Sunday 16 August 2015

FuzzIEEE 2015

Assalamualaikum semua!
....
Xtau nak start ayat mcm mana..
Rasa kelu lidah nak berkata-kata
Dek kerana sudah lama x mencoret sesuatu di blog ini.
Cewah!
Skema bebenor ayat.

Alhamdulillah, awal bln ogos lalu, saya sempat menghadiri satu conference.
Disebabkan conference ni sgt lah best.
So rasa rugi klu x abadikn kenangan ari tu kt sini.

Conference yang dimaksudkan itu adalah fuzzieee 2015. Conference ini telah berlangsung selama 4 hari iaitu dari 2 Ogos 2015 hingga 5 Ogos 2015 dan diadakan di Kadir Has Universiti, Istanbul, Turki.

Rasa sangat bertuah dan excited untuk menghadiri conference ini.
Ramai pakar dan cendikiawan dari bidang fuzzy set berkumpul di seminar ini.

Saya sempat merakamkan detik-detik manis bersama mereka.



#Bersama Prof Daud dari Uitm Shah Alam, Ben (Universiti Barcelona) dan Malek dari UK

#Jerry Mendel

#Ronald Yager

#Jonathan Garibaldi

#Janus Kacpryz

Saya juga sempat bertemu dengan Rudolf Seising, Dimitar Filev, James Bezdek, James Keller, Francisco Herrera, Uzay Kaymak, Adnan Yazici, Rachel Yager, Cegiz Kahrahman dan ramai lagi.

malam terakhir, kami dijamukan dengan hidangan makan malam di atas bosphorus








Sepanjang berada di Kadir Has Universiti, saya sempat bersiar-siar disekitar universiti tersebut.



#Muzium di Kadir Has Universiti





Sepanjang berlangsungnya conference ini, ramai juga berkenalan dengan pelbagai bangsa dari pelbagai negara

#Kenangan bersama Malek dan keluarga

#Kenalan dari Korea

Jika ada rezeki, InsyaAllah akan join lagi conference sebegini di masa yang mendatang.

Semoga menerusi conference ini, dapat meluaskan lagi research networking disamping mengembangkan research ke persada global.
InsyaAllah, Amin.

Sekian.






No comments:

Post a Comment