Wednesday 11 February 2015

Tips Membawa Bayi Menaiki Pesawat

#Keyword: Stroller, Baby carrier, Susu, Toys, Biskut

                   Perkara penting yang korang perlu tahu, kalau nak bawak baby naik flight adalah:
Korang kena tempah ticket flight untuk baby korang.
So, klu baby korang berumur 0-2 tahun, baby korang tidak akan mendapat seat di dalam flight,
So korang kena pegang la sepanjang perjalanan.
Tapi korang boleh menempah bassinet untuk baby korang or kalau seat korang berada di barisan hadapan, korang boleh gunakan bassinet untuk baby korang.
Jika anak korang berumur 2 tahun ke atas, anak korang akan dapat seatnya sendiri.

#husna di international airport tan son nhat, vietnam 

1)      AirAsia Flight – dari Airport Sultan Mahmud ke KLIA 2

 Sudah sedia maklum, air asia hanya memperuntukkan 7kg hand luggage shj. Selebihnya, klu terlebih muatan, perlulah menempah extra luggage.

Tips untuk menempah extra luggage/order makanan dalam airasia:
Buka jer akaun korang, ala akaun yg korang guna utk book ticket.
Tambah luggage b4 48hours sebelum check in. coz klu tambah kt airport time korang dh nak berlepas, mmg mahal.

Namun begitu, kalau korang bwk baby korang dengan stroller, stroller korang tidak akan ditimbang bersama hand luggage.
Ini bermaksud, anda boleh membawa stroller menaiki pesawat.

#husna dan stroller di KLIA 2.

Tips membawa stroller menaiki airasia:
Pengalaman kitorg menaiki flight airasia dari airport sultan mahmud KT menuju ke KLIA 2.
Utk bawk stroller, make sure korang amik tag khas utk stroller dikaunter drop bag/ check in.

#tag pada stroller

Memandangkan airport sultan mahmud tidak menyediakan laluan khas pejalan kaki utk masuk ke pesawat,
So korang kenalah angkat stroller korang turun tangga dan tolaklah stroller korang sampai ke tangga nak naik flight.
Sampai kt situ, korang tinggal jer stroller korang, akan ada petugas yang akan membawa masuk stroller anda.
#sebelum tinggal tuh, lipat la dlu stroller korang. jgn plak korang bwk masuk smpai dlm flight.

Apabila selamat tiba di KLIA 2. Korang ada 2 pilihan, sama ada nak amik stroller korang depan pintu keluar flight or diruangan bagasi.
Mengikut experience kitorg, better amik stroller terus didepan pintu keluar flight. Coz, korang x perlu mendukung baby korang untuk ke ruangan bagasi.
Jarak flight ke ruangan bagasi sangat jauh.

2)      KLIA 2 ke KLIA

Jikalau korang dari KLIA 2 nak ke KLIA, or sebaliknya.
Korang ada 2 choices. 1) naik bus or 2) naik ERL train


#ERL train

#dah selamat smpai KLIA

Kitorg pilih untuk menaiki ERL train coz mudah untuk menolak stroller dan barang.

3)      Flight MAS – KLIA

MAS memberikan 30kg luggage untuk setiap penumpang.
So, tips mudah adalah just drop bag. So hanya tinggal stroller ajer bersama korang.

Tips menaiki flight MAS:
Jikalau korang ada baby or anak kecik, korang x perlu beratur utk drop bag. Ada kaunter khas untuk anda. =)

Tips membawa stroller menaiki flight MAS:
Berbeza dengan airasia, tag untuk stroller adalah diambil di pintu ruangan balai berlepas.
So, bila dah dapat.
korang hanya perlu tolak stroller korang terus ke pintu flight, lipat dan tinggalkan stroller anda di situ.

Setelah flight mendarat, sama juga seperti airasia, anda akan mempunyai 2 pilihan. Sama ada mengambil stroller di depan pintu keluar flight or diruangan bagasi.

#menunggu utk berlepas

4)      Flight Malindo – Airport Subang
Pengalaman kitorg menaiki malindo tanpa ditemani hubby. Nasib baik malindo bagi 20kg luggage untuk setiap orang. So, awal2 drop bag siap2.
Hanya tinggal hand bag dan husna.

Masa naik malindo arituh, kitorg decide xnak bwk stroller. Sebabnya, nak bawak husna lagi, nak angkat stroller lagi, lipat segala bagai.
So, kitorg guna baby carrier ajerk. Senang, hanya pakai dan masukkan husna.
Nak pergi toilet pun senang, angkut husna masuk toilet skali.



5)      Tips di dalam pesawat bersama baby.
Husna memang xboleh duduk diam, mmg susah nak buckle seatbelt dia. Banyak kali jugak ditegur dengan flight attendant (FA).
So cara mudah untuk suruh husna buckle seatbelt adalah main buka tutup seatbelt. Last2, mmg akan terpakai jugak seatbelt tu. Or pakaikan seatbelt bersama-sama teddybear.
Klu nampak baby korang takut, mcm husna dia dah besar, so cakap jer kat dia. Teddybear jer takut naik flight, husna berani.

#buckle your seatbelt please

Semasa pesawat berlepas/ nak landing, seelok-eloknya susuilah baby korang. Untuk mengelakkan tekanan pada telinga baby korang. Senang cerita ‘ nak elak telinga berdengung’.

Untuk mengelakkan baby anda bosan masa dalam flight.
Bawaklah toys utk dia main. Biskut utk dia makan.
Sebaiknya, naik flight waktu dia tido. Or, sebelum naik flight bagi diorng main puas2. So ble masuk je flight, baby korang akan tido.



Kelebihan menaiki flight MAS bersama baby:
Baby/ anak korang akan dapat selimut.
FA Mas akan bagi souvenir untuk baby/ anak korang.
Kalau diorang buat-buat lupa, boleh mintak =).

#Anda boleh membawa thermos or botol air sejuk, or susu tepung apabila anda menaiki flight jika anda membawa baby.

#nampak x ruang bawah stroller husna, kitorg akan letak segala air,susu,madu kat bawah tuh la.

#kadang2 masa nak check in, kitorng display cmtuh ajer. Mmg lepas bawak masuk

Tak lupa, kitorg bawak madu kelulut naik flight. Sebab flight kitorg arituh awal pagi. So, before breakfast, minum madu dulu.

#madu untuk travel

6)      Tips kami di Airport
Kitorg suka check in, drop bag siap2. Then, terus masuk ke balai berlepas. Dekat dalam balai berlepaslah klu lapar, makan dulu. Klu nak solat, solat dulu. Kitorg prefer solat disurau kt balai berlepas coz surau diruangan check ini biasanya ramai orang. Untuk elak bersesak-sesak, solat kt dalam balai berlepas. Lagipun, solat di sini tenang jiwa raga, xperlu dah nak kejar-kejar utk check in dan masuk ke balai berlepas. Klu nak ke toilet or tukar pampers anak pun dalam balai berlepas. Senang.

Sekian, wassalam.





9 comments:

  1. Slm.. thanks for sharing info. Sy nk fly ke bali hujung bulan ni dgn baby umur 14 bulan.
    Klu naik MAS, mmg boleh bawak naik thermos n botol air n susu siap bancuh ye? Masa nak naik tangga k.terbang tu (tgalkn stroller), thermos n air tu puan angkut naik flight la ye?

    ReplyDelete
  2. husna ni berapa kilo? mesti penat angkut dia ke hulu ke hilir kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa ni 12kg klu xsilap. Sbb skng dah 16kg. Hehe

      Delete
  3. Klau kita xbeli luggage,boleh ke bwk susu formula(yg belum bancuh)naik flight?
    Mksd nya 1 bekas tuppaware tu susu tepung

    ReplyDelete
  4. Klau kita xbeli luggage,boleh ke bwk susu formula(yg belum bancuh)naik flight?
    Mksd nya 1 bekas tuppaware tu susu tepung

    ReplyDelete
  5. Kalau.naik.air.asia...boleh.x.bw thermos dgn air.masak.ke dlm cabin? Risaunyer...1 st time trav.dgn anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bleh, xde masalah. Sy pnh tgk ada makcik siap kupas n makan ubi rebus. Haha

      Delete