Friday, 27 February 2015

Tips: Publish Banyak Paper dalam Masa yang Singkat


Demi Masa.
Sesungguhnya, manusia berada di dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
(Surah Al-Asr)

Benar, masa itu emas.
Jika tidak digunakan sebaik mungkin, masa akan berlalu pergi begitu sahaja.
Walhal, kita akan sentiasa berada di dalam kerugian.

Tahukah anda, ada pelajar msc yang dapat menyiapkan mscnya hanya dalam 1(1/2) tahun sahaja. Dan dapat publish begitu banyak paper?
Pelajar msc yang saya maksudkan ini ialah pelajar research bukannya coursework.
Bagaimanakah tip-tip untuk dapat publish banyak paper dalam masa yang singkat?



Hari ini saya nak kongsikan sedikit tips untuk publish banyak paper dalam masa yang singkat.

1)      Bermula dari sekarang
Untuk menghasilkan paper journal/ proceeding yang banyak adalah kena bermula dari sekarang.
Maksudnya, apabila mendaftarnya seseorang itu sebagai pelajar siswazah maka anda sudah boleh menghasilkan paper.
Macam mana saya nak publish paper sedangkan saya tak start apa2, xder method, xder case study lagi, xder result.
Jadi bagaimanakah?
Anda boleh menghasilkan paper REVIEW.
Di mana anda mengaplikasikan teknik membaca sambil menulis.
Untuk mencari idea method apakah yang mahu kita kaji, case study apakah yang mahu kita selidiki, and so on.
Pastinya kita akan bermula dari membaca.
Rugi jika kita membaca tanpa menulis.
Rugi jika kita menulis tetapi tidak diterjemahkan dalam bentuk paper.
Jadi tulislah paper review.

#paper review, memang susah untuk diaccept oleh journal.
Tetapi tidakkah anda tahu? Paper review jika telah dipublish oleh journal yang berimpact tinggi akan melonjakkan h-index anda.

2)      Membaca sambil Menulis
Bunyinya sama seperti di atas, tetapi sebenarnya berbeza.
Apakah yang saya maksudkan membaca sambil menulis?
Jika ketika di peringkat ijazah dahulu, prof saya iaitu Prof Dr Abu Osman Md Tap memang suka  mempraktikkan cara membaca sambil menulis. Selepas beliau mengajar sesuatu sub-topik, pastinya beliau akan menyuruh kita menulis.
Tahukah anda, daya ingatan dan kefahaman kita akan lebih kuat/ kukuh jika kita mempraktikkan teknik membaca sambil menulis.

Supervisor saya Prof Dr Mohd Lazim Abdullah. Atau lebih dikenali di alam maya sebagai Lazim Abdullah, memang mempraktikkan teknik sebegini.
Iaitu develop method, develop paper.
Setelah kita develop sesuatu method, kita sudah boleh menghasilkan 1 paper.

#Prof Dr Mohd Lazim Abdullah, ialah professor di Pusat Pengajian Informatik dan Sains Gunaan (PPIMG) UMT. Beliau juga memegang jawatan sebagai Timbalan Dekan (Bakat dan Penyelidikan). Bidang beliau adalah Fuzzy Mathematics, Fuzzy Decision Making, Social Statistics. Pada sesiapa yang ingin menyambung study dengan beliau, dialu-alukan.

3)      Pecah-pecahkan/ Bahagi-bahagikan/ Asing-asingkan
Sedarkah anda, jika anda mempunyai 6 objektif, anda sebenarnya sudah boleh menghasilkan 18 paper?
Bagaimanakah caranya?
Sebagai contoh. Objektif 1.
Anda boleh menghasilkan 3 paper untuk objektif 1 ini.
Paper 1: Paper review berkenaan Objektif 1.
Paper 2: Paper develop objektif 1 dengan numerical example.
Paper 3: Paper application objektif 1 with case study.

Jadi tidak mustahil jika anda mempunyai 6 objektif, anda dapat hasilkan 18 paper.
Hal ini belum termasuk dengan paper comparison antara objektif 1 dan 2 n so on.
Paper checking feasibility/ robustness.

Jika termasuk dengan paper comparison dan robustness, agak-agak berapa paper yang anda dapat hasilkan? Fikir-fikirkan…

4)      Publish 2 paper sekali gus
Ramai yang merungut, harga fees utk sesuatu conference sgt mahal.
Itu belum dicampurkan dengan tambang pergi balik. Penginapan di hotel.
Tahukah anda? Anda sebenarnya boleh menghantar 2paper/ lebih sekali gus di dalam sesuatu seminar prosiding.


Harga yuran bagi paper ke-2 dan ke atas, kebiasaannya lebih murah.
Lagipun, anda sudah boleh berjimat dari segi kos tambang, hotel dan sebagainya.
Balik sahaja dari seminar, anda sudah dapat publish 2 paper di dalam seminar prosiding.

#Tahukah anda?
Banyak faedah yang anda akan dapat jika anda rajin tulis paper dan publish paper.

1)      Masa singkat
Masa singkat yang saya maksudkan ini ialah masa singkat untuk anda menulis tesis.
Sebab semua yang ingin anda masukkan ke dalam tesis, sudah ada di dalam paper.
Just copy and paste.

2)      Mudah VIVA
Semakin banyak anda publish paper di journal berimpak tinggi/ seminar, semakin mudah untuk anda lulus VIVA.

3)      Mudah untuk menjadi pensyarah
Merit untuk menjadi seorang pensyarah, adalah dengan publish banyak paper.


4)      Dapat melonjakkan nama anda di alam maya
Ramai yang akan mengenali anda di alam maya. Ramai yang akan invite anda review paper untuk journal mereka.
Akan ada juga yang invite anda sebagai keynote speaker disesuatu seminar.
Itu belum termasuk yang invite anda untuk jadik editor.

#Tips review journal.
Jika ada yang invite utk review paper. Pilihlah journal yang berimpact tinggi sahaja. Contohnya, journal Elsevier, springerlink, ieee.
Boleh dimasukkan dalam CV.

5)      H-index melonjak
Apabila ramai yang cited paper anda, h-index anda akan melonjak.
Anda akan mudah dinaikkan pangkat dari Dr ke Prof Madya ke Prof dan seterusnya.

6)      Madu Amalan Sunah
Minumlah madu untuk kesihatan berpanjangan, sesungguhnya madu itu amalan sunnah.
Kita hanya berusaha dan berikhtiar, yang membaikkan Allah.
rujuk: tips tampil sihat

Ok, itu aja untuk kali ini. Semoga maju jaya.
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari diri saya sendiri.


Wallahualam dan Wassalam.






Wednesday, 25 February 2015

Kenapa Harga Madu Kami Murah?

Kenapa harga madu kami lebih murah berbanding madu-madu lain yang berada di pasaran?


300ml/g: RM40
500ml/g: RM60
1liter/kg: RM100

Harga termasuk postage!


Murah bukan bermaksud, madu kami tidak asli.
Madu kami telah diiktiraf keasliannya oleh Jabatan Pertanian
dan diperakui 100% asli.


1) Kami mahu berikan HARGA MAMPU BELI buat semua
Kerana, kami mahu semua pembeli mampu minum madu setiap hari.
Bukan minum apabila sakit sahaja.

Adakah anda tahu?
Kita perlu istiqamah dalam pemakanan madu.
Istiqamah disini bermaksud, minum tiap-tiap hari.
Sebaiknya, 1sudu pagi dan 1sudu malam.

Jika diamalkan setiap hari, barulah keberkesanan itu muncul.
Seperti mempunyai ketahanan antibodi.
Dimana, kita susah utk dijangkiti penyakit.
Selain itu, badan akan terasa ringan.
Dan mempunyai tenaga sepanjang hari.


2) Penggunaan Botol
Kami hanya menggunakan botol plastik
berbanding produk-produk lain yang menggunakan botol kaca.

Adakah anda tahu?
Kami menggunakan botol plastik, supaya ianya tidak mudah pecah apabila dipos.


3) Prinsip Kami
Prinsip kami adalah untung sedikit, 
lama-lama jadi bukit. 


4) Bekalan kami
Alhamdulillah, bekalan kami terus daripada pengusaha lebah kelulut 
bukannya daripada agen/ orang tengah.


5) Sihat Bersama
Kami telah minum madu kelulut ini selama 5 tahun, 
dan kami mahu kongsikan pengalaman sihat dan cergas ini 
bersama anda semua.

Pepatah ada berkata, 
Jangan kedekut dalam berkongsi ilmu.

Sekian, wallahualam. Wassalam.

Monday, 23 February 2015

SIJIL PENGESAHAN ASLI MADU KELULUT

Alhamdulillah.
Ini adalah sijil pengesahan asli madu kelulut kami =)


Hari POS SEDUNIA

Kami namakan hari ahad 'semalam' (22 Feb 2015) sebagai 
HARI POS SEDUNIA.
hehehe

why?
tak pernah-pernah dlm sejarah hidup membuat 'pengeposan' sebegitu byk!!!
Terkejut cheq! =)

#sebahagian yg sempat disnap


TERIMA KASIH banyak-banyak kami ucapkan kepada semua pelanggan yafeeqa yang telah order madu kelulut dari kami,
TERIMA KASIH banyak-banyak kerana mempercayai kami.
Kami tidak menyangka, begitu ramai yang order madu kelulut.
Ramai rupanya yang minum madu!
Alhamdulillah.

Kami harap madu-madu ini selamat sampai tiada cacat cela ke tangan tuan-tuan baru mereka.
Semoga semuanya akan beroleh kesihatan berpanjangan.
InsyaAllah. Amin.




PROMOSI besar-besaran kami masih berjalan.
Disebabkan permintaan yang terlalu TINGGI.
Kami membuka ORDER untuk second batch pula.
Kami masih memberi peluang kepada second-batch untuk merasa HARGA PALING MURAH in town!

Sambutan terhadap blog juga sangat hangat!
Tak sangka dalam masa beberapa hari sahaja, 
telah ramai yang view blog kami.
Ada satu artikel tuh, sampai 1500 viewers!!!
Sangat x terduga!
#terkejut, x sangka rmai yang suka bc blog rupernyer.
padahal kami ini, baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogging.


Terima kasih banyak-banyak kepada semua pembaca
yafeeqa.blogspot.com
InsyaAllah, kami akan terus menulis dan menulis artikel terbaik yang dapat dikongsikan buat anda semua.

Mohon maaf juga andai ada yang terguris bahasa, tersilap cara.
hehehe.. 
orang baru belajar =)




Sincerely,
yafeeqa
www.yafeeqa.blogspot.com
011-3748 9497
www.facebook.com/yafeeqa
instagram.com/yafeeqa

Sunday, 22 February 2015

Tips Tampil Sihat dan Cergas


Hari ini kami nak kongsi tip tampil sihat dan cergas sepanjang masa.
Sesungguhnya tubuh badan yang sihat itu adalah anugerah yang paling bernilai dalam hidup.
Tanpa kesihatan yang sempurna, semua rancangan harian pasti tergendala.
Jadi bagaimanakah cara untuk sentiasa sihat dan cergas?

Badan kita ibarat sebuah kereta, jika kereta sentiasa perlu diservis, badan juga begitu.
Pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang amat penting.
Namun kebanyakan makanan yang kita ambil hari ini kadang-kadang mengandungi bahan perasa dan pewarna yang sangat tinggi.

Madu adalah sejenis makanan yang bebas dari pewarna dan perasa.
Madu adalah hasil semulajadi dari penghasilan sejenis serangga yang dinamakan sebagai lebah.
Hatta, pengambilan madu setiap hari adalah sunnah Rasulullah saw.

Cuti CNY kali ini, memberi kesempatan kepada kami pergi menyelusuri dan menyelongkar khasiat madu.
Madu yang kami maksudkan ini, ialah madu kelulut.

Tahukah anda bagaimanakah rupa lebah kelulut?


Lebah kelulut berbeza dari lebah biasa. Lebah kelulut bewarna hitam dan bersaiz lebih kecil berbanding lebah biasa. Lebah ini mampu menghasilkan sekitar 200ml-500ml  madu sebulan.

Setiap bulan, madu akan diambil jika tidak lebah kelulut ini tidak mahu membuat madu kerana sarangnya telah penuh.

Madu manakah yang lebih berkhasiat?
Kajian mengatakan madu kelulut lebih berkhasiat dari madu biasa



Hal ini adalah kerana madu dari lebah kelulut lebih kaya propolis berbanding madu dari lebah biasa.


Khasiat madu kelulut.
Khasiat madu kelulut seperti khasiat madu biasa juga.
Antaranya:

Barangsiapa yang minum madu tidak akan ditimpa penyakit.

#image from google

Telah disebut dalam surah an-nahl ayat 69, dimana di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan.

Sesungguhnya madu berkhasiat bagi semua peringkat umur dari bayi, kanak-kanak, dewasa, vateran mahupun ibu mengandung.

Pengalaman kami sendiri minum madu setiap pagi bermula sebelum khawin, mengandung, menyusukan. Alhamdulillah susah hendak dijangkiti penyakit.
Susu sentiasa cukup untuk husna.

Malah, husna sendiri mengamalkan madu, dan alhamdulillah susah dijangkiti penyakit seperti selsema,demam dan batuk walaupun tinggal di taska.


Ibu mertua pun mengamalkan madu kelulut. Sejak minum madu ini, beliau tidak  perlu makan ubat darah tinggi lagi.



Bagaimanakah pula ingin mengetahui madu itu asli atau tidak?

1) boleh dibezakan dengan lidah
Madu tiruan, hanya rasa manis semata-mata.
Tetapi madu asli, kita boleh rasa ada sedikit manis, masam.
Kadang2, jika musim durian, madu akan terasa seperti pedas2 masam sedikit.

2) jikalau minum terus, tanpa dicampurkan air
Kita akan terasa seperti tercekik

3) madu asli apabila di sapu ke badan akan meresap ke kulit
Madu tiruan tidak meresap di kulit, dan akan berkerapu apabila diusap

4) pesakit kencing manis apabila minum madu asli, kencing manisnya terkawal.
Jika madu tiruan, kencing manis naik mendadak.

Bagaimanakah ingin mendapatkan madu ini?

Harga madu kelulut asli 1kg/ 1liter di pasaran rm130.
Harga kami hanya rm100 sahaja termasuk kos penghantaran.

Harga bagi 500ml dipasaran rm70
Harga kami hanya rm60 termasuk kos penghantaran.

Harga bagi 300ml dipasaran rm50
Harga kami rm40 termasuk kos penghantaran.



Kenapa kami jual murah?
Ini kerana kami mahu berikan harga mampu beli kepada semua.
Kerana, kami mahu semua pembeli mampu minum madu setiap hari.
Bukan minum apabila sakit sahaja.

Adakah anda tahu?
Kita perlu istiqamah dalam pemakanan madu.
Istiqamah disini bermaksud, minum tiap-tiap hari.
Sebaiknya, 1sudu pagi dan 1sudu malam.

Jika diamalkan setiap hari, barulah keberkesanan itu muncul.
Seperti mempunyai ketahanan antibodi.
Dimana, kita susah utk dijangkiti penyakit.
Selain itu, badan akan terasa ringan.
Dan mempunyai tenaga sepanjang hari.

Hubungi kami:
yafeeqa 011-3748 9497 
Call/ sms/ whatapp/ wechat

Sekarang!!! 

Alhamdulillah, semoga artikel kali ini dapat dijadikan panduan buat semua.

Wallahualam. Wassalam.









Friday, 20 February 2015

Bagaimanakah cara ingin menjadi seorang pensyarah

Dewasa kini, profession sbg seorang pensyarah tidak asing lagi.
Malah pensyarah adalah aset kedua penting selepas pelajar di sesebuah universiti.
Ramai yang tidak tahu bagaimanakah cara ingin menjadi seorang pensyarah.
Adakah pensyarah juga seperti seorang guru, kena mengambil kpli?
Adakah pensyarah akan bercuti seperti guru apabila sekolah cuti?
Hakikat sebenar adalah bidang pensyarah, 100% berbeza dengan bidang guru

#image from google

Sebelum kita mengupas bagaimanakah cara ingin menjadi seorang pensyarah, terlebih dahulu kita perlu tahu siapakah sebenarnya pensyarah.

Pensyarah adalah seorang pengajar kepada pelajar di universiti, Kolej universiti, politeknik, institut latihan.
Tugas pensyarah, tidak terikat dengan mengajar semata-mata, tetapi lebih daripada itu.
Tugas pensyarah juga adalah sebagai seorang researcher. Dimana, pensyarah perlu menerbitkan paper di dalam penerbitan prosiding mahupun journal. 
Pensyarah juga perlu membimbing pelajar-pelajar msc/phd.
Semakin ramai pelajar msc/phd, semakin byk paper dibentangkan, maka seorang pensyarah itu akan mudah dinaikkan pangkat menjadi prof madya, prof dan seterusnya.

Pensyarah juga tidak terikat dengan masa. Sesetengah universiti, pensyarah tidak perlu punch in dan punch out.
Sesetengah universiti pula, pensyarah perlu punch in n out tetapi tidak terikat dengan masa. Bila-bila masa pun boleh.

Dari segi cuti pula, cuti pensyarah sama dengan cuti penjawat awam yg lain.
Maksudnya, ketika student sedang cuti, pensyarah ada di universiti.

Pensyarah juga boleh apply grant utk membuat research. Pensyarah boleh menggunakan grant ini utk membayar elaun research assistant/ graduate research assistant. Selain itu, duit geran ini juga akan digunakan untuk pergi ke seminar-seminar prosiding di dalam atau di luar negara.


Jadi bagaimanakah cara untuk menjadi seorang pensyarah.
Ada banyak cabang yang membolehkan kita menjadi seorang pensyarah. Antaranya:

1) Direct apply
Dahulunya, apabila seseorang itu telah mempunyai msc, maka beliau sudah boleh memohon jawatan sebagai pensyarah.
Namun kini, hanya sesetengah institusi sahaja yang menawarkan jawatan pensyarah bermula dari msc.
Antara institusi yang masih mengekalkan pemohon msc adalah uitm, politeknik dan institusi latihan.
Namun begitu, setelah berkhidmat, pensyarah ini akan disarankan menyambung ke peringkat phd.
Bagi ipta pula, jika ingin menjadi seorang pensyarah, maka pemohon itu perlu mempunyai phd.
Jika pensyarah hanya mempunyai msc, maka gred beliau adalah ds45/dg45. Pensyarah yang mempunyai phd, maka gred beliau adalah ds51.

2) skim tenaga pengajar muda
Uitm ada menawarkan skim tenaga pengajar muda.
Ada yg menawarkan dari peringkat ijazah lagi, ada juga yg menawarkan di peringkat msc.
seseorang yg mengambil skim ini, akan terikat kontrak selama 7 tahun bersama uitm. Uitm akan memberi elaun bulanan, elaun buku dan yuran pengajian.
Calon yg mengambil skim ini juga akan diminta bersedia utk berkhidmat, walaupun sedang bercuti. Selain itu, calon akan diminta menyambung ke peringkat phd, dan kontrak akan bertambah 7 tahun lagi menjadikannya selama 14 tahun. Calon ini juga boleh mengambil slab/slai.
Setelah selesai pengajian, calon akan diminta berkhidmat di mana-mana cawangan uitm.

3) tutor/ fellowship
Setiap universiti ada menawarkan jawatan ini.
Utk apply, jawatan ini, calon perlulah mempunyai cgpa sekurang-kurang 3.00++ ke atas atau sebaiknya 3.50++ ke atas.
Setelah dilantik sebagai tutor/ fellow, calon akan diberi elaun bulanan dan boleh juga apply slab/ slai.
Calon ini juga diminta utk menyambung pengajian, sama ada di dalam atau di luar negara. Ada sesetengah universiti yang meletakkan kontrak kepada fellow/ tutor. Ada juga yang tidak mempunyai kontrak.
Setelah habis pengajian phd, ada sesetengah universiti yang meletakkan syarat, publish paper di journal berimpact factor sebagai syarat utk mendapat ds51.
Ada juga universiti boleh terus ke ds51.

4) skim politeknik
5tahun yg lepas sy ada terdengar kawan sy telah dihantar belajar ke aussie, dan setelah balik akan menjadi pensyarah di politeknik.
Tetapi saya tidak pasti bagaimanakah caranya.
Jika anda berminat, mungkin anda boleh bertanyakan sendiri perihal ini kepada pihak politeknik.

Jadi pilihan di tangan anda. Diharap dapat dijadikan panduan.

Wallahualam. Wassalam.



Wednesday, 18 February 2015

Experimen Sains: Bagus Untuk Perkembangan Kanak-kanak

Semalam, kitorg decided to do some quick and simple experiments for husna, before she off to bed.
Instead of learning ABCs, 123s.. why don’t we try something new, something different.
Think out of box.
At least, it helps to develop her interest towards science.  

1.       Blow in the water
It just a simple experiment. We pour some water into a glass with a tablet of panadol soluble. Hahaha.. amik panadol soluble tokma 1.. nnti kitorg ganti =)



#look at her expressions

Korang bleh try jugak with different colours of water.


2. Black pepper and water
A bowl of water, and some black pepper.
Cara dia mudah jer, masukkan jari husna and see the different.


Apabila husna masukkan jari, semua black pepper lari ke tepi.


So, how's it work?
Before, husna masukkan jari, letak setitik sabun dijarinya.
Try it, your kids will love it.

3. Heat Summer Blow Out
Belon akan pecah bila dihalakan api sebegini.
Tapi belon kitorg x pecah2..

this is not a magic trick, this is science!

Before korang tiup belon, masukkan sedikit air, 
apabila dihalakan pada api, belon x kan pecah.


4. Non sticking
Air dan minyak memang xkan bercampur.
Jisim yang berbeza.



Experiment is an awesome part of science that allow our kids to engage in fun and exciting hands on learning experience that they are sure to enjoy.

Science experiment helps them to enjoy a wide range of interactive games that make learning fun!
Helps them to stimulate their brains.


More experiments coming up! InsyaAllah.

Monday, 16 February 2015

Tips Menghadapi VIVA

VIVA adalah kemuncak kepada calon MSc dan PhD.
VIVA adalah penentu segala penat lelah selama 2/4 tahun.
VIVA adalah hari di mana calon MSc/PhD mempertahankan hasil usaha mereka selama 2/4 tahun.

#image from google


Bagaimanakan proses VIVA ini boleh berlaku?
Proses VIVA ini bermula apabila seseorang calon menghantar borang Notice of Thesis Submission (PG16).
Borang PG16 ini ialah borang di mana proses perlantikan examiner akan dijalankan.
Apabila penamaan examiner telah dibuat, maka calon akan diberi tempoh selama 3 bulan untuk menghantar 4 copy thesis beserta borang PG17.

4copy thesis ini buat:
1copy: Pengerusi VIVA
1copy: Internal examiner
1copy: External examiner
1copy: utk simpanan pejabat

Apabila 4copy thesis diterima oleh pejabat. Pihak pentadbiran akan menghantar tesis ini kepada semua panel VIVA (2 examiner & pengerusi). 
Seminggu selepas itu, tarikh awal jangkaan VIVA akan dikeluarkan.
Setelah lebih kurang 2 bulan, maka apabila semua panel bersetuju, pihak pentadbiran akan mengeluarkan surat jemputan kepada calon untuk menghadiri sesi VIVA tersebut.
Pada ketika ini, calon akan mengetahui siapakan gerangan barisan panel VIVA beliau. 
#Pengalaman kawan saya yg belajar di UK, supervisor beliau memberitahu siapakah gerangan barisan panel beliau dan menyuruhnya pergi berkenalan dahulu dengan panel VIVA tersebut.

#image from google

Pengalaman VIVA ini adalah pengalaman saya ketika menghadiri sesi VIVA pengajian MSc dan PhD. Dua pengalaman berbeza, dua debaran yang berbeza, dua persediaan yang berbeza.

Tips hari VIVA:
1) Datanglah awal, sebaiknya 15min sebelum. Supaya sempat untuk 'amik feel' dengan kawasan sekitar bilik VIVA. Sempat untuk masukkan slide powerpoint.
2) Pakailah pakaian yang paling akan membuat anda berasa yakin.

Apabila semua panel sudah hadir. Maka sesi VIVA akan bermula. Di UMT, akan ada 4/5 orang yang akan hadir ketika sesi VIVA ini berlangsung:
1. External examiner
2. Internal examiner
3. Pengerusi VIVA
4. Pencatat
5. Supervisor (tidak wajib hadir, tetapi dijemput hadir)

Sebelum sesi VIVA ini bermula, maka tuan pengerusi akan menerangkan perihal perjalanan VIVA.
6 fasa:
1. Calon akan diminta keluar utk memberi ruang kepada panel berbincang (kebiasaannya mengambil masa selama 15-30min)
2. Calon dipanggil masuk untuk membentang hasil kerja mereka. 20-30min akan diberikan untuk sesi perbentangan. 

Ada 2 jenis sesi perbentangan ini:
a) Calon akan membentangkan hasil kerja mereka tanpa di interupt oleh mana2 examiner.
b) Calon membentangkan, semasa proses pembentangan ini, calon akan terus disoal oleh examiner.

Setelah selesai perbentangan, sesi soal jawab akan bermula.
Sesi soal jawab ini bergantung kepada examiner. Ada yang mengambil masa selama 2 jam hingga 4 jam. Ada juga yang berhenti rehat dahulu, dan bersambung selepas lunch hour. Pengalaman seorang kawan saya yang belajar di US dahulu, sesi VIVA beliau mengambil masa selama 2 hari berturut-turut. Bayangkan bagaimana perasaan beliau.

3. Setelah selesai segala proses perbentangan dan soal jawab, maka calon akan diminta keluar untuk kali kedua.
4. Setelah 15-30 min, calon akan dipanggil dan keputusan VIVA akan diumumkan.
5. Setelah keputusan telah diketahui, maka berakhirlah sesi VIVA untuk hari tersebut dan sedikit jamuan akan dihidangkan.
6. Pulanglah calon dengan perasaan gembira dan syukur kehadrat ILAHI kerana sudah lulus dengan cemerlang.

Setelah pulang, maka proses correction akan bermula. Dan setelah itu, bolehlah menghantar tesis tersebut kepada senate. Setelah surat senate telah dikeluarkan, maka berakhirlah sesi pengajian tersebut.

Tips Menghadapi VIVA:
1) Kenali siapakah gerangan panel examiner anda. Bagaimanakah beliau. Bidang kegemaran beliau.
2) Fahami ke semua ceruk/ pelusuk tesis anda.
3) Slide powerpoint ringkas dan padat. Dalam lingkungan 20-30 slide. Targetkan masa 1 slide, tidak lebih 1 min.
3) Cuba sediakan soalan2 yang mungkin akan di soal oleh examiner. Kebiasaanya soalan yang lebih berkisar tentang problem dan contribution.

Antara website yang saya jadikan sebagai panduan sebelum VIVA:
http://www.theguardian.com/higher-education-network/2015/jan/08/how-to-survive-a-phd-viva-17-top-tips
https://wahmednano.wordpress.com/2012/02/28/my-top-20-phd-viva-questions-18/
http://pages.cpsc.ucalgary.ca/~saul/wiki/uploads/Chapter1/NastyPhDQuestions.html
http://alekskrotoski.com/post/phd-viva-answers-to-a-few-questions
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1079624/
http://www2.le.ac.uk/departments/gradschool/training/eresources/study-guides/viva/prepare/questions

4) Ketahui juga artikel-artikel terbaru yang dipublish di journal2.
5) Cuba jawab sebaik mungkin apa yang disoal oleh examiner. Jikalau tidak tahu, katakan tidak tahu. Jangan reka.
6) Relaxkan minda dan enjoy ketika sesi ini berlangsung.

Remark:
Walaupun, pencatat dan pengerusi sepatutnya tidak akan mengambil bahagian di dalam sesi soal jawab, tetapi anda perlu ingat. Pencatat dan pengerusi dilantik dari kalangan orang dalam bidang anda. Maka, jika sudah di namakan majlis ilmu, maka perkongsian idea, cetusan2 idea dan sesi soal jawab antara mereka akan tercetus juga.

dan last skali
Berdoalah pada Allah, semoga dipermudahkan segala-galanya. Diberikan kejayaan. InsyaAllah. Amin















Tempahan Madu Murah Giler!

Tempahan madu kelulut still dibuka.
Cepat2 order sebelum 19 Februari ini.
Sangat-sangat murah


Hanya RM40 untuk 300ml
RM60 untuk 500ml
RM100 untuk 1000ml

Penghantaran percuma.
COD kuala terengganu.

Order sekarang 
Yafeeqa: 011-3748 9497

Saturday, 14 February 2015

Eh! Tak habis-habis lagi ke belajar?

Eh! Tak habis-habis lagi ke belajar?
Bila nak kerja?
Klu asyik belajar aja, bila nak kahwin?

Klu yang belajar lagi tapi dah kahwin..
Dah ada anak, boleh ke habis belajar?
Lamanya belajar!

Ada jugak yang macam ni.
MSc tu aper? PhD itu aper?

Soalan-soalan macam ini seringkali menjengah cuping telinga ini.
Tidak kira di mana pun anda berada, pasti soalan-soalan macam ini selalu hadir disisi anda.
Lebih-lebih lagi apabila umur dah meningkat tapi masih belum bekerja, masih belum kahwin.
Dan perkara seperti ini, hanya akan hadir pada org yang sambung MSc or PhD.
Dan golongan-golongan ini aja yang memahami antara satu sama lain.

Coretan kali ini, hanyalah coretan biasa.
hanya ingin berkongsi rasa, pandangan sepanjang proses pengajian PhD.
Diri ini bukanlah pakar motivasi, hanya mempunyai sekelumit pengalaman
dengan satu harapan
dapat membantu korang 'masterian' dan 'phdian' supaya terus berjuang dan tidak give-up.





1) Tetapkan niat dan azam
Apabila anda dah start buat sesuatu, make sure anda habiskan.
Pepatah ada mengatakan alang-alang menyeluk pekasam, biar smpai ke pangkal lengan.
So, alang-alang dah belajar, biar sampai habis belajar.

Anda perlu tanamkan dalam fikiran anda, dalam hati anda.
Lantaklah apa orang nak kata, I don't care.

2) Sokongan Family
Ibu, ayah, suami, nenek adalah orang yang akan selalu menyokong kita.
So, klu ada apa-apa masalah luahkanlah pada diorng.
Walaupun diorang x faham phd tuh mcm mana, diorang akan bagi kata-kata perangsang yang akan boost kan kita punya energy.
or
Diorg akan bantu kita, bantu ni bukanlah diorg tolong tuliskan journal utk kita.
Tapi bantu dari segi kewangan, dari segi kat dapur, mcm balik-balik mak kita masak makanan kegemaran kita. Balik-balik, baju dah siap lipat. Haa.. ni pun satu bentuk sokongan jugak.

3) Never ever give up
Jangan pernah sekali-kali perkataan give up itu menjamah ke ruangan fikiran korang.
Klu orang lain boleh buat, mesti kita pun boleh buat.

2 ayat yg selalu bagi motivasi masa buat phd:
"90% is persistence, only 10% is inteligence"
dan
"bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.."
(imam syafie)

4) Rezeki ditangan Allah
Bagi tutor/ penolong pensyarah, masalah duit bukanlah menjadi masalah besar.
Tetapi bagi golongan yang bukan tutor/ penolong pensyarah, masalah ini adalah satu isu besar.
Tapi percayalah, ada jalan penyelesaiannya.

a) Jadi research assistant/ graduate research assistant
Anda boleh tanya pada supervisor, or pada lecturer2 lain jika ada beliau ingin menggunakan perkhidmatan tersebut.
b) Apply grant
Anda boleh join grant dengan supervisor / lecturer. Or buat jerlah research yang ada grant.
c)MyBrain15
Applylah mybrain15. InsyaAllah dapat.
d)Biasiswa-biasiswa lain
Ada juga diantara universiti2 yang ada menawarkan biasiswa.
Ada juga antara syarikat/ agensi yang menawarkan biasiswa untuk golongan phd dan master.
Cuma perlu rajin-rajin survey dan apply.
e)Buat part-time job
Ada dikalangan rakan seperjuangan yang ada income lain, diorng mengajar tuisyen lah, menjual shaklee, menjadi dj radio, ada juga yang bekerja di kedai makan. Mmg salute dengan diorg ini.

5) Bila rasa bosan dan malas
Kadang-kadang atau mungkin selalu.. ahaha.. perasan ini akan hadir.
a) Klu terasa bosan or malas. Tutup laptop, tutup buku, tutup journal. Hah, pergilah korang buat apa yang korang nak buat.
Buatlah sehingga korang rasa timbul perasaan bersalah dalam diri korang.
Eh, lama sangat dah x study, eh main je kerja aku ini.
lepas rasa macam itu, mesti korang rasa semangat balik nak sambung tulis paper.
b) Pergilah bercuti and have fun!
Tips dari sorang lecturer yang sambung bljr kt overseas, masa dia sambung phd dlu.. Dia akan belajar, belajar, belajar tanpa stop. Then, dia akan amik rest 1minggu/2minggu pergi travel.


6) Jaga kesihatan
Dalam pada belajar, kesihatan pun perlu dijaga. Alhamdulillah, sejak mengamalkan minum madu setiap pagi, dengan izinNYA jarang diserang penyakit.


7) Join aktiviti kelab
Asyik membelek buku, mengadap laptop, apa salahnya join aktiviti kelab. Seronok juga bila dapat join aktiviti-aktiviti sebegini. Lupa sekejap masalah phd.


8)Berkongsi dengan rakan-rakan/ supervisor
Berceritalah pada rakan-rakan. Atau tanyalah pendapat supervisor. Rakan-rakan seperjuangan dan supervisor lah orang yg paling memahami masalah anda. Kerana mereka juga sedang/ telah melalui fasa phd/ msc. Mereka tahu jerih pahit perjalanan phd/msc.

9)baca buku2 motivasi/join ceramah motivasi/group usrah



9)Berdoalah pada Allah
Dan last sekali, kembalilah pada Allah. Perbanyakkan doa, solat hajat meminta pada Ilahi agar dipermudahkan segala perjalana, urusan sepanjang proses utk menyiapkan msc/ phd.

Ok, sampai disini sahaja coretan kali ini.
Good luck and all the best semua!!!




Tips Memilih Conference/ Seminar Proceeding Terbaik



Seminar proceeding dan pelajar siswazah MSc/PhD memang tidak dapat dipisahkan.
Apatah lagi ia adalah satu prasyarat untuk lulus cemerlang di dalam VIVA examination.
Hatta setelah bergelar pensyarah sekalipun, menghadiri seminar proceeding adalah perkara wajib yang perlu dilakukan. Ianya dikira sebagai KPI bagi seseorang pensyarah itu.
Malah, menghadiri seminar proceeding ini dapat mengangkat martabat sesebuah universiti itu, sekali gus mengangkat martabat nama Malaysia di persada dunia.

Dewasa kini, seminar proceeding bagaikan tumbuh bak cendawan selepas hujan dan dikatakan setiap tahun pasti ada seminar-seminar seperti ini yang akan dijalankan sama ada daripada sesebuah universiti mahupun dari agensi-agensi tertentu.

Artikel kali ini, ingin mengupas tip-tip memilih conference/ seminar proceeding terbaik untuk dihadiri. Apakah kriteria-kriteria yang sepatutnya dititik beratkan dalam memilih untuk menghadiri seminar proceeding. Atau bagaimanakah anda mengetahui conference/ seminar itu adalah seminar yang bagus.


1)Proceeding berindeks.

Kriteria utama adalah memilih seminar/conference yang berindeks SCOPUS, ISI, DBPL, Google Scholar, Ulrich's, Ei-CompendexZentralblatt Math, MetaPress, Springerlink.
Ramai yang mewar-warkan seminar mereka mempunyai indeks SCOPUS/ISI, namun anda perlu berhati-hati kerana ada juga conference yang sebenarnya tidak mempunyai indeks SCOPUS/ISI tetapi mengatakan mempunyainya.

Contoh seminar/ conference proceeding yang mempunyai indeks:




2) Committees

Barisan committees member yang bukan calang-calang orang. Terdiri daripada barisan professor, professor madya dan dr.




3) Invited Speaker/ Keynote Speaker

Ingin mengetahui seminar tersebut bagus atau tidak juga adalah melihat daripada invited speaker/ keynote speaker.

Kebiasaannya, keynote speaker yang bagus adalah dari golongan chief editor/ editor dari jurnal yang berimpak tinggi.

Contoh seminar/ conference proceeding yang membariskan keynote speaker terhebat:





4) Proceeding yang akan diterbitkan di SEARCH ENGINE

Anda perlu berhati-hati sebelum membuat pilihan untuk menghadiri sesuatu seminar/ conference. Hal ini adalah disebabkan, ada seminar yang menjanjikan akan menerbitkan kertas kita di dalam search engine berindeks, namun setelah bertahun-tahun, kertas kita tidak diterbitkan.
Ada juga yang berjanji ingin menerbitkan di dalam search engine berindeks, namun apabila semuanya selesai, mereka meminta pula wang kita untuk menerbitkan kertas kita di dalam jurnal mereka. Sedangkan, jurnal mereka tidak mempunyai indeks.

Antara seminar/ search engine yang berindeks adalah:

a)      AiP Proceedings



b)      Procedia Elsevier




c)       Springerlink






d)      LNCS Springerlink



e)      IEEE



Semoga artikel ini dapat memberi sedikit sebanyak gambaran kepada anda perihal berkenaan seminar prosiding.
Semoga kita sama-sama dapat berkongsi ilmu dalam meningkatkan martabat pendidikan negara.

Sekian, wassalam.