Seminar proceeding dan pelajar siswazah
MSc/PhD memang tidak dapat dipisahkan.
Apatah lagi ia adalah satu prasyarat
untuk lulus cemerlang di dalam VIVA examination.
Hatta setelah bergelar pensyarah
sekalipun, menghadiri seminar proceeding adalah perkara wajib yang perlu dilakukan.
Ianya dikira sebagai KPI bagi seseorang pensyarah itu.
Malah, menghadiri seminar proceeding ini
dapat mengangkat martabat sesebuah universiti itu, sekali gus mengangkat
martabat nama Malaysia di persada dunia.
Dewasa kini, seminar proceeding bagaikan
tumbuh bak cendawan selepas hujan dan dikatakan setiap tahun pasti ada
seminar-seminar seperti ini yang akan dijalankan sama ada daripada sesebuah
universiti mahupun dari agensi-agensi tertentu.
Artikel kali ini, ingin mengupas tip-tip
memilih conference/ seminar proceeding terbaik untuk dihadiri. Apakah
kriteria-kriteria yang sepatutnya dititik beratkan dalam memilih untuk
menghadiri seminar proceeding. Atau bagaimanakah anda mengetahui conference/
seminar itu adalah seminar yang bagus.
1)Proceeding
berindeks.
Kriteria
utama adalah memilih seminar/conference yang berindeks SCOPUS, ISI, DBPL,
Google Scholar, Ulrich's, Ei-Compendex, Zentralblatt Math, MetaPress, Springerlink.
Ramai
yang mewar-warkan seminar mereka mempunyai indeks SCOPUS/ISI, namun anda perlu
berhati-hati kerana ada juga conference yang sebenarnya tidak mempunyai indeks
SCOPUS/ISI tetapi mengatakan mempunyainya.
Contoh
seminar/ conference proceeding yang mempunyai indeks:
2)
Committees
Barisan
committees member yang bukan calang-calang orang. Terdiri daripada barisan
professor, professor madya dan dr.
3)
Invited Speaker/ Keynote Speaker
Ingin
mengetahui seminar tersebut bagus atau tidak juga adalah melihat daripada
invited speaker/ keynote speaker.
Kebiasaannya,
keynote speaker yang bagus adalah dari golongan chief editor/ editor dari
jurnal yang berimpak tinggi.
Contoh
seminar/ conference proceeding yang membariskan keynote speaker terhebat:
4)
Proceeding yang akan diterbitkan di SEARCH ENGINE
Anda
perlu berhati-hati sebelum membuat pilihan untuk menghadiri sesuatu seminar/
conference. Hal ini adalah disebabkan, ada seminar yang menjanjikan akan
menerbitkan kertas kita di dalam search engine berindeks, namun setelah
bertahun-tahun, kertas kita tidak diterbitkan.
Ada
juga yang berjanji ingin menerbitkan di dalam search engine berindeks, namun
apabila semuanya selesai, mereka meminta pula wang kita untuk menerbitkan
kertas kita di dalam jurnal mereka. Sedangkan, jurnal mereka tidak mempunyai
indeks.
Antara
seminar/ search engine yang berindeks adalah:
a) AiP
Proceedings
b) Procedia
Elsevier
c) Springerlink
d) LNCS
Springerlink
e) IEEE
Semoga artikel ini dapat memberi sedikit
sebanyak gambaran kepada anda perihal berkenaan seminar prosiding.
Semoga kita sama-sama dapat berkongsi ilmu
dalam meningkatkan martabat pendidikan negara.
Sekian, wassalam.
terbaiklah !!! thanks very much
ReplyDelete