Sunday, 17 May 2015

Tips Bercuti di Pulau Karimun Besar, Indonesia


Jika anda mahu bercuti ke luar negara dengan penjimatan berganda.
Pulau karimun besar, pilihan yang tepat.


Pulau karimun besar, atau lebih dikenali sebagai tanjung balai oleh rakyat Malaysia terletak di sebelah barat semenanjung Malaysia.

Kami ke pulau ini dengan menaiki feri dari jeti kukup, pontian Johor. Harga tiket feri RM120 returns utk dewasa dan RM80 untuk kanak-kanak. Perjalanan dari jeti kukup ke jeti tanjung balai mengambil masa kira-kira 1 jam.

 



Sedikit tips buat yang mahu bercuti di pulau karimun:

1) Tour Guide

Tidak perlu mengunakan perkhidmatan Tour Guide.
So, xpyh membazir duit.

Kenapa dan mengapa?
Baca seterusnya


2) Penginapan

Harga hotel di pulau karimun murah. Around RM70 smlmn.Antara hotel yang ok untuk menginap bersama keluarga ialah:
a) Hotel Paragon
b) Hotel Holiday Karimun
c) Hotel Gabion

# Ketiga-tiga hotel ini berdekatan dengan pusat membeli-belah utama dan berdekatan dengan jeti tanjung balai.

Kami menginap di Hotel Gabion, bilik ok, luas.
Service pun tip-top.
Breakfast disediakan setiap pagi.

3) Pengangkutan

Tidak perlu menggunakan sebarang pengangkutan.
Cukup sekadar berjalan kaki.
Hotel dan pusat beli belah, hanya sekitar jeti sahaja.

#Tetapi jika mahu ke
Masjid Agung Karimun,
#replika kaabah di masjid agung karimum

#replika saie dari bukit safa ke bukit marwah 


Pantai palawan

#pantai palawan

dan pantai pongkar.

Sewalah kereta, harga sebuah kereta hanya IR 300000. Kereta plak nissan grand lavina.
Memang berbaloi. Terutamanya yang ada anak kecil.

Untuk yang couple, boleh sewa motosikal. Harga sebuah motosikal hanya IR 100000.

4) Baby carrier

Bagi yang membawa anak kecil, baby carrier adalah terbaik.
Disini, keadaan jalan tidak mesra stroller.
So, credit to baby carrier. Tidak risau dah pasal anak, melekap di belakang.



5) Makanan

Makanan mudah dan murah.
Jika makan nasi tengahari, make sure dihidangkan sebegini


Kenapa?
Lebih murah. Kami makan bertiga hanya IR95000


# Air mineral sangat murah 

#sedap kuih ni, hanya IR 4000

#kopi juga sangat popular di karimun. Tetapi kopi di vietnam lagi sedap.

Lain-lain tips:

a) Pulau karimun sangat berbeza dengan jakarta dan bandung.
Kehidupan masyarakat di sini, lebih mewah berbanding jakarta dan bandung.

b) Jus buah disini sangat sedap.
Jus yang popular adalah jus avocado

c) Kebanyakan kedai hanya beroperasi pada siang hari.
Tetapi ada juga kedai yang beroperasi di malam hari. Sebilangan kecil sahaja.
Berdekatan dengan jeti, terdapat pasar malam. 
Dibuka setiap hari.

Sedikit pemandangan menarik di sekitar Pulau Karimun.








Sekian, happy holidays!










2 comments:

  1. Kalau nak ambik kereta sewa di tg balai bagaimanakah caranya no fon ada tak

    ReplyDelete
  2. Thanks for the info!

    ReplyDelete