Wednesday, 11 February 2015

Tips membawa anak kecil ke Ho Chi Minh City, Vietnam


Kami buat last minute plan ke Vietnam.
Memang plan nak bercuti sebab rasa otak ni dah tepu duduk mengadap laptop, tesis, jurnal.
Plan awal nak ke medan.
Last minute x jadik sebab:
1)      Medan hanya kawasan peranginan, kurang untuk bershopping.
2)      Medan banyak kawasan bersejarah, so rasa mcm x sesuai nak bawak anak kecik.
3)      Medan kena guna tourist guide, so daripada perabis pitis ke tourist guide, baik duit tuh buat shopping.
4)      Kitorng dah pernah ke Jakarta dan bandung, so klu boleh nak rasa culture negara lain plak.



                                                        
So tips membawa anak kecik ke luar negara:       

1)      Make sure semua keperluan disediakan mencukupi
      a)      Pakaian dan pampers mencukupi atau lebih – tapi klu kat Vietnam ada je jual pampers or baju, klu x cukup boleh beli. Xpun pergi dobi ajerk.
   b)       Susu, roti, biskut – bawaklah susu banyak2 sket. Roti pun bawaklah banyak sket, ada jer jual kt Vietnam tapi x pasti kesahihan halal or x. Cuma roti perancis "bugget" di Malaysian street mmg halal. Boleh dimakan.
    c)       Ubat-ubatan – kitorg klu nak gi travel, xkisah la dalam or luar Malaysia, mmg sediakan ubat siap2 untuk husna. Incase dia demam ke selsema ke batuk ke. Almaklumlah perubahan cuaca. Termometer mmg dibawak sekali. Selain ubat demam, batuk, selsema, bawaklah ubat cirit birit.
    d)      Yuyi, vicks – selain sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, shampoo, sikat rambut, bedak, losyen. Yuyi dan vicks sangat penting. Terutama jika anda travel ke negara yang beriklim sejuk.
       e)      Madu kelulut – Ini mmg wajib dibawa, kalau kitorg travel dalam Malaysia pun akan dibawa. Sbb mmg dah jadi routine harian, setiap pagi kena minum madu. 
    f)       Supplement-supplement lain: Yang ini untuk ibu ngan ayah ajerk. Supplement husna hari-hari madu ajerk. Madu tiada bahan pengawet, pewarna. Madu semulajadi asli.


              #madu utk travel, botol ni dlu ms breasfeed husna guna utk simpan stok susu.. hahaha.. picagari utk husna n sudu plastik/ seramik. jangan guna sudu besi

Apabila flight selamat mendarat, bermulalah perjalanan hidup yang baru:
Kitorg bawak stroller ke Vietnam, tapi x guna mana. Kitorng byk guna baby carrier lagi. Disebabkan keadaan muka bumi di Vietnam tidak mengizinkan. Contohnya akan diceritakan nanti. Sabar.



So, keluar je pintu airport, kitorng terus menuju ke sebelah kanan, mencari kedai burger king.
Tujuan dia untuk mencari bas no. 125.
Lebih baik menggunakan bas untuk ke hotel.
     1)      Tambang bus murah, hanya 5000dong/org. korang convert la sendiri erk. Berapa sen duit Malaysia.
     2)      Teksi di vietnam penipu. Klu nak naik jugak, carilah teksi vinasun. Tapi hati2, sbb ader jugak teksi ciplak vinasun. So tambang dari airport ke hotel adalah 7USD.

#Vietnam menggunakan 3 jenis mata wang: ringgit, dong n usd.
So, untuk makan guna dong, utk hotel dan tambang teksi guna usd, utk shopping guna ringgit.

Sampai hotel. Tips memilih hotel di Vietnam.
1)      Pilihlah hotel dekat ngan ben thanh market. Senang korang nak gi shopping. Hahaha
2)      Hotel dekat Malaysian street, senang nak makan. Banyak restoran halal.
3)      Booking direct by call, xyah guna booking.com or agoda. Coz harga lagi murah.

#sekitar kawasan hotel

#makanan halal kat Vietnam mahal. Harga double dari Malaysia. So korang pandai-pandai la yer.

Tips shopping di veitnam.
1)      Ben thanh market – ben thanh market ni suasana dia macam pasar payang kt kuala Terengganu. Panas, sesak, bising, bingit.


Mmg tidak sesuai utk membawa stroller. So, gunalah baby carrier. Letaklah kipas kecik kt baby carrier supaya baby x panas.


#contoh letak kipas kecik

Macam-macam ada dalam ben thanh, kain pasang, tempah seluar slack, blazer, kasut, baju siap, kopi, perhiasan rumah, alas meja, n dll.
Tapi kitorg xshopping sgt kt ben thanh, kitorg byk shopping kt ben thay


          2)      Ben thay market – ben thay market lebey kurang mcm ben thanh jgk. Tapi nak ke ben thay kena naik bus or teksi. So mcm biasa, kitorg naek bus jer. Bus no 1.


Harga di ben thay market lebih murah berbanding di ben thanh market.
Tapi klu korang pergi belah2 belakang market, mmg agak susah nak membeli sbb diorng xpndai ckp Melayu or English. Mmg mcm ayam ngan itik la bercakap.

#Bahasa di Vietnam – orang Vietnam boleh berbahasa Melayu dan broken English.
So, xperlula nak bawak dictionary Vietnam.

#ben thay market

3)Saigon Square dan Taka Plaza.
Dari hotel, ktorg jalan kaki jer nak ke Saigon square dan taka plaza. Senang, dengan baby carrier, xrsau dah. Husna duduk melekat ajer kt belakang.
Saigon square dan taka plaza lebih nyaman aman damai. Sbb ader aircond.
Mcm2 ader dalam nih, kebanyakannyer baju budak, beg, tshirt.



3)      Kedai-kedai sekitar ben thanh market.
Macam-macam ada di sekitar ben thanh market. Jalan n shopping. Itu la kerja kitorg sepanjang berada di Vietnam.

4)      Pasar malam sekitar ben thanh market
Klu korang nak tahu, barang yang dijual dipasar malam, sama ngan barang kt ben thanh market sbb org sama yang jual. Kahkahkah. Ok x kelakar.
Tapi harga lagi murah. So, pandai2 la korang, beli pasar mlm ajer.



#tapikan, kadang2 harga org jual kt laluan nak ke hotel lagi murah dari pasar malam. Serius bak hang!

#sekitar laluan hotel

Tips tawar menawar di Vietnam:
Orang Vietnam x mcm org cina kt Malaysia. Org Vietnam xpndai jaga customer.
Mula2 dilayan baik, kalau x beli. Di sumpah seranah.
Klu korang nak shopping divietnam. Make sure korang mintak harga 3 kali ganda lagi murah dari harga yang dia letak.
Kalau diorng sumpah seranah, halau korang, mmg betul la harga murah giler dah tuh. Sampai diorng halau korang. Haha.
Tapi klu diorng panggil balik, cepat2 la pergi, mmg diorng nak bagi la tuh harga tuh.
Try mintak sehabis murah.
Kerja kitorg mmg bergaduh ajerk nak mintak harga murah. Sampai hari last tuh, dah surrender malas dah nak shopping.

Paling best kt Vietnam.
Semestinya kopi Vietnam.
Kopi tranguyen, dikatakan kopi no 1 paling sedap dan paling laris. Tapi kitorg suka kopi oozee agik. Lagi kau.
Pernah x korang minum kopi kat petron. Xtau laa petron trg ada jual ke x kopi. Tapi petron area Selangor mmg ader jual air kopi. Kopi tranguyen mmg rs cm kopi kt petron. Tp kopi oozee lagi sedap.
Roti bugget – roti perancis "bugget" yang digandingkan dengan kopi ozell. Mmg tiptop.





Tips ke sungai Mekong or chu chi tunnel:
Pergi dengan tourist guide. Cari tourist guide islam. Mudah kefahaman zahir batin.
Nak cari tourist guide tanyer hotel or tanyer org2 kat kedai tepi2 hotel.
Harga untuk ke sungai Mekong or chu chi tunnel dlm 25USD/org.

Jln-jln sekitar HCMC
1) War museum

2) Post office

3) notre dame cathedral

 4) hard rock cafe
5) independence palace
n so on.

Tips bila nak balik Malaysia:
1)      Make sure korang timbang siap-siap bag korang. Senang, kt airport xyah bukak2 dah.
Timbang ada dihotel.


2)      Korang boleh wrap beg korang kt hotel. Bellboy kt hotel ader buat service ni. Harga dia rm10/per beg. Better wrap kt hotel lagi murah dari kt airport.

#menunggu utk dibawa pulang ajerk

3)      Klu pergi chu chi tunnel, jangan beli peluru. Akan dirampas walaupun letak kt dalam beg luggage.
4)      Kastam kt Vietnam ketat giler. Pelik pulak rasa, nak masuk Vietnam senang, nak keluar susah. Masa kitorg pi Singapore arituh, nak masuk payah, kuor senang. Tapi Malaysia la paling mudah. Masuk n keluar senang ajerk.


Tips-tips lain:
1)      Jangan pakai beg Vietnam, ala mcm beg guni tuh, yang ni confirm kn cukai ngan kastam Vietnam.
2)      Klu kena cukai, korang cakap jer laa, ni jer duit korang ada. Xder duit dah nak bayar cukai. Duit yang selebihnya, simpan la kt lain.
3)      Bahagi-bahagikan barang2 yang korang beli tu kt dalam lain2 beg.
Ala, pandai2 la korang nak idup.
4) Jangan kiwi kasut/ beli air kelapa/ naik beca, coz diorg nih akan markup harga mahal giler ngan korang.

#dalam beringat pn, terkena jgk kitorg

5) better bwk mask muka, udara kt ho chi minh city agak kotor
6) gunala baby carrier, sbb mudah utk melintas jalan, kt sini, korang kena redah ajerk jln..klu x smpai ke sudah xmelintas laa korang
7) hati-hati dengan pickpocket


 Tips utk berbaby wearing/ baby carrier:
1) Dalam pada berjln tuh, berhenti-henti laa rehat jgk.
a) utk bagi rest kt baby korang
b) bagi rest kt ibu or ayah yang mem'baby waering' =)




cara2nya: cari tempat yg best utk rehat. mcm kt hcmc nih, kitorg cari kedai yg beraircond, nyaman sket. korang buat2 laa tgk barang2 diorg, padahal sbnrnya korang nk tumpang rest kejap.. haha


Ok, itu ajer tipsnya. Selamat pergi dan selamat pulang la yer.





6 comments:

  1. Salam kak Nad...bestnyaaa jalan-jalan..good tips and info..nanti senanglah nak pergi Vietnam je, bukak dulu blog kak Nad..hehe..btw, congrate on your phD..very proud of u :-)

    ReplyDelete
  2. Salam..syok kan jln2 smbl shopping kt sini^^
    Just nk share..Boleh hubungi Abdolloh, seorang tourist guide muslim berbangsa Melayu Champa dan fasih berbahasa Melayu utk sebarang pertanyaan mengenai pakej secara ground atau sbrg lawatan di Ho Chi Minh (Mekong, Chu Chi Tunnels, tmpt2 shopping, tmpt2 menarik di hcm dll). Dijamin berpuas hati..

    No Hp / Whatsapp: +841269930648
    Fb: Loh Aeda
    Email: abdollohvet@gmail.com
    Blog: lohabdolloh.blogspot.com

    Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Salam..good tips dan perkongsian yg menarik^^
    Yg berminat nk gi ho chi minh, boleh hubungi Abdolloh, seorang tourist guide muslim berbangsa Melayu Champa dan fasih berbahasa Melayu utk sebarang pertanyaan mengenai pakej secara ground atau sbrg lawatan di Ho Chi Minh (Mekong, Chu Chi Tunnels, tmpt2 shopping, kilang kain, tmpt2 menarik di hcm dll). Dijamin berpuas hati..

    No Hp / Whatsapp: +841269930648
    Fb: Loh Aeda
    Email: abdollohvet@gmail.com
    Blog: lohabdolloh.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. salam nak tanya perkhidmatan bas di vietnam bas no 152 tu sampai pukul berapa,
    malam ada tak?

    ReplyDelete
  5. Dh Kat Vietnam baru bace page Ni!!! Aduyai!!! Saya siap beli stroller nk pegi..tapi x guna pun 😬😬.. Then sume yg Adik tulis Ni exactly betul!!!! Guard tuk orang lain yg nk pegi Vietnam!!!! Good information!!!

    ReplyDelete
  6. HAHAH..best jgak baca awak punya citer..kelaka pun ada...nway, semoga perjalanan kami plak dipermudahkan...

    Perlukan Perkhidmatan Kereta Sewa? Jom Singgah...
    http://keretasewarawangselayang.blogspot.my

    ReplyDelete