah berbanding di Mekah.
2) Kelapangan masa, di Madinah lebih lapang berbanding di Mekah.
Jika di Madinah, bila azan berkumandang, kita masih lagi sempat untuk ke masjid dan masih ada ruang di dalam masjid.
tetapi di Mekah, 1 jam sebelum azan, pintu masjid sudah ditutup.

#jika pintu sudah ditutup, cari pintu lain, insyaAllah akan ada pintu lain yg masih dibuka,
cuma tempat dihadapan kaabah, pastinya sudah penuh.

Alhamdulillah, tamat sudah perjalanan kami di Madinah.
Akan bersambung ke part 2 (perjalanan di Mekah)
InsyaAllah.