Sunday 31 May 2015

NACC Funland: Rabbit and Trigona Bee Park



Jika anda tercari-cari ingin bercuti ke mana pada musim cuti sekolah ini, kami ada jawapan.
Berkunjunglah ke Terengganu.
Terengganu, bandaraya pesisir pantai merupakan destinasi terbaik untuk melepaskan lelah dan penat bekerja di kota.
Selain bebas daripada kesibukan hiruk pikuk kota, Terengganu pastinya menjanjikan ketenangan bagi anda seisi keluarga.

Terengganu, bumi yang kaya dengan tarikannya tersendiri. Mempunyai pelbagai destinasi menarik untuk dikunjungi.
Dari Taman Tamadun Islam, ke Pasar Payang, ke Pulau Perhentian, singgah di Pulau Kapas, pulang dengan keropok lekor dan baju sutera.

Bercakap mengenai kain sutera dan baju batik, nama Noor Arfa sudah tidak asing lagi.
Bertapak sejak 1980, Noor Arfa Craft Complex atau lebih dikenali sebagai NACC, sekali lagi mengembangkan cabang perniagaannya dengan memperkenalkan NACC Funland: Rabbit and Trigona Bee Park.



Pengunjung yang hadir ke taman ini pastinya dapat mengenali dan menyaksikan sendiri keunikan makhluk ciptaan Allah yang diberi nama lebah.
Jangan risau, trigona bee adalah sejenis lebah yang stingless. 
Selain itu, anak-anak pasti akan terhibur dengan kehadiran arnab yang jinak dan pastinya dapat menyentuh dan membelai arnab-arnab tersebut.





Jika sudah penat dan ingin pulang, pastikan anda membawa pulang madu sebagai kenangan.



Pilihlah madu kelulut kami, yang pastinya mempunyai seribu kelebihan khasiatnya.



Dapatkan madu kelulut edaran Yafeeqa Enterprise di NACC Funland!

#Map untuk ke NACC Funland








No comments:

Post a Comment