Saturday 27 August 2016

Pasar Baru & Toko 3 & Farm House & De Ranch & Dusun Bambu


Sambungan dari Trip to Bandung DAY-1
&
Sambungan dari Trip to Bandung DAY-2


Trip to Bandung DAY-4
Target hari ini ialah ingin 'belanja' untuk dibawa pulang buat kenang-kenangan.
So, tempat yang paling dirasakan sesuai ialah ke Pasar Baru.
Untuk pengetahuan semua, Pasar Baru dibuka seawal jam 8pagi sehingga 5petang.
Seeloknya, jika berniat untuk ke sini, di sarankan pergilah seawal pagi, kerana apabila masuk tengahari, tempat ini akan penuh dikunjungi oleh pelbagai jenis ragam manusia.



Kami hanya berjalan kaki dari Hotel Naripan, perjalanan mengambil masa lebih kurang 15-20 minit.
Jarak dari Hotel Naripan ke Pasar Baru adalah lebih kurang 2km.
Hari ini, hari yang tidak bersupir juga. Targetnya, berjalan kaki ke Pasar Baru dan
pulang dengan menaiki angkot,

Ingin tahu, bagaimana cara untuk menaiki angkot?
Rujuk Trip To Bandung DAY-2

Di Pasar Baru, ke semua keperluan dari buah-buahan, kerepek, baju, telekong, beg, mainan kanak-kanak, kain sulam, kain pasang, kain batik dan pelbagai lagi boleh didapati disini,

#telekong paling hot di Pasar Baru, telekong Siti Khadijah. Hanya berharga RM50




Setelah 6jam di Pasar Baru, dan setelah puas semua barang yang dikehendaki telah dibeli,
maka kami pulang ke hotel jam 4 petang.

Disebelah malam, kami berkunjung ke Toko 3.
Kami menaiki angkot ke Toko 3.




Toko 3 adalah syurga bagi jeans.

Tetapi anda harus ingat!
Jangan sesekali membeli Jeans berjenama LEVIS disini.
Sangat rugi!
LEVIS yang terdapat disini adalah LEVIS dari Vietnam.
Sewaktu kunjungan kami ke Vietnam tahun lepas, kami telah memborong levis.
Levis di Vietnam sangat murah.

Jadi jika anda ingin membeli jeans, make sure anda membeli jenama
BOSS, BMW, Lois
jenama-jenama ini adalah dikeluarkan dari kilang Indonesia.


Trip to Bandung DAY-5
Hari ke-5 di Bandung adalah satu-satunya hari yang kami menggunakan supir.
Targetnya ingin berjalan jauh sedikit.
Iaitu ingin ke Tangkuban Parahu, Farm House dan kawasan sekitarnya.
Terdapat juga Angkot ke kawasan ini, namun begitu kemungkinan untuk sampai ke sini, anda perlu menaiki 3 atau lebih jenis angkot.

Perjalanan bermula seawal jam 8 pagi.
Targetnya ingin ke Farm House dahulu.
Kami tidak jadik ke Tangkuban Parahu, kerana tiket masuk berharga IR300000.
Lebih kurang RM100 seorang untuk sekadar melihat gunung berapi dan merakam kenangan.

Kami sampai ke Farm House agak lewat, kerana hari ini hari Ahad.
Jalan agak sesak dipenuhi dengan ramai orang.
Kebiasaannya, ramai penghuni kota Jakarta akan turun ke Bandung pada hari minggu.
Jadi seeloknya elakkan ke Bandung pada hari minggu.

Tiket masuk ke Farm House hanya berharga IR50000.
Tiket hanya dibeli untuk 2 orang sahaja, kerana Husna boleh masuk free.









 

Untuk pengetahuan semua, tiket masuk ke farm house sebenarnya ialah baucer,
Tiket ini jangan sesekali dibuang, kerana ia dapat ditukar dengan susu.

#tempat pertukaran baucer kepada susu



Disebelah farm house, ada rumah yang menjual batik.
Kami menapak sebentar ke rumah batik ini.
Keadaan sekitar rumah ini seakan seperti Nor Arfa Batik Terengganu.



Kami membeli kain sampin. Kainnya tidak terdapat dimana-mana kedai.
Kainnya juga sangat berkualiti dan murah.

Seterusnya jam 11.30pagi, kami berangkat ke De Ranch.
De Ranch adalah suatu perkampungan seakan CowBoy Town.
Disini, pengunjung boleh menunggang kuda, dan sebagainya.

Harga tiket untuk masuk ke sini berharga IR20000. Kali ini Husna juga dicharge harganya untuk masuk ke sini.










Di De Ranch juga, tiket masuk boleh ditukar dengan susu free,

Setelah sejam disini, perjalanan seterusnya ialah ke Dusun Bambu.
Harga tiket untuk masuk ke Dusun Bambu berharga IR50000 seorang.
Husna jugak nak masuk kena bayar.


Kawasannya sangat luas, untuk sampai ke sesuatu kawasan perlu menaiki lori.
Kawasannya seumpama di Gambang WaterPark.




Terdapat pelbagai aktiviti yang anda dapatkan disini, antaranya seperti ATV, memanah, dan sebagainya.
Tetapi setiap aktiviti yang anda ingin 'join' perlu membayar harga yang berlainan.






Setelah 2 jam disini, perjalanan seterusnya ialah ke Factory Outlet Jalan Riau.
Kami tidak sempat ke Rumah Mode dan Paris Van Java.
Lagipun, kami telah ke situ pada tahun 2012 yang lalu.

Kunjungan kami pada tahun 2012 yang lalu, kami menginap di Hotel Sukajadi.
Hotel ini berada di Jalan Sukajadi dan sangat dekat dengan Rumah Mode dan Paris Van Java.


#kenangan di Hotel Sukajadi tahun 2012.

Berbalik pada tahun 2016, kami sampai di Factory Outlet Jalan Riau agak lewat kerana jalan agak sesak.


#Secret


#Heritage bersebelahan Cascade

Disini terdapat pelbagai jenis gedung jualan, tetapi sejujurnya, harganya sebenarnya lebih kurang sahaja dengan harga di Malaysia.
Di Malaysia juga terdapat pelbagai jenis barangan berkualiti tinggi dan berjenama boleh didapati dengan harga yang jauh lebih murah.

Kami tidak membeli apa-apa disini, hanya sekadar mencuci mata.

Setakat ini sahaja penceritaan saya pada kali ini.
Diharap pengalaman yang dishare ini dapat sedikit sebanyak membantu anda semua jika ingin berkunjung ke Bandung dan Jakarta.

Sekian, Wassalam.








No comments:

Post a Comment