Sunday 5 April 2015

Tips Mengerjakan Umrah (Part 2)

Setelah 5 hari 4 malam berada di Madinah,
refer disini: Tips Mengerjakan Umrah (Part 1)

kami bertolak ke Mekah pada 23 Mac 2015 pada jam 2.30pm. Perjalanan menuju ke kota Mekah mengambil masa selama 7 jam. Tepat jam 10.30 malam, kami tiba di kota Mekah. Perasaan pada ketika itu sangat berdebar-debar dan excited. Berdebar kerana inilah kali pertama kami akan mengerjakan ibadat umrah.

Kami diberi masa selama 1 jam setengah untuk check in hotel dan bersiap bagi menunaikan ibadat umrah. Tepat jam 12 tghmlm, kami terus ke MasjidilHaram bagi melaksanakan ibadat umrah kami. Subhanallah, rasa sangat kagum dengan keindahan Kaabah. Inilah kali pertama, kami melihat Kaabah secara live. Subhanallah. Alhamdulillah.



Setelah Tawaf sebanyak 7 kali, solat sunat tawaf, minum air zam-zam, saie 7 kali dan bercukur. Tepat jam 3.30 pagi, maka selesailah ibadat umrah pertama kami. Kami pulang ke hotel sebentar dan turun kembali untuk menunaikan solat subuh.



Setelah solat subuh, kami pulang ke hotel untuk melelapkan mata seketika. Tepat jam 10.30 pagi keesokkannya, kami terus ke Masjidil Haram lagi. Target kali ini ingin masuk ke Hijir Ismail.
Setelah melakukan tawaf sunat sebanyak 7 kali, kami cuba masuk ke Hijir Ismail dan alhamdulillah, kami berjaya masuk.

#Tips masuk ke Hijir Ismail.
Waktu orang x ramai di Hijir Ismail adalah:
1) Sebelum waktu Zuhur (Around 10.30-11.30pagi)
2) Tengah Malam (Around 12tghmalam)
3) Selepas Subuh (Selepas solat jenazah, terus masuk ke Hijir Ismail)

#Lain-lain tips di Hijir Ismail
Di hijir ismail, tiada siapa yang akan halau kita, sembahyanglah selama mana yang kita mahu.
Hijir Ismail bukan macam raudah, jika di raudah, kalau lama sikit pasti akan dihalau.
Tetapi hijir ismail akan dikosongkan setgh jam sebelum solat fardu.
Dan akan dibuka semula setelah solat fardu selesai.
Jikalau boleh, masukkan bersama suami atau keluarga.
Kerana jika diraudah, kita hanya bergelut dengan mak-mak arab sahaja.
Tetapi di hijir ismail, kita akan bergelut dengan mak-mak arab dan pak-pak arab sekali.
Maka eloklah jika apabila kita solat, suami kita jaga ruang utk kita, apabila dia ingin solat, kita pula menjaga ruang untuknya.

#Tips Solat di Masjidil Haram
Solatlah dimana-mana yang kita mahu.
Tetapi apabila masuk waktu, carilah tempat/ ruang solat utk masing-masing.
Maksud sy disini, jika perempuan, solatlah di kawasan perempuan.
Jika lelaki, solatlah di kawasan lelaki.
Hanya 1 kawasan sahaja dibawah utk perempuan.
Untuk ke kawasan perempuan, masuk melalui pintu King Fahad, ke kiri, terus turun tangga.
Disebelah kiri adalah kawasan ruangan solat bagi wanita.
Jika ingin solat disini, datanglah awal.

Alhamdulillah, sepanjang berada di Mekah, tempat inilah tempat solat saya,

#Tips untuk solat disini
Jika subuh, datanglah pukul 3pagi.
Zuhur pukul 11pagi
Asar pukul 3ptg
Maghrib dan Isyak pukul 5ptg.

#Solat Jenazah
Sepanjang berada di Mekah dan Madinah, rebutlah peluang untuk solat jenazah.
Pahala solat jenazah di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram adalah sebesar 1 qiraat.
Bagi yang solat dan mengiringi ke kubur 2 qiraat.
Bagaimanakah 1 qiraat itu?
Jawab Rasulullah saw, sebesar Jabal Uhud.
Subhanallah.

Cara-cara solat Jenazah.
Takbir Pertama: AlFatihah
Takbir Kedua: Selawat ke atas Rasulullah saw
Takbir Ketiga: Doa untuk si mati
Takbir Keempat: Salam.

#Tips Melaksanakan Ibadat Umrah bagi yang tidak mampu
Maksud saya disini, adalah bagi orang tua yang tidak larat berjalan.
Bagi orang sakit.
Setiap agensi ada menyediakan perkhidmatan ini.
Sahabat saya ada menggunakan perkhidmatan ini, akan diambil dibilik, dibawa tawaf, saie, bertahalul dan dihantar kebilik semula. Harganya adalah SR350.
Bagi yang ingin menggunakan perkhidmatan wheelchair utk saie sahaja. Dimasjid, ada terdapat perkhidmatan ini. Harga utk saie sahaja adalah SR150.
Jika tidak mahu, boleh menaiki kereta, kereta ini berada ditingkat atas sekali.
Kami mencubanya, tujuan kami mencuba hanyalah ingin mendapat experience. Mana tahu, jika ingin membawa nenek atau ibu mertua pula ke sini. Harganya cuma SR50 utk sebuah kereta.Sebuah kereta boleh naik 2 orang.



Di Mekah, kami juga sempat mengikuti ziarah luar.
Antara tempat2 yg sempat dikunjungi adalah:

 1. Jabal tsur

2. Jabal rahmah

3. Muzium



4. Jabal Nur


5. Masjid Hudaibiyah


6. Padang Arafah, Mina, Muzdalifah


dan sebagainya.
Wallahua'lam.











2 comments:

  1. ASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..

    SALAM SEJAHTERA DARI Glocal Travel & Tours Sdn Bhd

    Saya ingin menawarkan seats penerbangan AIR ASIA X D7 KUL-JED-KUL bagi season December 2015. Harga yang ditawarkan dengan harga yang menarik RM 3183. Selepas December Pula harganya ialah RM 2883 .Berminat boleh hubungi saya terus atau emailkan date yang ingin tuan puan block. Seats limited dan first come first serve.

    Deposit RM 400 per pax
    80 % Materialize
    7 Name list

    Untuk booking besiri harga yang menarik dan terma dan syarat yang lebih menarik menanti anda.

    -2 December – 12 December (100seat)

    -3 December – 14 December (30seat)

    -5 December – 16 December (40seat)

    -20 December – 30 December (90seat)

    -24 December – 3 January (45seat)

    Anda juga akan menerima percuma
    -Departure 20kg luggage
    -Return 30kg luggage
    -2x Meals
    -Allowance 5 liter air zam zam
    -Airport Handling



    Best Regards,
    Muhammad Fahmi Bin Abdul Latip
    Sales & Marketing Excecutive
    Glocal Travel & Tours Sdn Bhd
    Lot 5.46 Level 5th Floor Wisma Central
    Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur
    HP +6017 3801806
    Office +603 21664588
    Fax +603 21814588
    Email marketing@glocal.com.my
    Web www.glocal.com.my
    Fb www.facebook.com/glocaltravel

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian sis!!

    ReplyDelete