Monday, 25 May 2015

Mimpikan PhD


Alhamdulillah, semalam 24 Mei 2015, kami berpeluang bersua muka bersama Prof Dr Abu Osman Md Tap setelah hampir 8 tahun tidak ketemu. Kunjungan Prof ke UMT bagaikan mengungkap kembali memori ketika mengikuti kelas Aljabar Moden semasa di peringkat ijazah dahulu.  

#sempena ulangtahun ke-65 kelahiran Prof

Atas jemputan Persatuan Siswazah Informatik dan Matematik (PRISMA), Prof menjejak kaki kembali ke UMT setelah merantau mencurah ilmu di serata tempat. Kehadiran Prof kali ini, bagaikan memberi suntikan baru buat siswazah-siswazah PRISMA. Kata-kata semangat Prof ingin saya abadikan di sini buat tatapan rakan-rakan seperjuangan MSc dan PhD.

Apa itu PhD?
Sebelum seseorang itu ingin menyambung pengajian di peringkat PhD, seseorang pelajar itu hendaklah memahami apakah erti sebenar PhD tersebut.

Pelbagai Sistem
Terdapat pelbagai sistem pengajian PhD ini. Setiap negara menetapkan pelbagai syarat semasa mengikuti pengajian di peringkat PhD.
Jadi, sebelum seseorang pelajar itu ingin menyambung pengajian di peringkat PhD, selidikilah dahulu sistem pengajian yang ditawarkan.

Kenali Bidang Pengajian
Seeloknya sebelum menyambung pengajian, kenali dan dalamilah dahulu bidang yang ingin dikaji. Bacalah dahulu asas-asas yang terdapat di dalam bidang yang ingin dikaji.

Tujuan/ Niat Sambung PhD
Perbetulkanlah niat untuk menyambung PhD. Niatlah kerana Allah. InsyaAllah, ia akan menjadi suatu ibadah pahala. 

Cara Kerja Semasa PhD
Tiada ketetapan masa buat yang menyambung PhD. Tiada masa yang spesifik. Setiap orang mempunyai corak kerja yang berbeza, tetapi yang paling penting ialah 'persistence'.

Pilihan Supervisor
Pemilihan supervisor amat penting jika seseorang itu ingin menyambung PhD. Ini adalah kerana supervisorlah yang akan membimbing kita jatuh bangun semasa di dalam proses untuk menggapai segulung PhD. Jadi, hormatilah mereka seperti kita menghormati ibu bapa kita.

Diri Sendiri
Yang paling penting ialah persediaan dari segi emosi, fizikal dan spiritual seseorang pelajar itu sebelum, semasa proses perjalanan PhD tersebut.

#bergambar kenangan bersama Prof

Moto saya sepanjang proses pengajian PhD.

"only 10% is intelligence and 90% is persistence"
"bila kamu tidak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan..(Imam Syafie)"

Sekian, wassalam.











No comments:

Post a Comment